Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Diana Rafar hamil anak ke-2 (9 gambar)
Khamis, 20 Julai 2017
Diana Rafar yang kini hamil lapan bulan berharap dikurniakan anak perempuan selepas memiliki anak lelaki, Kashfi Haiqal yang kini berusia tujuh tahun.
Diana berkata, orang sekeliling menjangkakan dia mendapat anak perempuan selain keluarga dan sahabat yang turut mendoakan impiannya itu tercapai.
Bagaimanapun, Diana mengakui belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya meskipun selepas beberapa kali menjalani ujian imbasan kehamilan.
Diana berkata, orang sekeliling menjangkakan dia mendapat anak perempuan selain keluarga dan sahabat yang turut mendoakan impiannya itu tercapai.
Bagaimanapun, Diana mengakui belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya meskipun selepas beberapa kali menjalani ujian imbasan kehamilan.
Inikah penyanyi yang menjadi punca Zamarul, Diana bercerai?
Ahad, 3 Julai 2016
Penyanyi dan pelakon 1980-an iaitu Oja mengambil masa lebih setahun ‘menyembunyikan’ diri selepas dikatakan menjadi punca terhadap perceraian pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37, berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.
Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37, berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.
Sekitar hari jadi anak Diana, Zamarul (7 gambar)
Khamis, 5 November 2015
Diana Rafar dan suami, Zamarul Hisham telah meraikah hari jadi ke-5 tahun anak mereka, Kashfi Haiqal pada 1 November yang lalu. Sambutan majlis tempoh hari diadakan di Restoran Alsham Castle di Shah Alam. Lebih istimewa majlis yang bertemakan dekorasi permainan Lego itu turut meraikan 40 orang anak yatim Al Firdaus Denai Alam di Shah Alam. Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis adalah Nabil Ahmad dan Johan As'ari.
Diana Rafah terkilan dengan hobi Zamarul, apa hobi Zamarul? (7 gambar)
Isnin, 7 September 2015
Diana Rafah mengakui tidak kisah suaminya, Zamarul Hisyam untuk hisap Vape namun tidak menyukai hobi Zamarul yang gemar mengumpul koleksi vapor yang difahamkan mahal dan membazir.
Namun itulah yang terbaik untuk seorang isteri buat suaminya, saling sentiasa pesan memesan jika ianya membuatkan lebih banyak kebaikan berbanding kemudaratan.
Harap keluarga ini menjadi lebih sweet lagi.
Namun itulah yang terbaik untuk seorang isteri buat suaminya, saling sentiasa pesan memesan jika ianya membuatkan lebih banyak kebaikan berbanding kemudaratan.
Harap keluarga ini menjadi lebih sweet lagi.
Zamarul, Diana sah suami isteri semula (gambar & video)
Jumaat, 15 Mei 2015
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor Zamarul Hisham terhadap isterinya, Diana Rafar pada 14 Februari lalu kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.
Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.
Zamarul, 44, dan Diana, 33, yang hadir ditemani ahli keluarga masing-masing tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.
Dalam pada itu, Mohd Hisyam memerintahkan lafaz rujuk pasangan itu didaftarkan di kaunter mahkamah. -mStar
Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.
"Adiana Bt Abdul Rafar aku merujuk kamu semula," kata Diana ketika ditanya lafaz rujuk tersebut.Menurut keterangannya di mahkamah, Diana memberitahu, Zamarul melafazkan cerai terhadapnya pada pukul 1.40 pagi di kediaman mereka.
Zamarul, 44, dan Diana, 33, yang hadir ditemani ahli keluarga masing-masing tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.
Dalam pada itu, Mohd Hisyam memerintahkan lafaz rujuk pasangan itu didaftarkan di kaunter mahkamah. -mStar
Ucapan harijadi Zamarul kat Diana (gambar)
Selasa, 12 Mei 2015
Rasanya mereka ni dalam perancangan nak rujuk kembali diantara Diana Rafar dan Zamarul Hisham. Walaupun ramai dah mengetahui yang mereka bukan lagi suami isteri sejak Januari 2015 lalu.
Namun kemesraan yang dilakukan oleh Zamarul terhadap Diana sepertinya bakal menyatukan mereka semula. Terbaru Zamarul mengucapkan selamat hari jadi kepada Diana.
Ayat romantis Zamarul kepada Diana
Sabtu, 28 Mac 2015
Wah bukan main lagi Zamarul Hisyam nak pikat semula bekas isterinya, Diana Rafah. Mereka ni dah sah bercerai pada bulan Januari lalu. Mungkin Zamarul nak tunggu waktu eddah Diana kot, dan kemungkinan nak rujuk semula.
