Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ini komen Adam terhadap bekas isterinya, Fiza

Jumaat, 28 Julai 2017

Fiza dah berkahwin dengan seorang pilot pada hujung tahun lalu, dan mereka nampaknya sangat bahagia. Bagi bekas suami Fida, Adam AF, dia sentiasa ingat dengan bekas isterinya itu.

Berikut adalah komen Adam mengenai Fiza.

Fiza dakwa Adam berhutang RM16K, suami pertama banyak menolong!

Isnin, 16 Januari 2017

Komen pasrah Adam AF kepada Fiza Elite..

Selasa, 17 Mei 2016

Bekas suami Fiza Elite, Adam AF terkejut mendapat berita yang bekas isterinya itu akan berkahwin tidak lama lagi seperti yang khabar angin kini kencang kedengaran.
“Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, Alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan”

“Dia juga sudah berusaha ke arah itu,” ujar Adam kepada Kosmo!

Kekasih baru Fiza Elite? (gambar terakhir tu lelaki dia)

Rabu, 11 Mei 2016

Untuk pengetahuan korang, Fiza Elite dan Adam AF sudah sah bercerai kali kedua pada 21 September 2015 dan pengesahan cerai pula dibuat pada 28 Dis 2015. Namun bagi Fiza yang memuatnaik gambar misteri baru-baru ini di Instagram memberikan hint dimana dia kini sudah mendapatkan penganti.

Wow. Betul ke dakwaan ini. Kalau betul, tahniah lah kan.

Saya tak akan kembali lagi dengan dia, saya SERIK! - Fiza Elite

Isnin, 25 Januari 2016


Luahan Fiza Elite selepas cerai dengan Adam AF
Fiza Elite berikrar tidak akan kembali semula ke pangkuan bekas suaminya, Adam AF. Menurut Fiza, dia sudah serik untuk rujuk kembali dengan Adam setelah perkahwinan mereka melalui episod perceraian sebanyak dua kali sebelum ini.
“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!,” jelas pelakon tersebut kepada Utusan Malaysia.
Menurut Fiza, Adam telah menceraikannya buat kali kedua pada 21 September lalu di rumah kelamin mereka di Gombak, Selangor. Perceraian kali itu telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014 selepas hanya tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Namun, selepas hampir tiga bulan bercerai, pasangan tersebut rujuk kembali pada 17 Julai 2014. Menurut Fiza, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah aman dalam jangka masa yang agak lama di mana mereka hanya tinggal sebumbung, tetapi berlainan bilik selama setahun.
“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.

“Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,” beritahu Fiza.

Inikah punca Adam AF, Fiza Elite bercerai kali ke-2?

Ahad, 24 Januari 2016

Dua kali bercerai dengan pasangan yang sama memang jarang kita dengar, tpai inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Adam AF dan Fiza Elite dalam menempuh dugaan berumahtangga.

Namun ada desas desus yang menyatakan perpisahan mereka itu berpunca daripada masalah kewangan. Namun dinafikan oleh Adam sendiri.
“Biarlah punca perceraian kami ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini. Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami”

“Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua,” jelas Adam kepada Media Hiburan.

Adam AF, Fiza Elite cerai kali ke-2

Khamis, 21 Januari 2016


Adam AF dan Fiza Elite cerai kali kedua
Fiza Halim mengesahkan dia bukan lagi isteri kepada bintang Akademi Fantasia (AF), Adam. Mendedahkan perkara itu kepada BH Online, Fiza berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah lapor BH Online.
“Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri.

“Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi.

“Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula,” katanya.
Menyorot kisah perkahwinan pasangan ini, Adam dan Fiza pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.

Fiza berkata, dia sudah berusaha sebaik mungkin serta memberi peluang kepada Adam mempertahankan rumah tangga mereka. Namun, akui Fiza, hubungan mereka makin jauh dan hambar.
“Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan.

“Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta.

“Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri,” katanya.

Kejutan dari anak-anak, bekas suami kepada Fiza Elite (3 gambar)

Khamis, 17 Disember 2015

Dengar khabar yang Fiza Elite dan anak-anaknya dari bekas suami pertamanya, Dato' Farriq serta isterinya, Datin Amelia Hssan telah bersemuka bersama.

Ini menunjukkan kebahagian diantara hubungan mereka semakin rapat. Baguslah macam itu semoga tiada musuh dan berdendam walaupun sudah berpisah.

Adam AF kini dah berisi? (3 gambar)

Isnin, 12 Oktober 2015

Dengarnya penampilan dari sudut fizikal penyanyi Adam AF2 kini dah berubah. Ada yang perasan dia semakin berisi.

Kelibatnya itu diketahui apabila muncul untuk rancangan Muzik Muzik di TV3 beberapa hari yang lalu. Dah sihat sangat kot Adam ni kan setelah lama tak muncul. Hehe

Fiza Elite keguguran pada usia...

Rabu, 29 April 2015

Adam (AF) memberitahu isterinya, aktres Fiza Halim mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, berkata, biarpun sedih namun mereka reda dengan ketentuan Illahi selain menganggap masih belum rezeki memiliki cahaya mata untuk perkahwinan berkenaan.
"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.

"Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu," katanya kepada mStar Online.

Kehidupan Adam, Fiza setelah rujuk (3 gambar terkini)

Jumaat, 15 Ogos 2014

Setelah episod perpisahan selama beberapa bulan kini pasangan ini kembali bertaut dimana Adam AF telah merujuk bekas isterinya, Fiza Halim.

