Fathia Latiff umum tak jadi kahwin tahun ini, sebab....

Pada: Jumaat, 4 Ogos 2017
Dengar khabar yang Fathia Latiff telah membuat pengumuman yang majlis perkahwinannya pada tahun ini tidak akan dilaksana. Khabar ini sangat menyedihkan buat dirinya.

Bukan sebab kurang bajet atau kos, tapi disebabkan hubungannya dengan jejaka A sudah berakhir bulan lalu.


“Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki. Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah”

“Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik”

“Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan,” jelasnya kepada Utusan Online

Tag : , , , , , ,