Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin kongsi perkembangan kandungan (video)

Ahad, 13 November 2016

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsi perkembangan terbaharu kandungan sulung menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Samtilla. Perkongsian itu memaparkan visual janin pasangan terbabit yang kini mencecah usia tiga bulan ketika mereka menjalani pemeriksaan bulanan, baru-baru ini. Dalam rakaman yang sama, perbualan antara pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sha & Shah itu bersama doktor turut dimuatkan untuk peminat pasangan itu.

Yana Samsudin kongsi gambar comel anaknya (8 gambar)

Jumaat, 7 Oktober 2016

Wow Baby Bump Nad Zainal (6 gambar)

Khamis, 28 Julai 2016

Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan tayang 'Baby Bump' (5 gambar)

Khamis, 9 Jun 2016

Gambar terbaru baby bump Hanis Zalikha

Rabu, 13 April 2016

Dengarnya kandungan Hanis Zalikha kini dah masuk usia 5-6 bulan. Memang besar juga melihat perut Hanis ni. Apa-apa pun semoga suami isteri, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersedia menjadi ibu bapa sepenuhnya nanti.

Sasha Saidin akui bayi Che Ta sama dengannya (6 gambar)

Rabu, 5 November 2014

Kegembiraan yang terjelas terpampang buat suami isteri, Zain Saidin dan Che Ta (Rozita Che Wan) di dalam menyambut anak sulung mereka, ada juga insan lain yang menumpang gembira bersama.

Kakak Zain, Sasha Saidin adalah orang yang turut bersama-sama gembira. Katanya wajah bayi berkenaan mirip wajahnya ketika beliau masih bayi lagi.

Baby bump terbaru Fasha Sandha (4 gambar)

Khamis, 18 September 2014

Sudah nak masuk usia 8 bulan kandungan anak ke-2 Fasha Sandha kalau tidak silap. Ini dibuktikan dengan gambar baby bump yang agak wow terbarunya yang ditemui ketika satu majlis perkahwinan rakan/saudaranya hujung minggu lalu.

Semoga selamat bersalin nanti. :)

Gambar scan kandungan Rozita Che Wan

Khamis, 24 April 2014

Rozita Che Wan yang kini berbadan dua dikatakan baru-baru ini di dalam laman sosial Instagram milik suaminya, Zain Saidin yang mereka pergi ke Klinik untuk membuat imbasan kandungan Rozita.

Imbasan itu menunjukan zuriat mereka yang masih lagi kecil dan belum dapat dipastikan jantina zuriat berkenaan.

Linda Hashim selamat melahirkan anak perempuan (gambar)

Tahniah kepada pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim dimana mereka selamat menimang anak pertama mereka.

Linda selamat bersalin seorang bayi berjantina perempuan pada 22 April lalu di KPJ Tawakkal Specialist Hospital sekitar jam 12.30 tengahari.

Nama anak mereka ini diberi nama, Jelita.

Yasmin Hani Selamat Lahirkan Anak Berjantina.....

Khamis, 14 November 2013

Tahniah kepada pelakon, Yasmin Hani yang selamat melahirkan seorang baby pada 12 November lalu. Difahamkan yang bayi itu dilahirkan pada sebelah pagi dan berjantina lelaki.

Nama dan gambar penuh tidak dinyatakan lagi oleh Yasmin Hani lagi buat masa ini, cuma gambar tangan bayi berkenaan di ambil gambar.

Gambar Terkini Anak Ke-2 Marion Caunter

Rabu, 13 November 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada Marion Caunter dan NS Nasarudin yang lahir pada 3 November lalu. Nampak dari raut wajah baby berkenaan, nampak seperti lelaki kan. Comel la baby ni. :)

Misha Omar Ambil Anak Angkat?

Selasa, 18 September 2012

Misha Omar yang kini masih lagi mengikat tali pertunangan dengan pasanganya, Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu kini dikatakan mengambil anak angkat mengikut sumber yang masih lagi tertanya-tanya mengenai hal yang sama. Namun ada juga yang menyatakan ia adalah anak kepada ahli keluarga Misha yang sudah berkahwin.

Mana satu diantara atas itu memang susah untuk ditentukan, sesiapa yang tahu bab ini rasanya boleh lah berkongsikan bersama. Dimaklumkan juga, Misha dan Firos yang bakal berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri terpaksa akan berkahwin pada tahun hadapan atas sebab-sebab tertentu.

Stacy ambil anak angkat, baby comel~

Rabu, 21 Mac 2012

Dalam tak disangka-sangka, Stacy juga meminati kanak-kanak apatah lagi baby. Difahamkan Stacy kini telah mengambil anak angkat dimana anak angkatnya itu masih lagi seorang bayi yang berusia sekitar satu-dua bulan. Nama bayi berkenaan adalah Bella Valentina. Mungkin Stacy mahu belajar dahulu cara penjagaa anak sebelum mendirikan rumahtangga kot, tak pun dia terasa sunyi tanpa ada yang harus dibelai-belai. hihi. :)

gambar gosip Cari

penyanyi Ruhil Amani selamat melahirkan anak ke-2

Khamis, 31 Mac 2011

Penyanyi Ruhil Amani Hussein selamat melahirkan bayi keduanya yang bernama Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson pada tarikh 3 Mac yang lalu, anak pertamanya Ruhil Ariana Wilson Jamil Wilson kini berusia 7 tahun. Bayi lelaki seberat 3.83 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 12.59 tengah hari. Isteri kepada pemain gitar terkenal, Jamil Wilson atau Jamie ini melahirkan bayinya secara pembedahan. Tahniah diucapkan. -sumber mStar

Anak Intan Sarafina

Rabu, 11 November 2009

Artis Intan Sarafina yang jarang-jarang sudah keluar muka menampilkan diri dalam mana-mana media kini telah selamat melahirkan anak. Anak yang tidak dikenal pasti lagi jantinnya dan namaya oleh penulis. Namun gambar dibawah cukup membuktikan yang Intan Sarafina dalam keadaan sihat melahirkan anak berkenaan. Apa-apa pun tahniahlah diucapkan kepada Intan Sarafina atas kelahiran cahaya mata berkenaan.

Sasha Elite Dapat Anak Lelaki

Isnin, 31 Ogos 2009

Perkahwinan yang dibina Sasha (bekas kumpulan Elite yang terkenal pada awal 90-an) dan suami tercintnya, Salyo Priyanto, kini mereka telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Baby lelaki yang sihat ini dinamakan dengan nama Adam Aryasenna Notosoemarson. Walaupun agak pelik sedikit, tapi tahniah lah atas perkhabaran berita ini, semoga Hari Raya nanti lebih bersinar-sinar kehendaknya.