Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Mira Filzah sudah dilamar untuk berkahwin TETAPI...

Jumaat, 25 Mac 2016

Kecantikan bukanlah ukuran sebenar untuk seseorang meminang orang. Apatah lagi jika dia sudah bergelar selebriti dan popular.

Itulah yang sering terjadi kepada Mira Filzah yang namanya kini semakin naik dan digilai ramai lelaki di luar sana.

Begitu banyak lamaran yang diterima di media sosial terhadap Mira namun semuanya ditolak sehinggakan ada yang menghantar resume.

Inilah dia ibu Mira Filzah (5 gambar)

Khamis, 11 Februari 2016


12553040_1677490485853143_38347088186629

Inilah wajah ibu Mira Filzah yang lebih kurang keayuan anaknya juga.

Tips sebenar nak dekati atau menjadi kekasih Maria Farida!

Rabu, 16 Julai 2014

Dengarnya pelakon, Maria Farida sudah bersedia mahu bergelar isteri semula di usianya yang kini 44 tahun masih lagi awet jelita.

Maria akui dia bahagia hidup setelah hampir 10 tahun bergelar janda hidup bersama anak tunggal lelaki, Mizan Ashley yang kini berusia 17 tahun.

Namun kepada sesiapa lelaki yang mahu mendekati atau menjalani hubungan serius, Maria memberitahu yang dia haruslah mendekati dan menyelami kehidupan terlebih dahulu anak tunggalnya itu.

Gambar Rafidah Yang Cantik Melepak

Jumaat, 15 November 2013

Rafidah Ibrahim ni sekarang makin cantik dan menawan lah, setelah masuk gelanggan Akademi Fantasia dengan Kerusi Panas Maharaja Lawak baru-baru ini, wajahnya memang semakin up gitu.

Rafidah ni mengingatkan admin mengenai seorang kawan admin dari wechat, yang mana kawan admin ni namanya 'mimi ..' sebijik muka dia macam Rafidah ni.

Gambar Neelofa Yang Terkini

Selasa, 9 Julai 2013

Cantik sungguh melihat Neelofa ni kan. Pelakon yang manis pastinya mendapat ramai perhatian, lagi pula Neelofa jarang dikaitkan gosip panas dan sensasi. Baguslah macam itu. Harap dapat dikekalkan dengan kelas dan status yang tersediri.

6 Tips Diamalkan Ziana Zain Untuk Awet Muda

Rabu, 5 Jun 2013

Umum mengetahui yang usia penyanyi dan juga pelakon yang terkenal satu masa dahulu, Ziana Zain kini mencecah 45 tahun. Tapi dalam usianya yang nak dekat diambang usia emas, Ziana masih lagi kelihatan awet muda dan seakan-akan berusia 30-an. kelas gitue.

Menurut portal GUA, Ziana sempat berkongsi tips penjagaan kecantikkannya. Nak tahu? baca lah kat bawah ni, semoga bermanfaat. Hehe. Wallahualam.
1) Setiap kali mencuci muka jangan lupa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
2) Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun daripada tidur. Minum sebelum memberus gigi.
3) Minum air secukupnya untuk memastikan kulit sihat dan menawan. Sekurang-kurangnya tujuh ke lapan gelas sehari.
4) Jangan lupa memakai krim pelindung cahaya matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.
5) Kurangkan pengambilan nasi, sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
6) Jangan lupa bersenam untuk dapatkan berat badan ideal.

Gambar Raja Ema Semulus Wajahnya..

Jumaat, 26 April 2013


Awat putih dan mulus ja wajah penyanyi dan pelakon era 80-an, Raja Ema. Mungkin apps di handpone yang membuatkan wajahnya begitu bersinar. Biasa lah, kadang-kadang korang pun wat macam tu juga kan nak cover kedut-kedut di wajah.

Kalau lihatkan memang macam awet muda lah Raja yang dah berusia 44 tahun ni. Difahamkan tak lama lagi dia akan kembali berlakon, filem atau drama yang itu tak pasti, nantikan aja ye.





Gambar Emma Maembong

Khamis, 10 Januari 2013

Pelakon baru yang bernama Emma Maembong sememangnya memiliki kecantikan yang sungguh tak terkata. Memang berderau melihat ayunya Emma Maembong ni. Ni ada beberapa gambar Emma Maembong untuk korang lihat dan enjoy ok. -gambar Forum Cari

Izara Aishah Penghias Majalah Cosmopolitan

Ahad, 28 Oktober 2012

Pelakon yang cantik mulus, Izara Aishah memang seorang yang memiliki paras rupa yang menawan. Dan sudah menjadi rezekinya apabila menjadi pnghias muka hadapan majalah Cosmopolitan edisi Oktober 2012 ini.

