Pada:
Khamis, 18 Februari 2016

Fazura sendiri nampaknya terpesona dengan 'keayuan' anak perempuan hasil perkahwinan Che Ta dengan Zain Saidin itu hingga terserlah sisi kewanitaan dan keibuan Fazura ketika mendukung Aaisyah.
Memuat naik gambarnya bersama kanak-kanak itu, foto berkenaan cepat menangkap perhatian pengikut bintang Langit Cinta ini sehingga ia mendapat lebih 24,000 'like'. Lebih menarik, Fazura turut memuatkan keterangan gambar yang dianggap sangat comel dan penuh erti. -Bharian
"Bahagianya hidup jika sudah sampai masa nanti dapat anak macam ini. 'I'm in love'," katanya.
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Fazura , Gambar Artis , Instagram , Pelakon , Rozita Che Wan