Pada:
Rabu, 16 Julai 2014
Maria akui dia bahagia hidup setelah hampir 10 tahun bergelar janda hidup bersama anak tunggal lelaki, Mizan Ashley yang kini berusia 17 tahun.
Namun kepada sesiapa lelaki yang mahu mendekati atau menjalani hubungan serius, Maria memberitahu yang dia haruslah mendekati dan menyelami kehidupan terlebih dahulu anak tunggalnya itu.
"Sejak akhir-akhir ini ke mana saja saya pergi, anak sayalah bodyguard saya. Kalau dia tidak sibuk dengan aktiviti persekolahannya, dia akan ikut saya ke majlis-majlis hiburan tertentu, macam hari ini (Majlis Berbuka Puasa anjuran Air Asia dan Air Asia X hujung minggu lalu).
"Dia tu memang susah sikit, maksudnya kalau sesiapa yang nak dekati saya dia akan tengok dulu orang tu okay atau tidak. Sama lah kalau ada lelaki yang ahu berkawan rapat dengan saya, lelaki itu mesti menangi hati anak saya dulu. Tapi buat masa ini saya tak mengenali mana-mana lelaki", -Maria Farida petikan portal MalaysianDigest
Tag : Anak Artis , Artis Janda , Berita Artis , Cantik , Gambar Artis , Ibu Tunggal , Maria Farida , Pelakon



