Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kehidupan Adam, Fiza setelah rujuk (3 gambar terkini)

Jumaat, 15 Ogos 2014

Setelah episod perpisahan selama beberapa bulan kini pasangan ini kembali bertaut dimana Adam AF telah merujuk bekas isterinya, Fiza Halim.

Setelah merujuk semula, mereka kini cukup bahagia, dan beberapa keping gambar mereka berdua telah dimuatnaik di dalam laman sosial.

Tidak juga dilupakan mengenai kehidupan mereka yang kini tinggal bersama.

Ustaz Azhar Idrus komen pasal tudung Fareeda

Isnin, 9 Jun 2014

Ramai yang komplen pasal tudung Fareeda yang dikatakan singkat paras dada dan tak ikut peraturan yang betul dalam kaedah menutup aurat yang sempurna.. Tudung jenama tu bukannya dijual dengan harga yang murah beb.., dengar kata sampai RM150 sehelai..

Tapi sayang lah kalau beli mahal-mahal padahal sekadar ikut gaya berfesyen je.. Tujuan tudung untuk menutup aurat dah diabaikan bila tudung jenama tu singkat dan tak menutupi dada..

Kita bukannya nak sekat rezeki orang melayu berniaga, tapi apa salahnya kalau tudung tu dilabuhkan sikit bagi sesuai dengan kehendak syarak.. Jangan kira fesyen je dan bagi alasan dorang hanya berniaga.., bukannya berdakwah pulak.

Kat bawah ni ada sikit video dari Azhar Idrus berkenaan tudung singkat paras dada.. Wajib beb melabuhkan tudung untuk tutup bahagian atas tu dari pandangan umum.. Jangan main ikut sedap nak berfesyen je...

Dan syarikat tudung tu jangan pulak hanya tahu kira nak untung tanpa mengira benda-benda wajib yang lain.. Tak ada sapa nak kisah kalau korang untung juta-juta jual tudung.., tapi ramai akan kisah kalau tudung yang korang jual tu tak bawak apa-apa keuntungan pada si pemakai! Peace!! - sumber

Video Pesanan Syamsul Yusof Mengenai Islam

Isnin, 6 Januari 2014

Admin rasa pengarah filem, Syamsul Yusof kini dah betul-betul berubah kepada orang yang lebih baik apabila beberapa bulan lalu mendampingi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Lihat sahaja video dibawah ini, Syamsul memberikan ucapan yang dikatakan membolehkan dia sedang belajar ilmu agama, tahu serba sedikit mengenai kisah dan tauladan Ashabul Kafi yang disebutkan di dalam al Quran.

Lagi Gambar Syamsul Yusof Berjubah

Rabu, 25 Disember 2013

Memang ramai yang agak terkejut melihat penampilan Syamsul Yusof yang kini dikatakan dekat dengan agama. Dengan berani berpakaian jubah putih, tak semua lelaki muslim berani untuk memakainya. Kawannya yang juga pengarah filem, Pierre Andrea juga sudah lama memakai pakaian ini ketika majlis ilmu dan agama aka usrah.

Mungkin ini lah petanda dimana filem selepas ini arahan Syamsul mungkin berkisar agama dan seumpamanya bagi mencari rezeki halal dan jalan cerita yang dapat membimbing penonton.

Penampilan Terbaharu Syamsul Yusof?

Isnin, 16 Disember 2013

Ada kah ini penampilan dan kehidupan Syamsul Yusof yang terkini dengan menampakkan dirinya seperti sudah mendekati ilmu agama. Kalau betul, baguslah seperti itu, Ustaz Azhar Idrus sepertinya juga memberikan sedikit panduan dalam menjalani kehidupan bersama Islam.

Pierre Andrea juga ikut sama, mungkin ini pendekatan usrah yang diikuti oleh Syamsul sendiri kot untuk bersama-sama Pierre menjadi redo Allah.

