Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar ulang tahun pertama Aaisyah Dhia Rana (53 gambar)

Selasa, 3 November 2015

Gambar terkini anak sulung Sasha Saidin (7 gambar)

Isnin, 28 September 2015

Anak sulung dan tunggal Sasha Saidin, Adam Aryasenna Notosomemarsono kini dah berusia 6 tahun dan bakal menduduki darjah 1 tahun hadapan.

Baru-baru ini dua beranak ini sempat bercuti ke Singapura atas permintaan anaknya yang menyambut ulang tahun.

Sekitar resepsi Abby Abadi, M. Faizal (41 gambar)

Khamis, 20 Ogos 2015


Gambar Perkahwinan Abby Abadi dan Jai Ezzany
Sekitar perkahwinan dan persandingan Abby Abadi  dan Muhammad Faizal Zakaria pada 16 Ogos iaitu Ahad lepas di kediaman keluarga Abby.

Majlis ini berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim, isterinya Memey Suhaiza, serta ahli kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, Linda Rafar dan Azza.

Tak ketinggalan memeriahkan majlis ialah tiga anak Abby dan Norman iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sekitar pernikahan Abby Abadi, M. Faizal (4 gambar)

Ahad, 16 Ogos 2015

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz semalam 15 Ogos 2015. Muhammad Faizal adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.

Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ini.

Bila 4 selebriti bertudung bersama..

Khamis, 9 Julai 2015

Dulu majalah Hai adalah majalah yang disukai ramai dan saigannya pastinya majalah Mangga. Kemunculan selebriti di majalah itu pastinya ditunggu-tunggu. Mungkin pengeluarannya masih ada ketika ini, namun akibat kemunculan media sosial dan website ianya agak tidak diketahui ramai.

Paling menarik adalah ketika Fouziah Latif, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Sasha Saidin bersama-sama bertudung untuk edisi Syawal rasanya.

Bila bergabung rasanya dah mantap dah ni. Cuma fesyen tudung ketika itu tak lah secantik-cantik sekarang ni, besa-besa je. janji Meletop.

Sasha Saidin mirip Elsa Frrozen? kata anda?

Khamis, 26 Februari 2015

Bila bercakap mengenai watak Elsa di dalam filem animasi Frozen pastinya ramai kanak-kanak yang meminatinya. Sasha Saidin juga tidak ketinggalan apabila dia kelihatan seperti Elsa di dalam penampilan terbarunya.

Namun bagi Sasha ianya bukannya kemahuannya, dia sengaja mewarnakan rambutnya untuk sebuah watak. Namun tidak menyangka ramai yang mengandaikan dia mengikuti watak Elsa.

Sasha Saidin akui bayi Che Ta sama dengannya (6 gambar)

Rabu, 5 November 2014

Kegembiraan yang terjelas terpampang buat suami isteri, Zain Saidin dan Che Ta (Rozita Che Wan) di dalam menyambut anak sulung mereka, ada juga insan lain yang menumpang gembira bersama.

Kakak Zain, Sasha Saidin adalah orang yang turut bersama-sama gembira. Katanya wajah bayi berkenaan mirip wajahnya ketika beliau masih bayi lagi.

Sasha Elite kini jadi model (16 gambar)

Isnin, 25 Ogos 2014

Dengarnya perkembangan terbaru penyanyi, Sasha Elite (Saidin) kini menjadi model. Mengikut info dari portal Murai, dia difahamkan terbang ke Padang, Indonesia untuk sebuah majlis pertunjukan fesyen.

Majlis itu adalah Islamic Fashion Festival (IFF) pada 25 hingga 28 Ogos. Sasha juga tampil dengan imejnya yang kini berambut putih perang.

Gambar Sasha Elite dengan Anaknya

Ahad, 10 Februari 2013

Gambar dibawah adalah sebahagian daripada gambar anak dan kehidupan Sasha Elite setelah bercerai dengan suaminya yang ke-2, Salyo Priyanto pada bulan Julai 2012 yang lalu. Kini Sasha hidup dengan anaknya yang berusia 4 tahun bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Gambar Sekitar Cosry Show

Isnin, 1 Oktober 2012

Gambar dibawah adalah beberapa gambar yang diambil oleh photographer professional Ryaniez Moments Photography bersempena dengan satu majlis pertunjukan Cosry yang menampilkan pelbagai fesyen terkini dan moden.

