Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Asyraf Datuk K kini berlakon...

Isnin, 28 Disember 2015

Asyraf Khalid (anak tiri Mak Iti CTDK) kini bergelar pelakon dalam drama berjudul Penjara Hati untuk siaran Astro Ria. Meskipun hanya sebagai pelakon tambahan, ia dapat menangkis ejekan yang mengatakan Asyraf hanya nasik himpit CTDK dan suka menempel retis-retis.

Selain Asyraf Khalid yang berlakon sebagai doktor dalam drama ini, Penjara Hati turut dibintangi oleh Syukri Yahya, Tia Ariffin, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Fahrin selamat bergelar suami (gambar & video)

Sabtu, 9 Mei 2015


Fahrin Ahmad selamat bergelar suami kepada seorang pramugari, Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Pusat Konvesyen Sime Darby.

Fahrin, 36, dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.

Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Gambar Diana Amir mengandung 6 bulan

Rabu, 26 November 2014

Kini usia kehamilan Diana Amir sudah mencecah 6 bulan. Namun Diana bukanlah seorang isterinya yang hamil hanya goyang kaki, tapi seorang yang cukup aktif ketika berbadan dua.

Ini akui sendiri oleh Diana melalui HarianMetro, yang mahu sentiasa aktif untuk mengelakkan..

Alhamdulillah Adi Putra berangkat menunaikan fardu Haji (gambar)

Selasa, 30 September 2014

Syukur Alhamdulillah, selepas Datuk Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki mendapat panggilan Kaabah di Makkah untuk menunaikan fadhu Haji, kali ini Adi Putra juga tidak ketinggalan untuk turut sama dengan mereka.

Namun, Adi sebelum berangkat pergi seorang diri, dia sempat memuatnaik sekeping gambar dimana dia mahu memohon maaf kepada sesiapa yang pernah disakiti olehnya.

Semoga dengan kepulangan mereka nanti, ibadah mereka diterima (haji mabrur) dan menunjukkan perkembangan yang lebih positif. :) -gambar Murai

Apa yang tak kena dengan gambar Hanez Suraya ni?

Khamis, 14 Ogos 2014

Rasanya gambar ini tiada di laman sosial milik Hanez Suraya, namun blog medialah telah mendakwa gambar ini diambil dan dimuatnaik oleh rakan-rakan Hanez.

Gambar percutian Hanez ini adalah percutian dia dengan rakan-rakannya ke negara Singapura. Apa yang pelik gambar ini? korang jawab sendiri la ek. kuikui.

Emma Maembong nekad bertudung (15 Gambar)

Rabu, 13 Ogos 2014

Pelakon Emma Maembong nekad bertudung pada 1 Syawal lalu. Kekasih hati Zizan Razak ini mengikuti jejak Neelofa, Umie Aida, Uqasha, Sheera Iskandar dan Fara Fauzana. Ia sekaligus menamatkan teka teki peminat mengenai hijrahnya sebelum ini.

Gambar Ziana Zain bertudung terbaharu (3 Gambar)

Rabu, 16 Julai 2014

Walaupun hanya bulan Ramadan sahaja penyanyi, Ziana Zain mengenakan tudung, namun dia kelihatan ayu dan lebih berseri daripada tidak bertudung.

Ramai peminatnya agar dia tampil dengan bertudung penuh kelak, mengikut jejak langkah beberapa lagi selebriti tempatan yang sudah kepada arah itu.

Berita terbaharu mengatakan yang Ziana kini sudah bertudung sepenuhnya, katanya berkat doa anak-anaknya sebelum ini. Alhamdulillah. :) -gambar http://instagram.com/rizmanruzaini

Miera Liyana Menyeksi Lagi

Rabu, 22 Januari 2014

Miera Liyana kali ini tampil dengan fesyen seksi di dalam sebuah majalah tempatan. Memang tak mencerminkan budaya rakyat Malaysia apabila mengambil gambar. Sepatutnya Miera Liyana yang juga orang Melayu dan beragama Islam tahu adap dan akhlak berpakaian. Hmm. Harap-harap Miera Liyana berubah satu hari nanti. -gambar Forum Cari

Gambar dan Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013

Sabtu, 17 Ogos 2013

Semalam berlangsungnya satu acara anugerah di saluran Warna Astro iaitu, Anugerah Lawak Warna. Kiranya ramai juga selebriti dari kerjaya pelakon dan pelawak yang memenangi anugerah itu.