Politik Dalam Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Terjawab

Khamis, 5 Disember 2013

Filem pertama lakonan gandingan pelawak Shiro dengan Ustaz Azhar Idrus menerusi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Admin ada pergi menonton filem ni Jumaat lalu, kat dalam panggung tu tak sampai 20 orang yang tengok.

Tapi sebab nak lihat penampilan Shiro ni, jadi admin pergi lah menonton. Lihat punya lihat, memang lawak juga, tapi babak terakhir sepertinya ada sedikit unsur2 politik.

Bab2 politik ni, admin tak nak campur, kang ramai yang hantam admin pula kan. Memang banyak persoalan filem yang mengaut untung RM1.4 juta (4 hari), antara persoalan2 yang dijawab oleh laman rasmi Metro Wealth Picture adalah:
1. Bayaran Ustaz Azhar Idrus Bayaran yang diberi berpatutan mengikut nama Ustaz Azhar Idrus itu sendiri. Kami ingin memasukkan seberapa tinggi nilai komersial yang boleh di dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan bukan kesalahan Ustaz Azhar Idrus untuk menerima bayaran tersebut kerana ianya adalah setimpal dengan imej Ustaz Azhar Idrus yg mampu memberi aura kepada filem tersebut dan ternyata aura tersebut ada dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Sebagai bukti 4 hari filem Ustaz Mu Tunggu aku Datang ditayangkan, ianya telah berjaya mengutip RM1.4 juta.

2. Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menjadi bahan politik. Isu ini adalah sensitif jika dibincangkan. Namun sewaktu menjalankan pengambaran, tak terlintas oleh kami bahawa filem ini dibuat untuk mana-mana pihak. Ia hanya dakwah untuk semua.

3. Komedi di dalam Dakwah. Komedi adalah satu elemen yg boleh menarik mnat semua orang. Semua suka komedi dan ketawa. Kami yakin Ustaz Azhar Idrus adalah calon yang sesuai berdasarkan imej beliau yang berdakwah secara santai. Bayangkan jika filem dakwah ini disampaikan secara seram/aksi, bukan mudah untuk para penonton menerima dakwah & mesej yang ingin disampaikan. Komedi juga subjektif bagi setiap individu. Ada yang komedi ringan pun dah gelak macam bumbung nak jatuh tapi ada pula yang buat lawak sampai bumbung jatuhpun takkan gelak. Apa yang penting ialah mesej yang disampaikan dapat diterima oleh para penonton.

4. Serangan peribadi kepada Ustaz Azhar Idrus. Tindakan yang tak wajar diluahkan di media sosial. Ustaz Azhar Idrus adalah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama. Sekiranya kita tak suka pada peribadi & perwatakan ustaz pun, tak sepatutnya kita cakap camtu. Kami anggap nie satu serangan peribadi kepada ustaz. Namun satu keperibadian yang tinggi pada Ustaz Azhar Idrus yang patut dipuji apabila tidak membalas balik apa yang dikatakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Gambar Terbaru Isteri, Ust. Azhar Idrus

Selasa, 8 Oktober 2013

Siapa tidak kenal dengan penceramah bebas yang terkenal, Ustaz Ahzar Idrus yang popular di laman sosial dan mana-mana sahaja.

Isterinya yang ramai iaitu 3 juga kadang kala menjadi perbualan hangat. Tapi mengikut satu komen di laman sosial menganggap korang seharusnya tidak bersangka buruk sebab memang selayaknya orang seperti Azhar Idrus ni kahwin 3 sebab dia memang alim, mampu dan adil.

Erra Fazira Tak Sebut Nama Ustaz A...

Selasa, 18 Jun 2013

Rancangan Primadona yang disiarkan di siaran Astro baru-baru ini mendapat satu adegan yang tidak diduga. Salah seorang pengacaranya Erra Fazira tidak pasti samaada melakukan ketersengajaan tidak menyebut secara pribadi atau mengikut kemahuan produser nama seorang penceramah terkenal.