Ramai selebriti yang telah menjayakan acara berkenaan, turut kelihatan Izara Aisyah, Zarina An Julie, Intan Ladyana, Daphne Iking, Sasha Saidin dan juga Sharifah Sofea. Jum kita lihat fesyen dorang ketika berada di majlis itu.

Sasha Elite sah cerai talak satu!

Rabu, 11 Julai 2012

Kahwin cerai kahwin cerai. Itulah yang menimpa bekas penyanyi kumpulan Elite, Shasha yang sah bercerai dengan suaminya yang ke-2, Salyo Priyanto, dan mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 3 tahun. Dalam kes perceraian kali ini, Sasha enggan memberitahu media apa sebab utama pergolakkan sehinggakan mereka bercerai secara aman damai semalam. Dan dibawah adalah berita yang dipetik melalui mStar..

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, selepas kedua-kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang (10/7) dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Sasha Elite Mahu Bercerai Lagi?

Rabu, 27 Jun 2012

Terkejut membaca sisipan online mStar semalam yang menyatakan Sasha Elite atau Sasha Saidin datang ke mahkamah Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang perceraian untuk membicarakan soal pribadi dengan suaminya (yang ke-2 setelah berpisah dengan Jason pada 2007), Salyo Priyanto. Sasha dan Salyo berkahwin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono.

"Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya. -mStar

Gambar anak Sasha Elite yang terkini

Ahad, 28 Mac 2010

Inilah wajah terbaru Shasha Saidin bersama anak lelakinya ketika ditemui bersiar-siar di pusat membeli belah Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Putera sulung yang diberinama Adam Ariyasenna Notosoemarsono, hasil perkongsian hidup bersama suami Salyo Priyanto kini berusia 6 bulan ini nampaknya sangat aktif bermain. Selain itu, Shasha juga mengakui beliau kini kurang aktif dalam kerjaya seninya selepas melahirkan Ariya pada Oktober tahun lalu.














Majlis Aqiqah anak Sasha Elite

Ahad, 10 Januari 2010

Jika kebanyakkan bekas kumpulan Elite mengalami masalah pribadi masing-masing, Shasha juga pernah mengalaminya dahulu, namun kini dia sudah bahagia dengan kelahiran cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Salyo Priyanto pada tahun 2007 yang lalu. Kelainan dua keturunan ini menghasilkan anak kacukan yang sungguh comel dan sungguh putih. Mereka ditemui ketika majlis Aqiqah anak mereka itu di kediaman mereka di Kuala Lumpur.

















Sasha Elite Dapat Anak Lelaki

Isnin, 31 Ogos 2009

Perkahwinan yang dibina Sasha (bekas kumpulan Elite yang terkenal pada awal 90-an) dan suami tercintnya, Salyo Priyanto, kini mereka telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Baby lelaki yang sihat ini dinamakan dengan nama Adam Aryasenna Notosoemarson. Walaupun agak pelik sedikit, tapi tahniah lah atas perkhabaran berita ini, semoga Hari Raya nanti lebih bersinar-sinar kehendaknya.

Sasha Ex-Elite Mengandung di WHI

Jumaat, 12 Jun 2009

Semenjak tamatnya game show di ASTRO, Sehati Berdansa tahun lalu, Sasha time tue perut belum nampak lagi besar, yang bunting time tue si Rosmah, bini Khai. Tapi bila Sasha muncul kelmarin di WHI (Hubungan Intim semasa Mengandung), perutnya dah kembung (mengandung), anak pertama. Sasha tidak keseorangan di WHI, dia juga ditemani suami tercintanya, Salyo Priyanto yang turut disamping isterinya itu, malahan menjadi penting jika berlaku apa-apa kecemasan. Ngeh3.