Pada:
Ahad, 10 Mei 2015
"Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.Sebelum ini mereka berdua sepatutnya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 2 April lalu untuk mendaftarkan permohonan bercerai namun tidak berbuat demikian. Boy bagaimanapun memberitahu dia akan membuat permohonan cerai di mahkamah sama pada Isnin ini.
"Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.
"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini,"
"Isteri meminta saya mempercepatkan proses perceraian kami tetapi saya tidak mahu menceraikannya di luar mahkamah dan mahu mengikut saluran betul,"
Tag : Artis Bercinta , Boy Iman , Effa Maembong , Gossip Artis , Pelakon , Perceraian Artis , Suami Isteri



