Diana Rafar hamil anak ke-2 (9 gambar)

Pada: Khamis, 20 Julai 2017
Diana Rafar yang kini hamil lapan bulan berharap dikurniakan anak perempuan selepas memiliki anak lelaki, Kashfi Haiqal yang kini berusia tujuh tahun.

Diana berkata, orang sekeliling menjangkakan dia mendapat anak perempuan selain keluarga dan sahabat yang turut mendoakan impiannya itu tercapai.

Bagaimanapun, Diana mengakui belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya meskipun selepas beberapa kali menjalani ujian imbasan kehamilan.

“Sebenarnya, suami kalau boleh tidak mahu tahu jantina anak kami. Dia mahu perkara itu menjadi kejutan buat kami berdua sehingga bersalin. Jadi setiap kali menjalani ujian imbasan kehamilan, dia meminta doktor tidak memberitahu jantina anak.

“Dalam soal ini, kami tidak kisah. Asal saja anak yang bakal lahir sihat dan sempurna. Cuma saya berharap kalau dapat anak perempuan mesti seronok. Cukup sepasang anak kami. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu berharap.

“Saya menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah. Saya dan suami berserah dan menganggap anak adalah amanah dan rezeki. Apa yang penting, doakan semoga saya selamat bersalin dan dipermudahkan,” katanya memetik HarianMetro.

Tag : , , , , , , ,