Pada:
Rabu, 4 September 2013
Mereka berdua dinikahkan pada 8 Jun yang lalu di di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju.
"Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan.
"Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah. Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini," ujar Linda memetik portal MediaHiburan semalam.
Tag : Anak Artis , Artis Mengandung , Beego , Berita Artis , Hamil , Linda Hashim , Pelakon , Suami Isteri