Ada yang berkesempatan memuatnaik video beberapa detik itu ke dalam YouTube. Motif orang ni muat naik? fikirkanlah bersama.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi

Isnin, 27 Mei 2013

Wah tak disangka, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) kini dah beristeri 3. Yang terbaharu UAI telah selamat diijab kabulkan dengan isterinya yang ke-3. Majlis pernikahan itu berlangsung di Hulu Klang, Gombak.

Pada majlis pernikahan tersebut UAI Azhar berbaju kelabu dan berkopiah dan turut ditemani isteri pertama dan kedua beliau, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26. Dengar kata nama isteri ke-3 UAI adalah Izyan berumur 27 tahun berasal dari Johor. Kuikui
Tahniah. -gambar HarianIslam








Azhar Idrus Berlakon Dalam Filem P. Andre

Jumaat, 26 April 2013

Dulu ada sebuah ceramah perdana dimana telah dijemput penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UIA). Dan hostnya adalah Pierre Andre. Dari situ Pierre ada membuat satu tawaran untuk UAI untuk berlakon dalam filem/drama arahannya.

Akhirnya, UAI setuju untuk berlakon dalam file Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bergandingan dengan kumpulan MaharajaLawak, Shiro. Dan ini bukti UAI di dalam set lakonan berkenaan, yang dikhabarkan dibuat di sekitar Kuala Terengganu. -Sumber MiG




Emma Maembong Akui Sayang Aeiman

Jumaat, 12 April 2013

Ini adalah status yang telah di post oleh Emma Maembong di laman sosial Facebook. Namun ianya bukanlah akaun benar yang menjadi satu fakta sebenar. Tidak diketahui siapa Aeiman Danisha itu.

Ini adalah kerja 'kreatif' yang dilakukan oleh orang yang mungkin kebosanan akibat dek menghadap Facebook lalu dibuatnya seperti ini.

Pada mulanya seperti 'real', tapi bila baca betul-betul ianya telah diedit dan 'copy paste' gambar serta perkataan.

Shiro, Ustaz Azhar Idrus Berlakon Bersama

Jumaat, 8 Mac 2013

Wah tak sangka kumpulan lawak yang sedang meningkat naik namanya, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh  Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Bin Razak (Ajak) yang juga tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2012 dan Juara Raja Lawak Musim ke-6 bakal menjadi pelakon star tidak lama lagi.

Sudah menjadi rezeki Shiro dengan bakat yang mereka ada, mereka kini bakal digandingkan bersama-sama ustaz yang diminati ramai, Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaru bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang.."

Filem ini yang diarahkan oleh Pierre Andre terbitan MiG ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun gandingan Ustaz Azhar seperti Johan dan Zizan tidak dapat direalisasikan kerana mungkin faktor-faktor tertentu.

Selain Shiro, filem ini bakal mempamerkan pelawak lain seperti Zalif Sidek, Along Raja Lawak dan Mikail Andrea. Filem berunsur Islamik ini pastinya satu filem yang diyakini menutup aurat dan pastinya lawak.

Bahkan rezeki Shiro tidak terhenti di sini sahaja mereka kini bergiat aktif dalam program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.


Cara Pierre Anrea Sambut Tahun Baru

Rabu, 2 Januari 2013

Sambutan hari tahun baru Masihi memang banyak cara dan ragamnya, ada yang cara Islamik ada juga bukan cara Islamik. Tidak ketinggalan pelakon, Pierre Andre menyambut sambutan tahun baru masihi dengan cara ceramah atau soal agama dengan para ustaz-ustaz, majlis berkenaan berlangsung di Selangor yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan beberapa orang ulama lainnya.

Shila Amzah Makan McD, Ramai Boikot

Selasa, 1 Januari 2013

Gambar di bawah adalah gambar Shila Amzah yang di yang postkan oleh Forum Cari yang sempat diambil gambar di Facebook milik Shila Hamzah ketika dia berada di tempat makanan segera MCD yang berada di Lapangan Terbang.

