Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Ozlyn bagi amaran keras!
Dalam pada ramai artis lelaki bergelar suami didekati wanita lain, Ozlynn Wati menegaskan tiada siapa berani mendekati suaminya, Johan.
Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka.
Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja.
Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk mengutamakan keluarga.
Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka.
"Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun.. Cubalah kalau berani!
"Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya
Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja.
"Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah.
"Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya.
Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk mengutamakan keluarga.
"Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain.
"Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama," kata Johan.
Apa yang terjadi kepada isteri pertama Datuk Red?
Khamis, 24 Ogos 2017
Dengar khabar suami Adira, Datuk Red yang juga mempunyai isteri pertama telah mengandung anak mereka. Namun isterinya itu dikatakan agak sedih di atas sikap suaminya yang sedang dalam usaha mencari isteri yang ke-3 dimana gosip dia dengan seorang pelakon kini semakin tersebar.
Dulu isteri pertama Datuk Red tak berapa sedih sangat bila dia nak kahwin dengan Adira namun, ada seorang individu menyatakan bahawa isteri pertama Datuk Red ternyata terkilan dengan apa yang berlaku kini melalui laman sosial Facebook miliknya.
Dulu isteri pertama Datuk Red tak berapa sedih sangat bila dia nak kahwin dengan Adira namun, ada seorang individu menyatakan bahawa isteri pertama Datuk Red ternyata terkilan dengan apa yang berlaku kini melalui laman sosial Facebook miliknya.
Video viral Aliff Aziz pukul isterinya..?
Jumaat, 28 Julai 2017
Isteri pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita yang didakwa seorang pelakon di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.
Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.
Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.
Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.
Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke. -harianMetro
Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.
"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.
"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.
"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.
Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.
"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.
"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.
“Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.
“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.
Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.
"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.
“Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.
Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke. -harianMetro
PANAS! suami Adira nak kahwin satu lagi?
Jumaat, 16 Jun 2017
Dengar cerita panas yang suami kepada Adira AF iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Red dikatakan berbual mesra bersama seorang wanita di Instagram.
Gambar screenshot itu juga turut mempunyai wajah Datuk Red sendiri selain dakwaan bahawa perbualan tersebut sebenarnya sudah terjadi sebelum Adira beranak lagi.
Isu pegang tangan, Uqasha Senrose mohon maaf...
Isnin, 27 Mac 2017
Isu pengang tangan di suatu majlis diantara Uqasha Senrose dengan Shah Iskandar telah mengemparkan banyak pemerhati orang ramai mengenai kedua-dua pelakon ini.
Namun Uqasha semalam mengakui sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada isteri Shah.
Namun Uqasha semalam mengakui sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada isteri Shah.
"Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.
"Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami," ujarnya kepada mStar Online.
Fathia punca Emma-Kamal rengang? ini jawapan Fathia..
Jumaat, 5 Ogos 2016
Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menolak dakwaan mengatakan hubungan cintanya bersama Emma Maembong berantakan kerana orang ketiga, kini timbul pula nama Fathia Latiff yang dikaitkan sebagai orang ketiga itu. Bagaimanapun, Fathia menafikan sekerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional.
“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanyalah khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kenalah profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional.
Dulu pun dia ada pernah berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.
Neelofa ada skandal dengan VIP (laki orang) ?
Isnin, 1 Ogos 2016
Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Neelofa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang bahkan sudah menjadi isteri kedua lelaki tersebut berstatus VIP.
Walaubagaimanapun, Neelofa menafikan dakwaan berkenaan.
Walaubagaimanapun, Neelofa menafikan dakwaan berkenaan.
Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya.
Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya. Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Saya sudah lama melupakannya, tetapi mengapa masyarakat di luar sana tidak melakukan perkara yang sama." kata Neelofa memetik sisipan BiPop Berita Harian
Adira berdendam dengan Ruhainies?
Selasa, 26 Julai 2016
Penyanyi Adira Suhaimi, 25, berharap kisah rumah tangganya tidak disensasikan selepas berlaku kontroversi membabitkan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dan pelakon baharu, Ruhainies.
