Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ucapan simpati Alicia Amin kepada tragedi Tahfiz dikecam!

Isnin, 18 September 2017


Pelakon dan model, Alicia Amin dikecam lagi gara-gara kapsyennya di Instagram yang disangka tidak mengetahui sensitiviti kemalangan pelajar tahfiz yang terkorban beberapa hari lalu.

Alicia ada memuat naik gambar pelajar tahfiz yang terkorban dengan luahan yang cukup menyentuh hati tanda simpatinya kepada mangsa.

Tulisnya, "My heart goes out to the families who lost their loved ones. We need to do better to protect the children. Schools should not be a fire hazard. RIP"

Nitizen cukup berang kerana perkataan RIP adalah tidak sesuai digunakan di sini memandangkan yang meninggal dunia adalah beragama Islam.

Peserta Clever Girl 2017 buat hal lagi?

Selasa, 8 Ogos 2017

Sebelum ini, pernah timbul kontroversi mengenai peserta rancangan Clever Girl Malaysia yang tidak tahu warna bendera kebangsaan Malaysia.

Terbaharu, musim baharu Clever Girl Malaysia 2017 menyaksikan seorang lagi peserta dikecam teruk kerana tidak mengenali tokoh pemimpin tanah air. Yang lebih mengejutkan, tokoh yang disebutkan juga berasal dari negeri yang sama dengannya.

Inilah wajah wanita yang 'diganggu' Shukri Yahaya?

Isnin, 12 Jun 2017

Agak panas apabila Shukri Yahaya dikatakan telah mengoda seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle (seorang model) dengan aplikasi Wechat 'video call'.

Wanita berkenaan tampil memberitahu mStar Online yang dia mengenali Shukri ketika berada di Kuala Kangsar atas urusan penggambaran.

Kekasih Fadlan Hazim yang cantik sangat (7 gambar)

Rabu, 11 Januari 2017

Dengar khabar yang pelakon drama Papa Ricky, Fadlan Hazim sudah menghebahkan siapa kekasih hatinya. Kekasihnya itu dikenali sebagai Julie Ann Kang juga seorang model terkenal.

Dalam pada itu juga, pasangan Fadlan dan Julie dikatakan sudah menyulam cinta sejak dua tahun yang lalu. -MediaHiburan

Wajah kekasih terbaru Qi Razali (gambar)

Jumaat, 30 Disember 2016

Memang sah kini hubungN Qi Razali dan Nelydia Senrose dah berakhir. Terbaru kekasih terbaru Qi yanh hanya dikenali sebagai Nia yang juga seorang model telah memuatnaik gambar di sebuah restoran yang tidak diketahui namanya.

Bagaimanapun, Qi nampaknya lebih selesa memilih untuk tidak mendedahkan wajah wanita itu di IGnya.

Adik Neelofa, Ameera buka tudung? (5 gambar)

Rabu, 7 Disember 2016


Adik Neelofa iaitu Ameera difahamkan telah membuat keputusan untuk bertudung sekitar tahun lepas.

Namun, Ameera semalam telah mencetuskan kejutan apabila dia dikatakan memuat naik gambar tidak bertudung di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Ramai follower yang berasa terkejut dan ada segelintir mengecam Ameera.

Kembar Neelofa yang korang tak tahu.. (10 gambar)

Rabu, 2 November 2016

Nah inilah dia kembar pelakon manis, Neelofa yang semakin meletop sekarang. Siapa sangka kembarnya ini dari negara seberang. Dia adalah Kylie Verzosa yang juga merupakan wanita keenam dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss International.

Kekasih terbaru Atikah Suhaimie? (6 gambar)

Rabu, 21 September 2016

Walaupun gosip mengenai kontroversi gambar bogel belum menemui jalan akhir, timbul pula gosip dimana Atikah Suhaime dikatakan bertemu dengan kekasih baharunya.

Difahamkan kekasihnya ini bernama Sherzod dan merupakan seorang model terkenal tempatan yang berasal dari Uzbekistan. Ini adalah gosip, tak tahu sejauh mana kebenaran ceritanya, tapi lihat gambar mereka dibawah yang mesra ni, pasti korang rasakan mereka sudah bercinta.

Manisnya Nora Danish bertudung (6 gambar)

Selasa, 30 Ogos 2016

Vie Shantie memang lawa walaupun janda.. (18 gambar)

Isnin, 6 Jun 2016

Sekitar pernikahan Ammar Alfian (5 gambar)

Isnin, 14 Mac 2016



Pelakon dan model Ammar Alfian sudah pun bernikah dengan seorang wanita yang cukup cantik yang turut dikenali sebagai Nelissa Nezam. Dengarnya Majlis Pernikahan telah berlangsung pada 6 Mac 2016 yang lalu.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Ammar di instgram miliknya. Tidak banyak gambar yang telah dikongsikan oleh Ammar.

Komen sadis anak Normah Damanhuri mengenai isu cium..

Isnin, 29 Februari 2016

Anak Normah Damanhuri, Ahya Dedah Kisah Sebenar Gambar Bercium
Baru sahaja terpalit dengan kontroversi gambar separuh bogel yang tersebar di laman web lucah, nama anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya yang memperlihatkan susuk sepasang kekasih bercumbuan dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem Tanda Putera ini.

"Terpulanglah apa orang nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).

