Linda Hashim, Beego Sudah Bertunang!

Pada: Isnin, 19 November 2012
Dalam diam-diam kedua-dua pelakon, Linda Hashim dan Beego sudah pun bertunang pada 3 November yang lalu.

Ini kerana sebuah akhbar tempatan telah membongkar rahsia ini beberapa hari yang lalu.

Dalam sumber berkenaan Beego memberikan hantaran berupa cincin, kek dan buah-buahan serta RM25,000 wang hantaran.

Berita ini disahkan lagi oleh Linda sendiri akhirnya, namun tidak mahu mengulas panjang lebar kerana difahamkan untuk menghormati permintaan keluarganya.
"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

"InsyaAllah, jika tiada aral kami rancang untuk melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun depan. Kami belum putuskan tarikh tertentu lagi," katanya. -mStar

Tag : , , , , ,