Setelah merujuk semula, mereka kini cukup bahagia, dan beberapa keping gambar mereka berdua telah dimuatnaik di dalam laman sosial.

Tidak juga dilupakan mengenai kehidupan mereka yang kini tinggal bersama.

Alhamdulillah, Adam & Fiza rujuk semula!

Isnin, 11 Ogos 2014

Dikhabarkan pasangan yang berpisah pada 28 April lalu, Fiza Elite dengan Adam AF kini bertaut kembali dimana Adam sudah merujuk kembali Fiza pada 17 Julai lalu secara 'non-formal'.

Memetik portal Bharian sisipan Bpop, Adam pergi ke Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam untuk memfailkan pendaftaran rujuk mereka itu.

Semoga selepas ini, rumahtangga mereka kembali bahagia dan disinari berkat diatas ujian dan takdir dari Allah SWT kepada mereka berdua.

Gambar Selfie Fiza Elite dikecam

Sabtu, 10 Mei 2014

Bergambar selfie tidak ada salah sebenarnya, tapi tanggapan orang yang melihatnya selalu nampak salah. Tidak tahu mengapa. Gambar Fiza Elite yang sudah bercerai berselfie dengan anaknya ini juga ramai yang mengecamnya di laman sosial Instagram.

Kritikan itu dibuat kerana peminat beranggapan aktres berusia 34 tahun itu tidak patut keluar rumah kerana masih dalam proses Edah. Selain daripada persoalan siapa yang ambil gambar mereka berdua ini? kalau buat tanggapan negatif pastinya seorang yang bakal mengantikan tempat Adam AF, kalau nak buat tanggapan positif, mungkin pembantu rumahnya.

Fiza, Adam sah cerai talak satu!

Selasa, 29 April 2014

Teki teki konflik rumahtangga asangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite akhirnya terjawab, apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada tengah hari Isnin semalam.

Mereka sempat menjadi suami isteri selama 7 bulan.Tidak diketahui apa sebab utama perceraian mereka berdua.
"Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," -Adam
"Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua. Saya reda dengan ketentuan Allah," -Fiza
-sumber mStar

Tolong jangan hukum saya! - Fiza Elite

Jumaat, 25 April 2014

Isu fail perceraian diantara Fiza dengan Adam AF kini semakin hangat diperkatakan, mana tidaknya bahtera yang belum setahun dibina sudah nak tenggelam di lautan bergelora.

Namun Fiza akui sebagai manusia biasa, memang tidak lari dari kesilapan, dia mahu korang tidak memaki, menghukum dan menghina dia disebabkan kes seperti ini.

Memandangkan kita juga tidak tahu apa sebab utama perceraian itu berlaku.
“Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure.

“Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya 'masuk air', saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini,”

“Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi.

“Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya,” -Fiza. mStar

Fiza Elite failkan perceraian?

Selasa, 22 April 2014

Memetik portal Utusan semalam, dikhabarkan yang rumahtangga Fiza Elite dengan Adam kian bergolak. Usia rumahtangga yang muda yang mereka bina itu akan sudah tidak tahan lama lagi, apabila ada sumber memberitahu yang Fiza sudah memfailkan perceraian di Shah Alam sekitar hari Rabu yang lalu.

Namun dakwaan itu belum dipastikan kebenarannya lagi, memandangkan Fiza belum tampil membuat kenyataan rasmi. Kita harap berita ini tidak benar, dan mereka masih lagi suami isteri yang boleh mempertahankan mahligai.

Gosip rumahtangga bergolak, Adam mengulas...

Jumaat, 18 April 2014

Rumahtangga yang baru dibina beberapa bulan oleh Adam AF dengan Fiza Elite kini dikatakan sedang bergolak.

Tidak diketahui apa sebabnya samada ianya benar atau tidak. Namun memetik portal mStar semalam, Adam enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.
“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,

“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” -Adam

Padam Gambar Adam di Instagam milik Fiza..

Khamis, 17 April 2014

Gosip mengenai keretakan rumahtangga Fiza Elita dan Adam mula tersebar pada September tahun lalu namun Adam tampil menafikan khabar angin yang menyatakan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Terbaru, desas-desus masalah rumahtangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian peminat apabila beberapa keping gambar Fiza dengan suaminya, Adam telah telah dipadam di akaun Instagram miliknya.

Perkara ini menyebabkan segelintir pengikut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semakin yakin dengan dakwaan tidak berasas itu. Mungkin kerana sudah letih terus-menerus dihentam peminat, Fiza tampil menjawab tuduhan mereka yang berbunyi berikut :
"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya."-Fiza

Fiza Maki Saya Itu Fitnah - Adam

Selasa, 29 Oktober 2013

Memetik portal Kosmo! semalam, dikhabarkan yang rumahtangga Adam AF2 dengan Fiza Elite kini goyang yang juga memetik sebuah sisipan akhbar minggu lalu.

Editor berkenaan mendakwa mengetahui berita ini daripada sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baharu.

13 Gambar Bahagia, Adam dan Fiza

Khamis, 24 Oktober 2013

Tip top dah berusia sebulan rumahtangga suami isteri selebriti Fiza Elite dengan suaminya, Adam AF. Mereka rasanya cukup bahagia, dengan penampilan Adam yang sering kali berubah dari biasa kepada serban dan Fiza tetap mengekalkan fesyen lamanya bertudung.

Baguslah macam itu, apa-apa pun semoga bahagia ok. Layan.