Pada:
Khamis, 7 Mac 2013
Mengikut portal Murai, perkenalan Linda dengan Beego bermula ketika Linda menunaikan umrah di Makkah pada April 2011 dimana Beego menelefon Linda ketika Linda berada dihadapan Kaabah.
"Saya terkejut apabila ketika berada di hadapan Kaabah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor Malaysia yang tidak dikenali.Lain pula kisahnya di dengan Beego, dimana dia menelefon Linda kerana terjaga dari bermimipi pelakon jelita itu.
"Kebiasaannya, saya tidak akan angkat telefon bila terpapar nombor yang tidak dikenali. Tapi tak tahu mengapa, saya tergerak untuk menjawab panggilan itu dan rupanya pemanggil itu adalah Beego.
"Saya rasa pelik mengapa Beego yang sebelum ini tidak pernah menghubungi saya itu tiba-tiba telefon bertanya khabar ketika saya berada di tanah suci," -Linda Hashim
"Saya sebenarnya sudah lama menaruh harapan cinta kepada Linda tetapi belum pernah secara serius memberitahunya. Namun saya terkejut apabila mimpikan dia dan bila bangun pagi saya terus membuat panggilan kepada Linda untuk bertanyakan khabar.Dan tanpa membuang masa mereka bertunang pada Oktober 2012. Sweet kan?
"Tak sangka pula, dia ketika itu sedang berada di Mekah mengerjakan umrah.Bila saya dapat tahu dia di sana, saya dengan berseleroh berkata minta-minta nampaklah wajah saya di sana sebagai jodohnya," -Beego
Tag : Beego , Berita Artis , Linda Hashim , Pelakon , Perkahwinan Artis , Tunang Artis , Umrah


