Pada:
Jumaat, 15 Ogos 2014
Setelah merujuk semula, mereka kini cukup bahagia, dan beberapa keping gambar mereka berdua telah dimuatnaik di dalam laman sosial.
Tidak juga dilupakan mengenai kehidupan mereka yang kini tinggal bersama.
“Kami tinggal bersama sewaktu tempoh edah,”
“Apabila saya bekerja di luar, saya akan duduk di rumah saya di Damansara dan apabila saya ada masa terluang, saya akan duduk di rumah Fiza di Taman Melawati. Bukan hari-hari tapi ada masanya. Saya ada menonton ceramah Ustaz Azhar idrus di Youtube dan dia memberitahu mengenai hukum-hakam bagi mereka yang sudah bercerai.
Kami hanya bercerai talak satu dan dia masih isteri saya. Saya masih perlu jaga makan dan pakaianya. Wajib sebenarnya bagi pasangan yang bercerai untuk tinggal bersama sepanjang tempoh edah, namun cuma tak boleh bersama dan harus tinggal di bilik yang berasingan,”
“Selain melakukan solat Istiqharah, saya turut mengamalkan daa-doa seharian agar jodoh kami berpanjangan. Kami juga berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing. Selain doa saya, Fiza dan keluarga kami, doa tidak henti daripada peminat juga memainkan peranan penting dalam penyatuan semula kami,”
“Faktor utama yang membawa ke arah rujuk ini adalah kerana kasih sayang antara kami masih kuat. Masing-masing mahukan perkara ini (rujuk), lebih-lebih lagi ini merupakan perkahwinan pertama saya. Sejujurnya sepanjang tempoh edah itu, kami tidak bercakap secara terus mengenai niat mahu merujuk kembali.
Kami tidak bercakap mengenai soal rujuk bukan kerana ego, namun kami menggunakan tempoh edah itu untuk berfikir secara mendalam. Kami berfikir panjang dan bertanya sama ada selepas bersatu semula, adakah kami akan serasi lagi. Apa yang kami tahu, masing-masing mahukan perkara ini dan kami sedar yang kami perlukan antara satu sama lain,
Alhamdulillah, segala usaha kami selama ini membuahkan hasil. Lagipun punca perceraian kami bukan disebabkan ada orang ketiga atau pun melibatkan pergaduhan yang besar, jadi tiada masalah untuk kami kembali bersama. Perceraian kami lebih kepada tekanan yang teramat sangat dan kami menggunakan tempoh edah ini untuk muhasabah diri.
“Bagi saya tidak ada penyesalan ketika saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai pada masa itu kerana ia memberi masa kepada kami untuk memperbaiki kesilapan masing-masing. Saya anggap apa yang berlaku adalah takdir dan saya percaya setiap hamba Allah diberi ujian yang pelbagai atas kemampuan diri masing-masing. Saya redha dan sentiasa meminta doa agar diberi petunjuk,
“Alhamdulillah, saya kini bahagia. Susah sebenarnya hidup jika tak ada isteri sebab saya ini bukan jenis lelaki yang pengemas. Tidak dinafikan apabila kembali solo sekejap, bilik saya dah jadi huru-hara sebab banyak sangat baju yang tak lipat. Alhamdulillah bila dah ada isteri, hidup saya lebih teratur. Fiza seorang yang rajin dan sangat arif dari segi penjagaan rumah. Saya harap semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat,” -Adam petikan portal GUA
Tag : Adam AF , Berita Artis , Fiza Elite , Gambar Artis , Instagram , Rumah Tangga , Suami Isteri , Ustaz Azhar Idrus