Pemilik nama penuh Siti Adira Suhaimi itu berkata, dia tidak melayan komen di laman sosial namun isu dibangkitkan mengguris hati apabila dilakukan sendiri insan terdekat, sekali gus dianggap seakan serangan peribadi.
Pemilik nama penuh Siti Adira Suhaimi itu berkata, dia tidak melayan komen di laman sosial namun isu dibangkitkan mengguris hati apabila dilakukan sendiri insan terdekat, sekali gus dianggap seakan serangan peribadi.
"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah.Beliau yang sebelum ini enggan membuka mulut memberi komen mengenai kenyataan suaminya di media berhubung keintiman dengan Ruhainies selain kesediaan menambah kuota isteri akhirnya tampil membuat penjelasan. -BHarian
"Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.
"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar," katanya.
Datuk Red akui bakal kahwin lagi, tapi dengan wanita berciri ini..
Ahad, 24 Julai 2016
Melalui kenyataannya sebelum ini, memang gayanya Ruhainies bakal menjadi isteri ketiga namun bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Red (Datuk Seri Adnan Abu) menyatakan perkara sebaliknya.
“Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya,” jelasnyaMalah Datuk Red juga menyatakan rasa simpati terhadap Ruhainies di atas perkara tersebut. Bagaimanapun Datuk Red juga percaya terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej dirinya melalui rakaman video tersebut.
“Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira”
“Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka,” katanya.
Faye Kusairi sindir Elly Mazlein
Khamis, 16 Jun 2016
Sebelum ini heboh kes Faye Kusairi yang dituduh sebagai orang ketiga punca Elly Mazelin bercerai dengan bekas suaminya.
Terbaru melalui laman Instagram Faye, ada satu caption yang sepertinya menuju kepada Elly.
Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan lahan. Sudah sudahlah ya.
Elly Mazlein dedah sikap sebenar bekas suaminya..
Selasa, 14 Jun 2016
Punca keretakkan rumahtangga Elly Mazlein dengan bekas usami beliau masih menjadi tanda tanya. Ada juga pihak yang menuduh Elly berlaku curang terhadap bekas suaminya itu.
Namun hal yang direka itu kononnya Elly ditangkap dengan lelaki lain sewaktu sesi pengambaraan sebuah drama hanyalah fitnah semata-mata.
Namun hal yang direka itu kononnya Elly ditangkap dengan lelaki lain sewaktu sesi pengambaraan sebuah drama hanyalah fitnah semata-mata.
“Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi”
“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan”
“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” katanya kepada Berita Harian Online
Mia Ahmad, Mira Filzah bergaduh?
Jumaat, 19 Februari 2016
Dengar khabar hubungan Mia Ahmad dengan Mira Filzah dingin. Ini akibat ada desas desus dimana Mia Ahmad putus cinta dengan Syarul Ridzwan disebabkan Mira.
Dan ini respon Mia.
Dan ini respon Mia.
"Saya tiada masalah dengan Mira. Kami baik-baik saja dan tiada istilah bermasam muka dengan gosip yang timbul. Tidak ada apa untuk saya jelaskan lagi mengenai isu ini. "Biasalah, lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Jadi saya memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini," katanya kepada BH Online.Tambah Mia, dia turut menyedari gosip berkenaan menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan
Hubungan sulit: Isteri skandal Adel AF 2014 akhirnya buat pengakuan...
Ahad, 14 Februari 2016

Beberapa hari lepas kami ada menyiarkan entri mengenai peserta Akademi Fantasia 2014, Adel yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Menurut dakwaan itu, mereka intim sehingga keluar masuk hotel’.
Perkara ini dinafikan oleh Adel yang mendakwa cerita keluar masuk hotel dengan teman lelakinya hanya fitnah. Tambah Adel, teman lelakinya mengaku duda semasa perkenalan mereka bermula dan kini dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
Isteri teman lelaki Adel yang bernama Hairin, 26, telah tampil kepada kami untuk menceritakan kisah dari pihaknya.
