Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Raja Farah mengenai anaknya..

Khamis, 22 Jun 2017

Kasihan dekat Raja Farah dah nak Hari Raya, maka ditimpa musibah, semalam diberitahu yang dia mengalamai keguguran kandungan anak ke-2 berusia dua bulan.

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya pada ketika kita semua hendak menyambut sambutan Hari Raya tak lama lagi”

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Raja Farah tidak kisah ada orang mengata 'bab ini' selepas bersalin..

Ahad, 30 Oktober 2016

Raja Farah yang selamat melahirkan anak beberapa bulan lalu mengakui yang dia tidak kisah bila ada orang mengata mengenai bentuk badannya yang meningkat selepas bersalin.

Raja Farah bawa baby comel mengerjakan Umrah (7 gambar)

Ahad, 2 Oktober 2016



Raja Farah dan suami akan mengerjakan umrah kali kedua Disember depan dengan ditemani anak tersayang, Imran Iskandar.

Raja Farah selamat melahirkan anak, berjantina....

Khamis, 11 Ogos 2016


Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 28, menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Gambar hamil terkini Raja Farah (10 gambar)

Isnin, 13 Jun 2016

Raja Farah yang kini hamil dalam usia kandungannya 7 bulan mengakui mahu merahsiakan jantina anaknya itu sehingga selamat dilahirkan.

Raja Farah jelas isu dia mandul..

Isnin, 28 Mac 2016

Raja Farah Raja Aziz baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sudah disahkan hamil anak pertama hasil perkahwinan kedua dengan suaminya, Iskandar Ismail.

Farah juga turut menyatakan bahawa orang ramai yang sebelum ini mencelanya sebagai mandul telah meminta maaf kepadanya sebaik mengetahui khabar mengeni kehamilannya itu.

Percutian Raja Farah, suami Di London (9 gambar)

Jumaat, 19 Februari 2016

Berita mengejutkan Raja Farah sekembali dari Ibadah Umrah..

Isnin, 25 Januari 2016

Dikhabar yang Raja Farah kini berbadan dua. Usia kandungannya mencecah dua bulan. Ianya satu 'hadiah isimewa' dari Allah SWT, memandangkan seminggu selepas mereka mengerjakan dari umrah pada Disember tahun lalu, baru mengetahui hal berkenaan.

Raja Farah komen Astro ulang siar program bersama bekas suami..

Ahad, 29 November 2015

Astro ulang siar program bersama bekas suami, ini respon Raja Farah
Pelakon Raja Farah kesal apabila program Destinasi Cinta yang dirakamkan bersama bekas suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria kerap ditayangkan semula di saluran televisyen Astro.

Raja Farah berkata, biarpun perkara tersebut bukanlah isu besar, namun ia boleh menyinggung perasaan suami baharu dan keluarga mereka.
“Saya tidak kisah cuma harap pihak stesen televisyen itu lebih peka serta sensitif dan tidak menyiarkan lagi program tersebut

“Alhamdulillah, suami saya faham dan tidak kisah, cuma saya tidak mahu pihak keluarga belah dia berkecil hati pula bila terlalu kerap kisah itu disiarkan,

“Saya jarang tengok televisyen, tetapi sejak kebelakangan ini ada beberapa kali peminat saya tegur di laman sosial bahawa program tersebut sedang ditayangkan.

“Saya tahu stesen televisyen itu juga ada alasan, tapi cuma saya harap mereka lebih sensitif tentang hal-hal sebegitu,” ujarnya.
Sementara itu, Raja Farah yang kini sudah tiga bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail. -mStar Online

Farah Diana selamat melahirkan anak ke-2 (5 gambar)

Selasa, 15 September 2015

Tahniah kepada Farah Diana Anuar yang selamat bersalin anak ke-2 nya secara norman semalam kira-kira jam 9.30 pagi di Island Hospital dekat Pulau Pinang.

Bayi seberat 3.45kg berjantina perempuan itu belum diberikan nama lagi.

Sekitar resepsi Raja Farah (17 gambar)

Sekitar sesi bergambar outdoor perkahwinan Raja Farah (13 gambar)

Khamis, 10 September 2015

Sekitar perkahwinan Raja Farah dan suaminya yang berlangsung pada 6 September lalu. -gambar Eddie PhotoVideo

Luahan sedih bekas suami Raja Farah, Megat Bashirun..

Selasa, 8 September 2015

Bekas suami Raja Farah, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria menyatakan bahawa bekas isterinya itu layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya selain mendoakan kebahagiaannya..

“Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa. Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri,” -Megat petikan portal mStar

Sekitar pernikahan Raja Farah, 6 September (7 gambar)

Ahad, 6 September 2015

Pelakon Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Raja Aziz, 27, selamat dinikahkan dengan Iskandar Ismail, 33,hanya dengan sekali lafaz hari ini, 6 September 2015.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah dan disaksikan Pendaftar Nikah, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Muhammad Ariffin Mohd. Dalhal.

Dalam majlis itu juga pengantin perempuan yang anggun mengenakan persalinan rekaan Ezuwan Ismail menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas.

Majlis berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, dihadiri keluarga kedua-dua pihak.

Sementara itu, Raja Farah dan Iskandar yang juga seorang ahli perniagaan, mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu . -Utusan | gambar eberita.org

Raja Farah akan kahwin tahun ini, tarikhnya ialah..

Ahad, 30 Ogos 2015

Raja Farah sudah bertunang baru-baru ini namun belum memperkenalkan lagi bakal suaminya yang baru itu. Namun mereka telah sepakat untuk bernikah pada 6 September ini di salah satu masjid sekitar Bukit Jelutong.

Raja Farah dah bertunang semalam dengan seorang...

Isnin, 10 Ogos 2015

Raja Farah, 27, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 33 tahun di kediaman keluarganya di sini, tengah hari tadi semalam.

Raja Farah mengesahkan perkara terbabit ketika ditemui pada sesi sidang media.
"Alhamdulillah, majlis pertunangan tengah hari tadi berjalan lancar. Buat masa sekarang, saya perlu merahsiakan terlebih dahulu identiti bakal suami atas persetujuan kedua belah pihak.

"Cukup untuk saya katakan, dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan," katanya.
Memperkenalkan bakal suami sebagai II, Raja Farah juga merahsiakan tempoh bertunang dan tarikh pernikahan.
"Saya boleh katakan majlis nikah dalam tahun ini juga dan persandingan akan diadakan di sebuah hotel Ampang," katanya.
Sebelum ini, Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga selama lima tahun sebelum bercerai pada 25 Mei lalu. -HarianMetro

Sebab tiada anak punca perceraian Raja Farah?

Khamis, 9 Julai 2015


Pelakon Raja Farah terkilan apabila segelintir pihak masih menyalahkan dirinya dengan menganggap ketiadaan anak sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, berkata, perkara tersebut bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman.
"Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

"Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi," ujarnya kepada mStar Online.
Raja Farah Raja Aziz, 27, bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 25 Mei 2015.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata, permasalahan rumah tangganya bermula pada tahun ketiga perkahwinan apabila mereka mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan.
"Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul.

"Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang," ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Farah mengakui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku.

Bagaimanapun dia tetap menganggap mereka sebagai ahli keluarga sehingga akhir hayatnya.
"Hubungan dengan keluarga mertua agak dingin, mungkin mereka perlu masa untuk terima perpisahan ini. Namun saya tetap anggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri. Kalau ada kelapangan saya mungkin akan menziarahi mereka," katanya.

Punca Raja Farah sah bercerai talak satu (PANAS)

Selasa, 26 Mei 2015


Raja Farah Raja Aziz, 27, bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, semalam.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

Raja Farah kecam gosip bercerai dengan suami!

Jumaat, 12 September 2014

Gosip yang melanda Raja Farah yang dikatakan sudah tidak sebumbung aka cerai dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum adalah sesuatu yang tidak berasas dan mengaibkan.

Gosip ini timbul apabila Raja Farah jarang ditemani suaminya apabila menghadiri apa-apa jenis majlis.

Namun Raja Farah menegaskan yang dia dengan suaminya masih lagi mengekalkan hubungan yang cukup bahagia sebagai suami isteri namun tidak menafikan adat resam bergaduh di dalam rumahtangga.

Mengikut info, Raja Farah jarang berlakon sejak berkahwin pada 2010 yang lalu.

Raja Farah terlibat kemalangan

Selasa, 22 Julai 2014

Dengarnya pelakon dan pengacara, Raja Farah terlibat dengan satu kemalangan kecil yang memperlihatkan kereta yang dipandunya melanggar penghadang bahu jalan.

Raja Farah tidak mengalami kecederaaan serius cuma difahamkan dadanya terhentak.

rajafarahmbq Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah..Farah accident semalam..Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik..cuma dada terhentak..terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah..Alhamdulillah.. #rajafarah