Maya Karin nafi bercinta dengan Datuk Seri Effendi

Pada: Khamis, 10 Mac 2011
Terkejut dan ketawa besar Maya Karin apabila diajukan gosip yang tersebar luas mengenai dirinya yang dikaitkan bersama Datuk Seri Effendi Norwawi. Maya memberitahu tidak mungkin gosip tersebut adalah satu realiti terhadap dirinya. Malah anak kelahiran Jerman ini mengakui gosip tersebut sebagai tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Mana mungkin saya ada hubungan dengan Datuk Seri Effendi. Memang tak logik kerana saya sendiri memang berkawan baik dengan anaknya, Elyna. Malah, saya juga selalu melepak di rumah Elyna. Takkanlah saya nak buat macam itu. Saya dan Elyna sangat rapat. Kami juga berkawan rapat dengan Jeslina Hashim dan beberapa lagi kawan perempuan yang lain.Tak mungkin saya akan tergamak bercinta dengan bapa kawan sendiri dan suami orang pula itu. No way!.

"Saya tak mungkin akan berkawan dengan suami orang. Semua orang tahu Datuk Seri itu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan saya harap sangat orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Saya sendiri kenal baik dengan Datin Seri Tiara dan cerita ini sangat mengarut," jelasnya. -sumber Murai

Tag : , , ,