Aznil Hj Nawawi pengacara Akademi Fantasia ke-9!!

Pada: Khamis, 10 Mac 2011
Selepas meninggalkan Akademi Fantasia (AF) selama tiga tahun sejak 2007 dan bermula dengannya pada tahun 2003 selama 5 tahun, pengacara nombor satu negara, yang tidak asing lagi dan awet muda gitue, Aznil Nawawi kini kembali mengacarakan musim ke-9 Akademi Fantasia yang terakhir itu. Sejak Aznil meninggalkan AF dulu, korang perasan tak rating program tu semakin menurun. Mungkin sebab 'magnet' Aznil yang membuatkan program itu ramai penonton tak.

“Saya sedar ramai yang akan mempersoalkan kedudukan saya selepas saya menarik diri daripada AF pada 2007. Tetapi, saya harus akui AF meninggalkan impak yang cukup besar dalam karier saya. Apabila Astro memberitahu ini merupakan AF yang terakhir, saya fikir saya harus melakukannya kerana nostalgia AF memang cukup indah,” kata Aznil kepada Utusan.

Tag : , , ,