Mungkin dalam waktu perceraian ni mereka dah berfikir panjang dan mula belajar erti kesilapan. kita doakan agar mereka berdua bersatu semula. :)
Doakan yang terbaik untuk kami - Diana Rafah
Selasa, 24 Mac 2015
Diana Rafar dan Zamarul Hisham seperti sedia maklum sudah mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada Januari lalu, namun tidak sangka masih ramai pihak yang sangat sayangkan hubungan mereka dan ini telah membuatkan perkara tersebut turut menyentuh hati Diana Rafar.
“Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” -Diana ketika ditemubual oleh rancngan MelodiSelain itu, Diana Rafar juga menjelaskan ketika dia berada di dalam situasi sebegini, barulah dia mengerti bahawa peminat yang menyokongnya selama ini betul-betul menyanyanginya kerana ada di antara mereka yang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.
Luahan hati Zamarul Hisham setelah bercerai, masih sayangkan Diana
Selasa, 3 Mac 2015
Kemelut rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafah yang bergolak telah terjawab, apabila mereka sah bercerai pada 15 Januari lalu. Zamarul tampil dengan kenyataan pertamanya sejak berlakunya perceraian ini di sisipan akhbar Bharian semalam.
“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.
“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.
“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,”
“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.
Diana Rafah, Zamarul Hisham bakal bercerai..
Jumaat, 16 Januari 2015
Perjalanan rumahtangga Diana Rafar dengan Zamarul Hisham terjawab semalam apabila satu sumber yang memetik portal Bharian dimana Diana telah memfailkan perceraian terhadap Zamarul di mahkamah Syariah Shah Alam.
Menurut fakta, mereka berkahwin pada 16 Mei 2009 yang lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kashfi Haikal berusia lima tahun.
Menurut fakta, mereka berkahwin pada 16 Mei 2009 yang lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kashfi Haikal berusia lima tahun.
"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,"
"Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.
"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.
"Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini," -Diana
Rozita Che Wan rela di madukan!
Ahad, 16 Februari 2014
Mana-mana wanita pun tidak akan mahu dimadukan jika tidak terdapat sebab munasabah dan harus di madukan. Rozita Che Wan aka Che Ta juga memiliki pendiriannya yang sebegitu.
Menurut kata Che Ta dalam portal mStar semalam, dia yakin suaminya, Zain Saidin tidak akan memadukan dirinya dengan berkahwin lagi.
Menurut kata Che Ta dalam portal mStar semalam, dia yakin suaminya, Zain Saidin tidak akan memadukan dirinya dengan berkahwin lagi.
“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.Ha yang kejutannya, Che Ta rela berpoligami/dimadukan hanya untuk drama/filem lakonannya sahaja. Yang terbaru adalah telefilem, Madu (bermula 16 Feb, jam 10 malam TV3).
"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,”
"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.Telefilem yang dibarisi pelakon Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.
“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan,"
Gambar Diana Rafar Terkini
Rabu, 19 Jun 2013
Adik beradik kepada selebriti Linda Rafah, Diana Rafah kini semakin jarang didengar khabarnya. Selepas berkahwin dengan pelakon, Zamarul Hisham, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata yang nak masuk usia 3 tahun.
Beberapa keping gambar memperlihatkan anak Diana kini yang sudah membesar, dan gambar Diana yang tidak bermake-up menampakkan kenuetralan sebenar wajahnya.
Beberapa keping gambar memperlihatkan anak Diana kini yang sudah membesar, dan gambar Diana yang tidak bermake-up menampakkan kenuetralan sebenar wajahnya.
Zamarul Hisham Kena Demam Denggi!
Khamis, 3 November 2011
Ini berita yang dipetik daripada laman Gua, dimana Zamarul Hisham menghidap demam denggi untuk kali ke-2 (pertama pada tahun 1995) dan kini terlantar di hospital dekat Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, sejak hari Ahad. Paling sedih buat Zamarul ketika ini adalah dia terkena demam ni pada tarikh yang sama dengan 'befday' anaknya, Kashfi Haiqal yang berumur setahun. Kita doakan agar Zamarul kembali sihat semula yer.




