Pada:
Rabu, 5 November 2014
Kakak Zain, Sasha Saidin adalah orang yang turut bersama-sama gembira. Katanya wajah bayi berkenaan mirip wajahnya ketika beliau masih bayi lagi.
"Kali pertama melihatnya melalui gambar yang diterima, ibu saya sudah menyatakan bahawa wajah si comel ini seiras dengan saya ketika kecil. Awalnya saya tidak percaya kerana saya sendiri tentulah tidak sedar bagaimana rupa saya sewaktu masih bayi.
"Ketika berkunjung ke hospital, saya terus merakam sebanyak mungkin fotonya dan selepas balik ke rumah, saya terus selongkar album-album lama. Memang benarlah rupa kami seiras dan wajah anak mereka saling tak tumpah seperti saya. Saya sangat terkejut dan teruja.
"Kadang-kadang terasa ianya sangat kelakar. Saya terasa sangat dihargai kerana seorang lagi anak perempuan abang saya pula lahir pada tarikh yang sama dengan saya. Dan kini, bayi Zain dan Che Ta pula seiras saya. Rasa teruja saya tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata,"-Sasha petikan portal MediaHiburan
Tag : Anak Artis , Baby , Gambar Artis , Pelakon , Penyanyi , Rozita Che Wan , Sasha , Zain Saidin







