Pada:
Sabtu, 9 Mei 2015
Fahrin Ahmad selamat bergelar suami kepada seorang pramugari, Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi, Sabtu.
Majlis pernikahan itu berlangsung di Pusat Konvesyen Sime Darby.
Fahrin, 36, dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.
Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.
"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang wanita yang sangat memahami diri ini. Moga tanggungjawab sebagai ketua keluarga dapat saya laksanakan dengan baik.Elena yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang itu kini bertugas sebagai Ketua Pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines.
"Doakan perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat. Amin,"
Mereka pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. -sumber mStar | gambar Bharian
Tag : Fahrin , Gambar , Pelakon , Pengacara TV , Perkahwinan Artis , Pernikahan , Pramugari , UITM , Video Artis








