Kes perceraian Benjy selesai, dadah belum lagi..

Pada: Selasa, 8 Mac 2011
Khaeryll Benjamin (Benjy) yang dikawal ketat pak polisi, bertemu dengan ibunya, Azean Irdawaty dan juga isterinya, semasa hadir di mahkamah bagi mendengar tuntutan cerai dikemukakan isteri Benjy, Safiya Stephence Kar Leng Lee, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur kelmarin 7 Mac 2011. Kata isteri Benjy, Benjy sudah melafazkan talak pada Julai tahun 2008 (aku ceraikan dengan talak satu), namun Benjy melafakan kata-kata rujuk kembali selepas 13 jam kemudian (“I’m rujuk-ing”).

Namun berita gembira buat Benjy dan keluarganya, mahkamah Syariah memutuskan lafaz rujuk itu sah dan mereka berdua masih lagi suami isteri. Tidak dipastikan apa punca utama Benjy melafazkan kata-kata perceraian berkenaan. Kirannya kes cerai ini sudah selesai, namun kes dadah Benjy masih lagi dalam proses.. Zzz

Tag : , , ,