Pada:
Jumaat, 15 Mei 2015

Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.
"Adiana Bt Abdul Rafar aku merujuk kamu semula," kata Diana ketika ditanya lafaz rujuk tersebut.Menurut keterangannya di mahkamah, Diana memberitahu, Zamarul melafazkan cerai terhadapnya pada pukul 1.40 pagi di kediaman mereka.
Zamarul, 44, dan Diana, 33, yang hadir ditemani ahli keluarga masing-masing tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.
Dalam pada itu, Mohd Hisyam memerintahkan lafaz rujuk pasangan itu didaftarkan di kaunter mahkamah. -mStar
Tag : Diana Rafar , Mahkamah , Pelakon , Pembaca Berita , Perceraian Artis , Suami Isteri , Tudung Video , Video Artis , Zamarul Hisyam