Pada:
Jumaat, 11 Mac 2011

"Kebetulan pula ketika habis pementasan Deja berdiri di sebelah saya dan saya tanya pada dia, siapa yang beribunga itu? Dan Deja kata, “saya yang beri”. Kerana tidak sedar dengan apa yang berlaku, saya terus mengucapkan terima kasih kepadanya kerana saya bermati-matian menyangka Deja memberikannya untuk saya.ps:/ setiap masalah ada caranya untuk diselesaikan. selesaikan dengan bertentang mata, insyallah masalah dapat diselesaikan. Peace!
Kemudian, bila saya dan Norish berehat di bilik bersama, tidak sangka pula Deja menyuruh Tony mengambil jambangan bunga itu semula kerana ia bukan milik kami. Tak ke nampak kelakar apabila Deja berkelakuan sebegitu? Sebenarnyasaya tak rasa malu langsung seperti yang dia mahu lakukan. Tetapi saya malu melihat diri dia yang berkelakuan seperti kanak-kanak.
Saya tak sangka dan terkejut, seorang pelakon senior buat macam itu. Memang sejak kejadian itu saya tidak lagi menghormati mahupun mahu menegur dia. Memang sehingga kini saya berasa bingung dengan apa yang dia lakukan dan menganggap Deja sebagai tidak beradab. Tambah pula, industri seni kita bukannya besar mana kerana kita selalu akan bertentang mata. Jika benarlah niat dia mahu malukan kami berdua, Tuhan maha adil. Deja boleh teruskan perbuatan itu tetapi bukan kepada saya.
Jangan pula ingat saya sengaja ingin hebohkan hal ini? Saya bercerita pun selepas pihak media yang tanya," -kata Farahdhiya kepada mStar
Tag : Deja Moss , Farahdhiya , Gossip Artis , Pergaduhan