Apa-apa pun ini adalah kepeutusan penuh dan gambar-gambar ketika anugerah itu.

8 Diva Popular Hiasi Intrend

Jumaat, 3 Mei 2013


Buat pertama kalinya majalah Intrend telah membuat dua cover majalah mereka dalam versi yang berlainan dengan dibarisi 8 selebriti terkenal dengan 4 daripadanya untuk satu majalah bersempena ulang tahun majalah Intrend yang ke-8.

Mereka adalah Ella, Liyana Jasmay, Ziana Zain, Fazura, Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Erra Fazira dan Nurul Wahab. Wah semuanya diva dan sudah berumahtangga kecuali Fazura. Namun kelihatan sekali wajah Fazura yang tercantik sekali di antara semua. Hehe. Bagi anda?



Gambar Tun Mahathir tonton Life of Pi

Selasa, 11 Disember 2012

Gambar dibawah adalah gambar bekas Perdana Menteri tersayang kita, Tun Dr. Mahathir dengan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah ketika menonton filem Life of Pi di Sunway Pramid anjuran Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC)

Lihat masih segak dan bertenaga Tun ingin melihat filem yang dianggap terbaik ini. -gambar Budiey

gambar seksi Marsha Londoh~

Khamis, 21 Julai 2011

Seksi betul Marsha Londoh di majalah FHM ni. Tak terkata-kata melihat aksi Marsha yang sungguh mengugat jiwa kejantanan yang sedang melihat gambar dia ni. Tapi selepas ni harap Marsha bolehlah perbaiki sedikit pengayaan yang sedia ada ni. Bawalah imej ketimuran, kita kan orang Malaysia. Seharusnya Marsha dapat menyesuaikan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. huhu.

[via]

gambar pertunangan Khairul Fahmi

Ahad, 22 Mei 2011

Siapa tidak kenal dengan goal keeper yang membawa nama Malaysia dalam dunia bola sepak dekat dimata peminat. Khairul Fahmi lah, saper lagi. Orang ni walaupun bukan selebriti tapi namanya sudah popular giler kat seluruh Malaysia. Ramai wanita-wanita suka kan Khairul, ada juga nak bawa couple kalau boleh. Tapi malangnya kepada wanita-wanita yang suka kan Khairul ni, sebab Khairul dah pun bertunang dengan pasangannya Elia yang manis bertudung pada 17 Mei yang lalu. Pertunangan ini berkonsepkan 'arabian'. Tahniah lah kepada kedua-dua mempelai ni. -Gambar JejariRuncing.

Gambar Fasha Sandha waktu kanak-kanak

Selasa, 1 Jun 2010

Jarang kita dapat memiliki atau melihat gambar waktu kita kanak-kanak apatah lagi usia makin meningkat. Almaklumlah zaman dahulu kamera canggih2 belum wujud lagi, jadi nak dapatkan sebuah kamera adalah perkara tidak penting. Namun sekarang, pelbagai jenis kamera dikeluarkan, sepertinya perlumbaan penjualan kamera. Berbalik kepada Fasha, gambar yang dia miliki ini adalah sekitar usinya 4-5 tahun. Memang comel dan tak ubah seperti Fasha yang sudah dewasa. Walaupun asal Penang, tapi dia memiliki kulit yang cerah dan putih. :)

Gambar Dynas, Suami di Hari Raya

Rabu, 23 September 2009

Tanpa kehadiran cahaya mata akibat keguguran kandungan tahun ini, namun Dynas Mokhtar tetap ceria di pagi Syawal bersama suami tercinta. Pelakon dan juga ushawan baju ini masih mengakui yang ianya satu ketentuan Ilahi dan mereka berdua terima dengan hati yang redha. Tak pe lah Dynaz, mungkin bayi tersebut, Allah SWT lebih menyayanginya dan juga ada hikmah di sebaliknya. Rezeki belum ada lagi, tapi 'usaha' masih boleh dijalankan..

Wan Aishah Pewaris Mahsuri

Jumaat, 18 September 2009

Asyik-asyik gossip artis tempatan sahaja, cuba kita pusingkan sedikit kepada mereka yang bukan artis tapi memiliki rupawan yang mengalahkan artis pulak. Tak lain, wajah lagenda Mahsuri. Didakwa Wan Aishah merupakan keturunan Mahsuri. Yang nie tak tahu betul atau tidak ceritanya. Tapi kecantikkan yang dimiliki seolah-olah dirinya dianggap pewaris kepada wanita lagenda berkenaan.