Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maria Farida 'takut' mertua ke tu?

Jumaat, 9 Jun 2017

Dengarnya yang Maria Farida mahu mengekalkan hubungan baiknya dengan mertuanya. Personaliti seksinya ketika berlakon sebelum berkahwin, membuatkan dia kini lebih berhati-hati memilih watak.

Buat masa ini, watak yang harus dilakonkan tidaklah seksi mahupun mengoda kerana bimbang mertuanya bakal menonton drama/filem berkenaan.

Maria Farida bakal disaman RM5 juta!

Rabu, 8 Mac 2017

Gandingan mantap Jasmin Hamid, Fasha Sandha (30 gambar)

Isnin, 5 September 2016

Drama Lara Aishah ala latin yang diamik dari telenovela Mexico, La Cobasaluran bakal ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD pada jam 6 petang dan ulangan pada jam 12 malam.

Drama 100 episod ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. -gambar Beautifulnara

Sekitar Hari Raya Maria Farida (10 gambar)

Jumaat, 15 Julai 2016

Anak tiri mengaku diugut ibu kandung untuk burukkan Maria Farida (video)

Jumaat, 13 Mei 2016

Beberapa hari lepas, Shazleen Rahman iaitu anak Datuk Rahman ada memuat naik video dimana adiknya Rayyan mengaku ditampar oleh ibu tirinya iaitu Maria Farida. Video itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada pihak terus mengkritik Maria jahat dan sebagainya.

Suami Maria Farida buat report Polis gara-gara bekas isteri....

Khamis, 5 Mei 2016


Suami kepada Maria Farida, Datuk Rahman Shakur, telah membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan akibat dilanggar oleh bekas isterinya iaitu Karen Rayyan.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 4 petang, semalam. Sementara itu, bekas isterinya turut membuat laporan pada jam 5.30 petang.

Menurut Karen, dia tidak melanggar lelaki terbabit, sebaliknya cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka. Dalam kejadian itu, Rahman terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Untuk rekod, kes Rahman dan Karen akan dirujuk ke mahkamah untuk proses hak penjagaan anak mereka.

Maria Farida bergaduh pasal kasut? (4 gambar)

Isnin, 25 April 2016

Dengarnya Datin Maria Farida berebut kasut. Bukan kasut berjenama kelas tinggi dan mahal beribu-beribu cuma harga RM300 ratus sahaja.

Bahkan diceritakan kasut berkenaan kebetulan mahu juga dibelikan oleh seorang untuk anaknya. Dan ini serba sedikit luahan hati si bakal pembeli terhadap Maria.

Mereka berbohong, sebenarnya...! -Maria Farida

Jumaat, 8 Januari 2016


Luahan Maria Farida apabila anak tiri suaminya memburukkan dirinya

Di awal perkahwinan aktres ini lagi sudah ada kata-kata yang tidak enak didengar. Dituduh sebagai perampas dan sebagainya itu antara yang perlu dihadapi Datin Maria Farida, 47.

Bagaimanapun melalui kehidupan berumah tangga selepas 15 tahun menjanda, tiada apa yang mahu dikongsi Maria selain kehidupan yang lebih bahagia. Dikelilingi kasih sayang suami dan anak-anaknya, ternyata ini fasa yang paling dinanti Maria.

Bagaimanapun baru tiga bulan bergelar isteri kepada Datuk Rahman Shakur, 63, baru-baru ini timbul lagi sebuah kisah yang kononnya Maria menjadi penyebab di mana empat anak kandung bekas isteri suaminya terabai. Tidak cukup dengan itu, dia juga dituduh sebagai penghasut kepada keretakan hubungan antara suami dan bekas anak tiri suaminya itu. Tidak mahu cepat melatah, jelas Maria dalam hal ini dia dan suaminya lebih jelas dengan apa yang berlaku lapor Utusan Malaysia.

Ayah berubah setelah berkahwin dengan Maria Farida? OMG

Selasa, 5 Januari 2016

Suami baru kepada pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur yang mempunyai anak-anaknya hasil perkahwinan terdahulu dikhabarkan agak kecewa kerana perubahan ayahnya setelah berkahwin dengan Maria dakwa seorang anak beliau, Nurshazleen Anis yang berusia 28 tahun (kakak kepada 5 adik yang lain, Wan Nathasha, 22, Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6)
“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi. Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri”

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,” katanya.
Nurshazleen juga mengakui sebelum ini bahawa dia dihasut untuk memburukkan ibu kandungnya sendiri yang juga isteri pertama Datuk Rahman, Karen Rahman melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan.
“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” tambah katanya menerusi sebuah portal.

Maria Farida dihina sebab berkahwin

Selasa, 29 Disember 2015


Perkahwinan dikecam ramai, ini luahan Maria Farida
Kisah mengenai perkahwinan Maria Farida bersama ahli perniagaan 26 November lalu merupakan sesuatu yang baik buat pelakon yang sudah menjanda lebih 10 tahun ini, bagaimanapun perkara tersebut mendapat cercaan dan hinaan kerana Maria berkahwin dengan bekas suami kepada kawan baiknya sendiri.

Top 10 selebriti masih cantik diusia 40 tahun lebih..