[via]
Pelakon Baru, Kristina Chempaka
Khamis, 7 Julai 2011
Siapa empunya nama Kristina Chempaka yang memiliki paras rupa yang boleh tahan juga ni erk. Mengikut daripada perkembangan terbaru mengenainya, dia seorang pelakon utama untuk Sentuhan Isabella. Sekaligus mengenepikan Diana Danielle (pembantu pelakon utama) dan Julia Ziegler, Mislina Mustaffa dan Zamarul Hisyam. Memang hebat lah kalau macam itu. Mungkin pengarah untuk Sentuhan Isabella, Osman Ali nak menegahkan lagi bakat-bakat baru ni. Ya la, nanti orang bosan pula lihat pelakon itu-itu sahaja. Mahu juga yang fresh dan cute. Hehe.






Diana Rafar selamat melahirkan anak
Sabtu, 30 Oktober 2010
Pelakon serta isteri kepada Zamarul Hisham, Diana Rafar telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 3.30 petang kelmarin (29/10). Bayi comel seberat 2.9 kg itu dilahirkan di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam secara normal. Menurut Zamarul, Diana dan bayi kini berada dalam keadaan sihat. Zamarul dan Diana telah mendirikan rumahtangga pada 16 Mei 2009. Zamarul yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Izzat Haiqal dan Iqmal Haiqal. Tahniah! -Gua
Diana Rafar baca al Quran ketika hamil 5 bulan
Khamis, 17 Jun 2010
Selepas 11 bulan (16 Mei 2009) mendirikan rumah tangga dengan Zamarul Hisham, pelakon Diana Rafar antara insan yang amat bertuah kerana dia sekarang sudah hamil lima bulan. Diana menyedarinya berita gembira itu selepas berat badannya meningkat secara mendadak pada bulan kedua kehamilan. Diana berkata, dia sangat gembira dan bersyukur kerana hasratnya menimang anak bersama suami tercinta akhirnya tercapai.
Mengenai petua-petua menjaga kandungannya, Diana berkata, dia membaca Al-Quran serta makan makanan berkhasiat seperti vitamin C. Sementara itu, Zamarul berkata, dia akan menguruskan kerja-kerja di rumah kerana mahu isterinya banyak berehat. -mStar
Mengenai petua-petua menjaga kandungannya, Diana berkata, dia membaca Al-Quran serta makan makanan berkhasiat seperti vitamin C. Sementara itu, Zamarul berkata, dia akan menguruskan kerja-kerja di rumah kerana mahu isterinya banyak berehat. -mStar
Gambar Fasha Sandha dan Zamarul Hisyam
Ahad, 18 April 2010
Kes mengenai ini sudah menjadi liputan luas termasuk juga media tv. Dalam rancangan Melodi yang lalu, ada juga isu ini dibangkitkan. Sampaikan isteri kepada Zamarul, Diana Rafar juga tahu mengenai kejadian berkenaan. Namun Diana mengambil sikap positif dan professional dengan memahami keadaan kerjaya suaminya itu. Memang sesuatu yang membanggakan kerana Diana seorang isteri yang memahami. Pun Begitu Fasha juga sudah memohon maaf diatas kesilapannya itu, dengan harapan agar dia tidak mahu dilibatkan lagi dalam isu berkenaan kerana tidak mahu terjadi lagi seperti isu Nora Danish dan Jejai berulang.
Fasha Sandha punca keretakan rumahtangga Zamarul, Diana
Rabu, 17 Mac 2010
Selepas dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga seorang usahawan, Datuk S (2007) dan pelakon Nora Danish dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli (2008), pelakon kontroversi Fasha Sandha sekali lagi dikatakan punca keretakan rumahtangga orang lain. Kali ini membabitkan rumahtangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Mahligai yang dibina Zamarul dan Diana sejak Mei tahun lepas dikhabarkan bergolak gara-gara tindakan Fasha memuat turun gambarnya bersama Zamarul dalam satu forum menerusi blog Dramafilmakers.
Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya.
Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya. “Gambar tu takde apa-apa pun, gambar pose je. Fasha dalam karakter dia dan Zamarul dalam karakter dia. Cuma Zamarul sakit hati bila Fasha keluarkan gambar Zamarul tanpa pengetahuan Zamarul. Prinsip Zamarul dia memang tidak gemar gambarnya dimuat turun di mana-mana. Fasha ada call Diana minta maaf. Bagi Diana, Diana tak jeles sebab Diana faham kerja Zamarul. Diana tak nak melayan isu ini. Bagi Diana isu ini terlalu remeh dan tak ada kaitan dengan Diana.” kata Diana Rafar. -Gua

