"Ya, memang saya muat naik dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak kawan-kawan bercuti ke pulau.

"Terpulanglah sama ada orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya 'kantoi' kerana muat naik gambar sendiri.

"Apa yang penting saya tahu apa yang sebenarnya," jelasnya.
Ditebak adakah dia sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis dakwaan itu.
"Bagi mereka yang sudah lama mengenali saya, tahu saya bagaimana.

"Saya memang suka bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah," ujarnya lagi.

Anak pelakon vateran pamer aksi cium... (3 gambar)

Jumaat, 26 Februari 2016

Isu Anak Normah Damanhuri, Ahya Kongsi Gambar Bercium di Tepi Pantai

Seorang model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.

Ini ke kekasih Nas-T yang terkini? (cun habis)

Isnin, 4 Januari 2016

Pelakon Nas-T mendedahkan yang dia sebelum ini berminat dengan seorang janda anak satu dengan profesion sebagai model, Atitah Haris. Namun idak dipastikan keakraban mereka seperti apa, kawan biasa atau bercinta.

namun ada yang melihat mereka kelihatan bersama untuk menghadiri kursus kahwin. Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama juga dimuatnaik oleh Atitah sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Pengacara Astro, Amelia Henderson dah kahwin (2 gambar kahwin)

Selasa, 18 Ogos 2015


Model dan pengacara SuperSportsDaily/MyEGsport kat astro, Amelia Henderson @ Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah dah kahwin tghari hari semalam, Ahad.

Dengarnya yang dia ni ramai yang menyangka dia ni bukan Islam, tapi bila lihat nama dia sepertinya Islam, menjadi persoalan sejak bila dia Islam, adakah ketika pernikahan ini?

Part lV Panas! ini komen Almy Nadia, pertahankan Fizz Fairuz..

Rabu, 12 Ogos 2015

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia juga menerima tamparan apabila dia juga seorang pelakon dan yang selalu berada di samping Fizz. Berikutan isu panas yang melanda Fizz semalam dimana penyebaran foto screenshot aplikasi Wechat oleh aktres muda, Fara Mendoza.
"Saya tak tahu apa-apa mengenainya sehinggalah pihak media menelefon dan bertanyakan perkara itu sendiri kepada saya. Jadi kalau nak tahu kebenarannya, kena tanyakan pada Fizz sendiri. Saya tak boleh nak komen apa-apa.

"Namun, apa-apa pun yang berlaku, saya tetap akan mempertahankan Fizz kerana dia suami saya.Lagipun, syurga saya di bawah tapak kaki suami,"

"Saya tak tahu kebenarannya. Mungkin benar dan mungkin juga ada pihak tertentu yang sengaja mahu memperdajalkan Fizz untuk meraih perhatian.

"Namun saya tidak akan cepat melatah dengan apa yang berlaku dan saya rasa saya sudah semakin matang sejak berumahtangga.

"Lagi pun sekarang ini, saya lebih sibuk menguruskan anak dan rumahtangga daripada memikirkan benda-benda yang sebegini," -Almy petikan portal MUrai

Part lll Panas! 'saya tahu saya jahat tapi..' -Fizz Fairuz

Luahan Fizz Fairuz Dituduh Goda Pelakon Baharu
Pelakon Fizz Fairuz menyifatkan tuduhan aktres baharu Fara Mendoza kononnya dia cuba memikat wanita itu menerusi perbualan aplikasi sosial WeChat adalah tidak masuk akal.

Fizz agak terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.

Part ll Panas! Fizz Fairuz harap awak sedar! -Fara

Fara Mendoza dedah Fizz Fairuz menggatal menggoda di WeChat
Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap Fizz yang cuba memikatnya menerusi perbualan menerusi aplikasi sosial WeChat.

Fara Mendoza, 25, berkata, niat sebenar dia mendedahkan perbualan tersebut supaya aktor itu sedar dan berhenti daripada terus mengumpannya dengan wang ringgit dengan tujuan yang tidak baik.

Part l Panas! Fizz Fairuz mengatal? (4 gambar)


Screenshot 'Fizz Fairuz'  Menggatal Dengan Seorang Wanita Tersebar
Panas! tersebarnya screenshot perbualan antara 'Fizz Fairuz' dengan seorang wanita bernama Fara Mendoza. Menerusi kemaskini akaun Instagram @miss_kepoh, terdapat satu entri yang memaparkan Screenshot tersebut yang membabitkan dua individu di dalam aplikasi WeChat memetik portal Murai.

Kekasih Adeline Tsen? (12 gambar)

Isnin, 27 Julai 2015

Pelakon dan model Adeline Tsen ada pergi bercuti baru-baru ini di Pulau Phuket dan sekitar Bangkok dengan ditemani mengikut sumber lelaki berkenaan adalah model dari negara Uzbekistan, Sherzod Yusuf.

Melihat kemesraan mereka, sepertinya mereka kini sedang bercinta. Sebelum itu juga mereka ada menyambut Hari Raya bersama-sama.

Adeline difahamkan sedia menjadi isteri untuk seorang jejaka Melayu dan Islam. Walaupun Sherzod bukan berketuruan Melayu namun dia beragama Islam. Mungkin sudah waktunya mereka berkahwin tidak lama lagi, kita harapkan ianya berlaku kelak. :)