Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

HOT! Pelakon lelaki kantoi gila seks ganas? (video)

Selasa, 11 Julai 2017


Agak mengejutkan, betul ke ni gossip ni, baru sebentar belek-belek laman YouTube, ternampak video ni. Adakah Miss G sengaja buat fitnah?

Ramai orang mengetahui yang Fahrin Ahmad adalah diantara pelakon lelaki paling hot, takkan dia kena selit kot dalam video ni. Korang tengok dan dengarlah sendiri video ini.

Kejutan dari WHI buat Fahrin Ahmad

Selasa, 6 Jun 2017

Slot rancangan tv, Wanita Hari Ini telah membuat satu kejutan dimana Fahrin Ahmad telah dipilih sebagai lelaki pertama yang mengacarakan rancangan berkenaan bermula semalam.

Memetik portal BharianOnline, Fahrin berasa amat teruja sekali buat dirinya.

"Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

"Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit," katanya.

Anak comel Fahrin Ahmad terkini (6 gambar)

Isnin, 14 November 2016


Khalifa Fahrel anak kepada Fahrin Ahmad yang kini berusia 2 bulan lebih.

Fahrin Ahmad umum nama anak sulungnya (2 gambar)

Jumaat, 14 Oktober 2016

29 September lalu, adalah hari Fahrin Ahmad menjadi seorang ayah kerana isteribnya, Elena Hani Eleas telah menimang cahaya mata lelaki pertama mereka.

Lebih menarik lagi, anak Fahrin berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Elena.

Meskipun belum bersedia mendedahkan wajah anakya kepada umum, Fahrin bagaimanapun telah berkongsi nama anak lelakinya itu.

Fahrin selamat timang anak sulung (4 gambar)

Jumaat, 30 September 2016

Isteri pelakon Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani Eleas, 38, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.15 petang. Isterinya yang bersalin secara normal itu kini berada dalam keadaan baik.

Jantina anak sulung Fahrin Ahmad adalah.. (gambar & video)

Selasa, 21 Jun 2016

Difahamkan isteri Fahrin Ahmad, Elena Hani yang kini hamil enam bulan bakal melahirkan cahaya mata mereka itu pada bulan Oktober nanti.

Bagi Fahrin, dia sendiri sudah memberitahu peminatnya mengenai status jantina kandungan anaknya iaitu lelaki. Namun dalam pada masa yang sama, agak pelik kenapa ramai rakan selebritinya yang menyorok jantina anak mereka kepada peminat mereka walaupun ianya bukan satu kesalahan.

Sekitar hari jadi Fahrin Ahmad (22 gambar)

Jumaat, 20 Mei 2016



Baru-baru ini, kelab peminat Fahrin Ahmad telah mengadakan sambutan hari lahir yang ke 37 tahun dan ulangtahun perkahwinan pertama pelakon tersebut bersama isterinya, Elena Hani Eleas.

Sementara itu dalam masa yang sama, Fahrin juga kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum ini. Pandai Fahrin jaga badan.

Fahrin ke Manchester, pesan sweet kat isternya.. (8 gambar)

Jumaat, 22 April 2016


Fahrin Ahmad kini berada di Manchester, England bagi menjayakan program Mencari Ramli Musim kelima. Namun pun begitu, Fahrin dan isterinya, Elena Hani Eleas, yang hamil tiga bulan terpaksa berjauhan buat sementara. Namun Fahrin ada membuat kenyataan sweet di Instagram miliknya

Tindakan isteri Fahrin yang mengejutkan selepas mengandung!

Isnin, 18 April 2016

Beberapa hari lalu berita gembira dari Fahrin Ahmad dimana isterinya, Elena Hani dikhabarkan mengandung anak pertama mereka. Dimana usia kandungannya itu ada 15 minggu.

Namun pun begitu, ada berita dimana isteri Fahrin dalam pada masa yang sama telah meletak jawatan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai.

"Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak perasan, Elena sudah pun meletak jawatannya pada hujung Januari lalu dan kembali ke Malaysia. Saya lebih senang dia berehat, apatah lagi ketika hamil," katanya kepada BH Online.

Isteri Fahrin Ahmad disahkan hamil.. usia kandungan adalah...

Ahad, 17 April 2016

Memetik Utusan Online, Fahrin telah mengesahkan bahawa isterinya yang bernama Elena Hani Eleas sememangnya berbadan dua.

Katanya, Elena sedang hamil 15 minggu dan berada dalam keadaan sihat.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan mereka pada 9 Mei tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Fahrin dakwa berjaya tangisi penonton lelaki untuk filem ini..

Rabu, 13 Januari 2016


Fahrin Ahmad puas penonton lelaki menangis teresak-esak

Fahrin Ahmad berpuas hati apabila lakonannya membawa kesan mendalam sehingga penonton lelaki filem “Pilot Cafe” turut menangis.

Filem yang diangkat daripada novel Ahadiat Akashah, penulis popular era 1990-an, ditayang April lalu dan berjaya mengutip lebih kurang RM1.6 juta lapor Malay Mail.
“Antara yang puas hati, ‘Pilot Cafe’ pasal lelaki tengok [juga] menangis, itu OK-lah. Ada yang kata ‘suami saya menangis senyap-senyap sebelah saya’.