Bekas pelajar AF4 berchat dengan suami orang..
Jumaat, 12 Februari 2016

Menerusi satu kiriman e-mail yang di terima, ada pihak yang mendakwa bekas pelajar AF 2014, Adel yang berasal daripada Sabah sedang bercinta dengan suami orang.
Menurut sumber tersebut, teman lelaki Adel merupakan seorang kontraktor yang berkahwin dengan wanita daripada Johor dan mempunyai tiga orang anak.
Adegan comolot Fara Mendoza, Zwenstar.. PANAS!
Selasa, 27 Oktober 2015
Lagi kontroversi yang dilakukan oleh pelakon Fara Mendoza, kali ini dia dikatakan melakukan aksi cium aka comolot dengan penyanyi, Zwenstar di tempat awam.
Namun aksi berkenaan disalah anggap oleh seorang yang mengambil gambar berkenaan dan disebarkan sebagai adegan cium.
Fara memetik portal mStar, ianya adalah adegan sepasang kekasih bercinta untuk klip video nyanyian Zwenstar berjudul 'Ku Tahu'.
Namun aksi berkenaan disalah anggap oleh seorang yang mengambil gambar berkenaan dan disebarkan sebagai adegan cium.
Fara memetik portal mStar, ianya adalah adegan sepasang kekasih bercinta untuk klip video nyanyian Zwenstar berjudul 'Ku Tahu'.
Bekas skandal Adi Putra kini bahagia (17 gambar)
Khamis, 3 September 2015
Masih ingat wanita yang pernah dikaitkan dengan pelakon, Adi Putra dua tahun lalu mengenai skandal aplikasi telefon mudah alih. Namanya, Nooraida atau Aida Fasha yang berasal dari Johor Baharu.
Aida kini difahamkan sedang berbahagia dengan suaminya, Amiruddin Othman yang juga seorang usahawan. Ikut informasi mereka sebenarnya sudah bercerai pada 2013 yang lalu, namu rujuk semula demi anak perempuan mereka.
Syukurlah, mereka kini dah berbahagia semula, Adi Putra dah pun juga membuat haluan sendiri demi kerjaya seninya. Semoga sejarah tidak mungkin berulang.
Aida kini difahamkan sedang berbahagia dengan suaminya, Amiruddin Othman yang juga seorang usahawan. Ikut informasi mereka sebenarnya sudah bercerai pada 2013 yang lalu, namu rujuk semula demi anak perempuan mereka.
Syukurlah, mereka kini dah berbahagia semula, Adi Putra dah pun juga membuat haluan sendiri demi kerjaya seninya. Semoga sejarah tidak mungkin berulang.
Part lV Panas! ini komen Almy Nadia, pertahankan Fizz Fairuz..
Rabu, 12 Ogos 2015
Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia juga menerima tamparan apabila dia juga seorang pelakon dan yang selalu berada di samping Fizz. Berikutan isu panas yang melanda Fizz semalam dimana penyebaran foto screenshot aplikasi Wechat oleh aktres muda, Fara Mendoza.
"Saya tak tahu apa-apa mengenainya sehinggalah pihak media menelefon dan bertanyakan perkara itu sendiri kepada saya. Jadi kalau nak tahu kebenarannya, kena tanyakan pada Fizz sendiri. Saya tak boleh nak komen apa-apa.
"Namun, apa-apa pun yang berlaku, saya tetap akan mempertahankan Fizz kerana dia suami saya.Lagipun, syurga saya di bawah tapak kaki suami,"
"Saya tak tahu kebenarannya. Mungkin benar dan mungkin juga ada pihak tertentu yang sengaja mahu memperdajalkan Fizz untuk meraih perhatian.
"Namun saya tidak akan cepat melatah dengan apa yang berlaku dan saya rasa saya sudah semakin matang sejak berumahtangga.
"Lagi pun sekarang ini, saya lebih sibuk menguruskan anak dan rumahtangga daripada memikirkan benda-benda yang sebegini," -Almy petikan portal MUrai




