Gambar ini terdapat lebih banyak pengomen yang peka dengan pemboikotan produk Israel.  Difahamkan Shila baru selesai untuk konsert amal untuk Palestin. Klik untuk besarkan. Nak lagi, baca kat Facebook Shila



Pierre Andre, Eizlan Yiusof jumpa Ust. Azhar

Khamis, 20 Disember 2012

Inilah dia yang dikatakan semangat di dalam mencari sinar hidup. Pierre Andre yang berkopiah putih dengan Eizlan Yusof serta isteri sempat bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus dengan memperkena teh tarik hangat. Mungkin pertemuan ini adalah untuk meminta padangan Ustaz mengenai persoalan dalam kehidupan mereka. Gud work.


Rosyam Nor Gurauan Melampau di ASK?

Isnin, 12 November 2012

ASK 2012 yang dah berlalu menimbulkan sedikit rasa kurang senang apatah lagi banyak komentar dan juga respon yang menyatakan yang ASK kali ini hambar dan tidak menghiburkan.

Namun itu semua pastinya anda sendiri yang merasakan apabila menonton  ketika malam itu. Yang ini lain pula kesnya, soal gurauan aktor terkenal, Rosyam Nor mengenai bab-bab sesitif yang bersangkutan dengan agama pada malam itu.

Kata Rosyam..
Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh
Tidak tahu gurauan ini menyindir stesen tv berkenaan atau pun ada niat udang di sebalik mee. Dakwaan itu terus dibidas oleh ustaz Azhat Idrus melalui laman sosial Facebook.

Alahai Abby Abadi, Terasa Ke..

Khamis, 16 Ogos 2012

Pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, setelah selesai solat sunat terawih, kira-kira jam 11 malam, ada satu majlis ilmu yang turut dihadiri oleh panel-panel selebriti seperti Abby Abadi, Faisal Tahir, Man Raja Lawak dan juga penceramah, Ustaz Azhar Idrus. Tajuk majlis ini adalah Santai Anak Muda Bersama Selebriti.

Dalam majlis ni, bukan atas dasar politik yang paling utama, tapi adalah untuk membincangkan dan kesedaran umat Islam kita semua saat ini. Namun ada yang paling menarik yang hangat diperkatakan disini, jeng-jeng, soal Abby Abadi.

Ceritanya begini, memetik portal Murai,

Abby Abadi yang telah men'kantoi'kan diri sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus yang lebih menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu. (minit / durasi : tengok dari awal ek, sampai tahu dimana babak itu.. Hehe)

Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih 'lagha' (lalai).

Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.

Ertinya, adakah benar Abby pernah berbuat demikian sampai dia mendakwa perkara itu sebagai fitnah? Atau dia tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun.

Gambar Abby Abadi Bertudung

Isnin, 19 Disember 2011

Wah, bukan main sweety dan preety lagi melihat kelibat Abby Abadi bertudung pada satu majlis yang turut dihadiri oleh penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini. Memang kita tak nafikan, ini sememangnya majlis ilmu, sudah tentu sesiapa yang hadir pasti menutup aurat. Adakah Zul akan bertaut kembali setelah melihat gambar ini? hehe... Apa-apa pun kita enjoy dulu dengan gambar di bawah ini.

Isu Zizan RL dikupas Ustaz Azhar Idrus

Jumaat, 4 November 2011

Isu sensitif yang hangat satu masa dahulu oleh Zizan RL dalam filem Hantu Bonceng kini dah dikupas oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus sempena pertemuannya dengan pelajar UIA Gombak baru-baru ni, walaupun kita tahu isu ini dah lama berlalu. Kata Ustaz Azhar, Zizan menelefon dirinya dan langsung bertanyakaan mengenai soalan itu. Mungkin Zizan diantara peminat/fan Ustaz Azhar kot, sebab tue, jauh-jauh dia mencari dan call ustaz itu. Apa-apa pun kita tengok dulu video dibawah ni. K enjoy.