Jom kita lihat gambar Izara ketika proses shoting berkenaan dan juga di dalam majalah, pastikan anda klik gambar berkenaan untuk kelihatan lebih jelas lagi.


Pelakon Baru Manis, Emma Maembong

Ahad, 2 September 2012

Drama Kau Yang Terindah lakonan Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra arahan Erma Fatima, pasti anda perasan watak yang dipegang Emma Ma’embong. Memiliki keunikan raut wajah gadis pan-asian sebab Emma anak kacukan dari dua negara berbeza iaitu Scotland dan juga Malaysia.

Emma Ma’embong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 20, yang berasal dari Kuala Lumpur juga seorang pelukis dan model. Adakah Emma bakal menjadi selebriti muda yang bakal mengegarkan dunia anak seni tahun hadapan? kita nantikan bersama -gambar Fb Emma Ma’embong.

Gambar Izara Aishah di ABPBH 2011

Selasa, 10 April 2012

Kemunculan pertama atau ketegori yang pertama Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011 yang lalu yang telah dicalonkan bagi Izara Aishah, sememangnya memberikan satu kesan bahawa pelakon jelita ini kian meningkat naik namanya. Memang susah nak menang buat kali pertama, sebab persaingan juga sengit antaranya Tasha Shilla (pemenang), Najwa Latif, Neelofa dan juga Nur Fathia. Apa-apa pun syabas buat calon-calon ini, memang susah nak jangka siapa yang menang pada mulanya, last2 dapat tahu memang Tasha juga yang menang. :)

Gambar Siti Saleha terbaru..

Isnin, 31 Oktober 2011

Admin memang suka tengok Siti Saleha ni. Orangnya memang manis dan cantik. Betul-betul menawan hati, sejuk mata memandang. Dari lesung pipinya yang menawan. Mungkin bila ada orang stress, tengok Saleha jer, dah reda keadaan. Tak tahu nak kata apa lagi. Jom lah tengok gambar Saleha yang terbaru ni yang diambil baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PWTC).

[gambar Via]

Yatt Haryati still maintain cun

Khamis, 19 Ogos 2010

Walaupun dah kahwin dan memiliki seorang anak perempuan, Yatt masih lagi mengekalkan keanggunannya. Untung suami kepada Yatt, Abdul Mutalib. Memiliki isteri dan juga pelakon yang serba boleh dengan keanggurnan yang ada. Apa rahsia Yatt ni yer, masih cun, sesetengah artis yang lepas kahwin malas nak urus soal kecantikan. Kalau Ramadhan dan Syawal lepas Yatt sunyi, kini bulan dia bakal tidak sunyi lagi, bahkan ditemani anak perempuannya, Suci Hanania Malika, tambahan yang pertama dalam menjadi seorang ibu.

Pelakon baru, Noi Zulhijjah seindah namanya

Jumaat, 30 Julai 2010

Ha ada lagi artis aka pelakon baru yang muncul untuk bulan Julai ni. Namanya Noi Zulhijjah. Artis baru ni merupakan star untuk filem Aquarium Cinta yang diarahkan oleh pengarah Osman Ali. Kalau sebelum ini artis baru mempunyai banyak tahi lalat, kali ini cuma paras rupa yang putih melepak dan namanya yang cukup menarik. Jadi apabila digabungkan memang orangnya cantik dan manis. Patutlah diambil untuk filem tue, sebab memiliki pakej yang betul-betul mencukupi. Selepas ni jangan buat kontroversi dah lah yer. hehe.

Wan Aishah Pewaris Mahsuri

Jumaat, 18 September 2009

Asyik-asyik gossip artis tempatan sahaja, cuba kita pusingkan sedikit kepada mereka yang bukan artis tapi memiliki rupawan yang mengalahkan artis pulak. Tak lain, wajah lagenda Mahsuri. Didakwa Wan Aishah merupakan keturunan Mahsuri. Yang nie tak tahu betul atau tidak ceritanya. Tapi kecantikkan yang dimiliki seolah-olah dirinya dianggap pewaris kepada wanita lagenda berkenaan.