“Satu lagi penanda aras bagi ‘Pilot Cafe’, orang kata apa yang mereka baca [novel], itu yang mereka harapkan.

“Watak Amir Reza serupa yang dibayangkan dan tidak banyak perbezaan. Itu satu kejayaan membawa watak yang diterjemah dari novel,” katanya.

Kelakar juga Jihan Muse ni.. (video)

Selasa, 7 Julai 2015

Untuk rancangan program TV, Meletop menampilkan Jihan Muse membuat parodi untuk filem Pilot Cafe.

Bulan madu Fahrin, Elena di Itali (15 gambar)

Rabu, 13 Mei 2015


Bulan madu suami isteri, Fahrin Ahmad dengan Elena Hani di Piazza San Marco, Venezia, Italy.

Isteri Fahrin janda anak satu?

Isnin, 11 Mei 2015

Pelik. Baru sahaja bergelar suami isteri pada hari Sabtu lalu, timbul suara-suara kurangs senang dimana ada yang mendakwa isteri kepada Fahrin, Elena Hani adalah seorang janda anak satu.

Namun Fahrin tampil menyangkal dakwaan itu.
“Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu. Bukan, dia tidak pernah berkahwin”

“Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai. Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami,” -Fahrin

Fahrin selamat bergelar suami (gambar & video)

Sabtu, 9 Mei 2015


Fahrin Ahmad selamat bergelar suami kepada seorang pramugari, Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Pusat Konvesyen Sime Darby.

Fahrin, 36, dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.

Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Fahrin kahwin Sabtu ini dengan Izreen Azminda?

Rabu, 6 Mei 2015

Fahrin Ahmad mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, Sabtu ini, 9 Mei 2015.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan siapa bakal isterinya dan akan memperkenalkan wanita itu kepada pihak media di majlis itu nanti.

Fahrin berkata, dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya di atas permintaan keluarga pihak wanita.

"Saya meminta media supaya tidak mendesak saya untuk mendedahkan identiti bakal isteri dan tunggu majlis nanti,"

"Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai bakal akan dirahsiakan sehingga hari pernikahan kerana tidak mahu orang ramai membuat spekulasi dan mengeluarkan kata-kata negatif di laman sosial,

"Insyallah resepsi majlis perkahwinan masih dalam perbincangan dan tarikh akan dimaklumkan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Fahrin menafikan bakal isterinya adalah Izreen Azminda. -Hmetro

Saya tiada keinginan untuk bercinta! -Fahrin

Isnin, 20 April 2015

Difahamkan yang Fahrin Ahmad ada bergambar berdua-duaan dengan pelakon Izreen Azminda baru-baru ini.

Hanya kerana gambar itu dimuat naik di laman sosial menyebabkan ada pihak mengatakan mereka bercinta sedangkan baik Fahrin mahupun Izreen mengakui, mereka hanya berkawan semata-mata dan untuk pengambaran drama.

Bagaimanapun ketika diusik mengenai kekasih, Fahrin tidak mahu menjawab persoalan sebaliknya mengakui, perkara berkaitan soal hati itu masih kabur memandangkan dia mahu keputusan yang dibuat itu untuk masa depan itu benar-benar tepat.

“Mungkin dia kekasih dalam kalangan orang yang saya kenal,"

"Buat masa sekarang ini, saya tidak ada keinginan untuk bercinta. -Fahrin petikan portal Utusan

Peminat sokong jika Fahrin-Rafidah bercinta!

Khamis, 16 Oktober 2014

Lupa nak upload sekeping gambar pada post yang lalu ketika Rafidah Ibrahim bercuti ke England. Rupa-rupanya dia bersama Fahrin ke sana. Mungkin shooting kot. Yela takkan la bercinta pula kan, takde angin ribut mengenai dua selebriti ni.

Tapi ada rata-rata peminat yang mengomen dan menyokong jika mereka bersama-sama. Masing-masing juga single, dan belum ada lagi berita jika kedua-duanya sudah mempunyai kekasih hati. keke.

Saya tiada no. telefon Zara! - Fahrin

Rabu, 10 September 2014

Fahrin Ahmad mengakui yang dirinya kini masih solo dan tidak mengakui yang bercinta dengan mana-mana perempuan.

Memetik portal mStar, hubungan Fahrin dengan mana-mana artis wanita sering kali disalah tafsir.

Zara Zya adalah pelakon yang disebut-sebut mempunyai hubungan intim dengan Fahrin, namun Fahrin akui dia tidak memiliki nombor telefon Zara untu dihubungi.
"Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita.

"Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu,'

"Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya.

"Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung," -Fahrin

Fahrin, Zara Zya kini bercinta?

Isnin, 8 September 2014

Pelakon Zarazya dengan Fahrin Ahmad dikatkan menjalinkan hubungan mesra yang sekadar 'kawan' biasa. Petikan sebuah akhar tempatan telah memwawancara mereka baru-baru ini, siapa ada mungkin boleh baca lebih lanjut.

Kemesraan mereka bukan sahaja di media semasa, namun di media sosial juga mereka dikatakan sangat mesra berbual dengan saling membalas Twitt.

Sepertinya peminat/follower Fahrin tidak dilayan melainkan Twitt dari Zarzya. keke. -gambar Forum Cari