Pada:
Khamis, 7 Januari 2016
Linda Hashim memberitahu nama kedua-dua anaknya iaitu Jelita Clarissa, 2, dan Anggun Cassandra yang baharu dilahirkan 29 Disember lalu mempunyai makna tertentu dengan membawa maksud yang baik.
Linda berkata, nama tersebut dipilih berikutan ia dianggap unik selain sedap untuk didengar.
"Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama lain.Tambah Linda, dia memilih nama tersebut daripada lebih 10 senarai nama ketika mengandung.
"Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami. Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin,
"Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat.
"Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih," ujarnya memetik portal mStar.
Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013.
Tag : Anak Artis , Beego , Berita Artis , Linda Hashim , Pelakon



