Pada:
Isnin, 13 Jun 2016
"Kami sudah melakukan ujian imbasan, malah doktor juga memaklumkan jantina yang bakal dilahirkan. Cuma ketika ini, biar saya simpan sebagai rahsia hingga saya selamat bersalin nanti.
"Alhamdulillah saya tidak mempunyai sebarang alahan atau mengidam makanan pelik tetapi tidak dapat berenggang dengan suami. Ada ketika, suami tidak dapat ke pejabat kerana mahu dia sentiasa menemani.
"Saya bersyukur apabila disahkan hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga. Kami berdua tidak merancang, sebaliknya bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah," katanya memetik Bharian Online.
Tag : Artis Mengandung , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Pengacara TV , Raja Farah













