Pada:
Sabtu, 8 Jun 2013
Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju tadi 8 Jun selepas solat Isya, 9.25 PM.
Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Sementara itu pihak perempuan membalas dengan 9 dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.
Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan. -mStar | GUA | cyanxkamo.blogspot.com
Tag : Beego , Berita Artis , Gambar Artis , Linda Hashim , Pelakon , Perkahwinan Artis , Pernikahan , Suami Isteri









