Pada:
Rabu, 12 Ogos 2015
Fizz agak terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.
“Saya tidak pernah kenal apatah lagi jumpa atau berlakon dengannya. Jadi mana datangnya cerita saya cuba memikatnya?
“Jujurnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Saya tak faham apa motif dia mendedahkan foto paparan skrin (screenshot) dan membuat kenyataan seperti itu.
“Hampir 24 jam saya bersama isteri dan anak-anak, bila masa pula saya nak buat perkara macam itu?”
“Saya tahu saya jahat. Tetapi itu dulu. Sekarang ini saya sudah mempunyai kehidupan sendiri bersama isteri yang saya sayang (Almy Nadia) dan anak-anak.
“Yang penting saya sudah membuat penjelasan kepada umum, begitu juga dengan isteri. Alhamdulillah, Almy faham dan menerima perkara ini dengan fikiran yang terbuka.
“Saya pun tidak mahu menuduh siapa-siapa dan malas nak melayan perkara remeh seperti ini,”
“Kepada orang di luar sana yang mahu mengambil kesempatan, jangan memburukkan orang sebarang. Tetapi kalau nak buat juga, teruskanlah mengaibkan orang. Ingat, Tuhan tetap memberi balasan,” -tegas Fizz menerusi mStar.
Tag : Bentuk Badan , Fara Mendoza , Fizz Fairuz , Gossip Artis , Model , Pelakon , Skandal , Wechat