Isnin, 14 Disember 2015

Inilah diantara 10 selebriti pilihan pengarang SinarHarian yang meneliti usia mereka setelah 40 tahun dimana kecantikan mereka semakin menyerlah.

Bahkan kecantikan pada usia begitu amat penting buat mereka untuk setidak-tidaknya tidak mengecewakan peminat-peminat mereka.

Layan..

Maria Farida selamat menjadi isteri Datuk..

Jumaat, 27 November 2015

Maria Farida sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rahman pada petang semalam, 26 November. Berita baik ini tidak dihebahkan kepada media namun melalui Instagram milik Datin Seri Tiara Jacquelina dan Fasha Sandha.

Majlis berkenaan dilangsungkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Pelakon drama Datin Ghairah itu sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai seorang anak tunggal, Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun.

Untung Datuk ni kan, dapat bini lawa.. Hihihi.

Apa yang tak kena dengan iklan Maria Farida ni?

Rabu, 25 November 2015

Dengar cerita ramai nitizen online yang tak suka dengan iklan ini. Dan dibawah ini adalah beberapa komen yang rata-rata tidak suka iklan Maria Farida ini, kerana tidak diketahui apa motif sebenar Maria berbuat demikian.

Maria Farida nafi punca keretakan rumahtangga TAPI...

Khamis, 22 Oktober 2015

Pelakon Maria Farida mengakui berita yang tersebar luas sebelum ini di media sosial adalah karut dan tidak benar sama sekali mengenai punca sebenar keretakan rumahtangga seseorang.

Namun tidak dinafikan Farida rapat dengan bekas suami wanita yang diceraikan itu.
“Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin”

“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard,” jelas Maria yang juga telah membuat laporan polis dan berurusan dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Maria Farida perampas suami orang? sanggup bermandrem?

Rabu, 21 Oktober 2015

Dengar cerita yang pelakon cantik, Maria Farida menjadi perampas suami orang. Dan disebabkan itu berlaku keretakan rumahtangga suami isteri berkenaan.

Ini dibuktikan dengan status bekas isteri kepada suami itu di laman sosial. Pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh 'Izlny Karen' (nama empunya di FB) sehingga menuduh Maria telah 'mandrem' bekas suaminya itu.

Maria Farida tidak nafikan dirinya seksi.. (17 gambar)

Jumaat, 7 Ogos 2015

Maria Farida mengakui walaupun usianya meningkat tapi seksi itu bagi dirinya adalah amat penting. Dan buat masa ini masih lagi mengekalkannya ditambah awet mudanya yang begitu memperosonakan.

Maria Farida sambut harijadi anaknya (14 gambar)

Rabu, 20 Mei 2015


Semalam, Maria Farida ada mengadakan satu majlis sambutan ulang tahung anaknya, Mizan Ashley yang ke-18. Majlis diadakan disebuah cafe tidak diketahui lokasinya.

Rakan artis lain juga turut diundang bersama-sama meraihkan.

Ogy A. Daud sindir Zahida Rafik guna botox (mesti baca)

Sabtu, 25 April 2015

Dalam rancngan Ya Ke yang ditayangkan baru-baru ini di TV3 ada mana host rancangan berkenaan iaitu AG dan Ogy Ahmad Daud telah digandingkan bersama untuk setiap tetamu selebriti yang berbeza setiap minggu, rancangan ini sebenarnya adalah sesi soal jawab secara spontan.

Namun jemputan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Sehinggalah giliran Zahida yang ditanyakan oleh Ogy dengan soalan panas dimana dia kerap dihubungkaitkan dengan golongan VVIP.

Sehinggalah soalan paling panas bertanyakan soal botox yang ditujukan oleh Ogy kepada Zahida. Zahida menjawab persoalan itu, namun dipotong oleh Ogy dengan ucapan, ''bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar' bahkan Ogy dikatakan bangga kerana wajahnya tidak menggunakan botox, tapi neutral.

Siapa tidak termakan hati dengan kenyataan Ogy seperti ini kan. Dah lah live.. -gambar Forum Cari

Maria Farida bertudung, sangat cantik! (5 gambar)

Jumaat, 30 Januari 2015


Alhamdulillah dengar khabar, pelakon seksi, Maria Farida kini dah bertudung. Namun tidak dipastikan ianya kekal atau sebaliknya iaitu lebih kepada kerjaya. Kita harapkan yang terbaik buat pelakon cantik ini untuk terus menjadi cantik bila bertudung. :)

Maria Farida dicop sebagai nenek ranggi (7 gambar cun)

Selasa, 26 Ogos 2014


Ntah apa silap Maria Farida sehinggakan ada yang tidak suka akan dirinya. Biasalah laman sosial tempat suka suki bercakap tak fikir dahulu sebelum tulis.

Maka, dijadikan berita selain anda boleh lihat gambar menarik Maria Farida yang kekal cun ini, ada beberapa komen liar yang difahamkan menjerumus dan dimaksudkan kepada pelakon Maria Farida.

Agak keterlaluan bagai mengalahkan seorang yang memiliki bakat besar untuk mengkritik manusia lain. Apa-apa pun bersabar la ek Maria, mereka ni memang mulut longkang. -gambar RotiKaya | forum Cari