Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fasha Sandha luah perasaan sejak jadi ibu tunggal..

Isnin, 26 September 2016

Fasha Sandha tidak pernah merasakan kehidupan ibu tunggal sebagai satu bebanan atau dugaan yang terlalu berat seperti dibayangkannya sebelum ini.

Fasha yang kini berusia 32 tahun, sentiasa berpegang kepada agama selain yakin segala kejadian yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

"Sebenarnya dugaan sebagai seorang ibu tunggal tidak seperti yang orang lain fikirkan kerana jika kita berpegang kepada ajaran agama dan yakin semua yang berlaku ada hikmah, Insya-Allah akan rasa tenang.

"Apa yang paling penting kena teruskan kehidupan dan sentiasa positif,

"Saya perlu kuat kerana jika saya lemah mungkin saya senang ditindas tetapi Alhamdulillah Allah berikan saya dua kekuatan iaitu anak-anak saya.

"Terharu juga saya kerana mereka disayangi oleh ramai orang malah mereka rapat dan manja dengan bekas suami walaupun kami tidak lagi bersama" katanya kepada mStar Online.

Sebab anak Harun Salim terkilan dengan ibu tiri..

Khamis, 15 Oktober 2015


Anak Sulung Harun Salim Bachik Rasa Terkilan Dengan Ibu Tiri

Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik, Syafiqmeluahkan rasa terkilan apabila isteri kedua arwah yang juga ibu tiri Syafiq meluah perasaan di program Melodi Ahad lalu.

Syafiq melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya itu mengalami kesukaran hidup melalui Melodi sebelum ini.

Ibu tirinya itu (Suriati) mengadu tiada yang datang membantu setelah pemergian Harun, tetapi hanya dibantu Afdlin Shauki.

Syafiq berkata sepatutnya sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan dengan keluarga terlebih dahulu bukannya mendedahkan dengan orang luar.

Ini komen Syafiq:
“Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),”

“Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?”

“Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti,”
Syafiq menambah dia akan cuba sekali lagi untuk merapatkan hubungan keluarganya dengan ibu tirinya itu selain mahu orang ramai ingat arwah ayahnya sebagai seniman yang dihormati bukannya dengan isu masalah keluarga.

Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad (isteri pertama) dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.

Selepas bercerai, Harun Salim Bachik kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor (isteri kedua) dan pasangan itu mendapat dua anak.

Syafiq juga mengaggap dua orang adik tirinya itu sebagai darah daging sendiri.

Mas AF2 jual sate kecil-kecilan.. (gambar anak)

Jumaat, 18 September 2015

Dengarnya dah 6 tahun Mas AF2 menyepi dari dunia seni, kini tip top dah ada dua anak dah. Namun statusnya kini adalah ibu tunggal.

Memetik portal Mangga Online, Mas kini bahagia bersama anak-anak, Nurfazilah, 17 dan Mohd Fadzil, 14 serta keluarga di Tawau, Sabah.

Mas juga mengakui masih hidup solo. Meski sudah lama tidak berada dalam dunia seni namun saling berhubung dengan teman-temannya semasa dalam akademi antaranya, Bob Yusof, Nurul, Zarina, Adam dan Fitri.

Tips sebenar nak dekati atau menjadi kekasih Maria Farida!

Rabu, 16 Julai 2014

Dengarnya pelakon, Maria Farida sudah bersedia mahu bergelar isteri semula di usianya yang kini 44 tahun masih lagi awet jelita.

Maria akui dia bahagia hidup setelah hampir 10 tahun bergelar janda hidup bersama anak tunggal lelaki, Mizan Ashley yang kini berusia 17 tahun.

Namun kepada sesiapa lelaki yang mahu mendekati atau menjalani hubungan serius, Maria memberitahu yang dia haruslah mendekati dan menyelami kehidupan terlebih dahulu anak tunggalnya itu.

Norish Karman Disamun RM10k, Enggan Report Polis!

Khamis, 27 Jun 2013

Dikhabarkan semalam yang pelakon, Noris Karman telah disamun dan kerugian harta benda miliknya hampir RM10,000. Berita yang memetik portal SinarHarian itu tambahnya lagi kehilangan wang ringgit dan dua telefon bimbit akibat disambun dan mengakibatkan hilang pencarian rezeki tawaran lakonan dan nyanyian kerana ramai pihak gagal menghubunginya.

Kejadian itu berlaku apabila Norish bersama 3 anaknya sedang bersiar-siar di shopping complex di ibu negara.

“Saya sedang mencari kedai tapi apabila keluar dari lif, rupa-rupanya kami tiba di tingkat yang salah terus menuju ke kawasan letak kereta.

“Tiba-tiba ada orang pegang saya dari belakang dan letak sesuatu yang tajam di leher saya. Saya jangka ada tiga orang yang merompak itu.

"Mereka ambil telefon bimbit dan wang tunai yang saya letak dalam beg”

“Kalau saya sendiri, mungkin saya bergelut. Semua telefom bimbit saya yang menyimpan nombor-nombor penting turut diambil,

“Saya ada lapor pada ‘mall’ itu saja. Tak guna rasanya nak lapor pada polis sebab mereka ada lagi banyak kes-kes besar.

“Saya cuma hilang dua telefon bimbit dan duit saja. Saya rasa tak perlulah,” katanya.

Jaafar Onn Cari Jodoh Secara Online

Selasa, 8 Januari 2013

Usia Jaafar Onn yang kini sudah hampir 60 tahun membujnag dikhabarkan telah 'register' untuk satu portal mencari jodoh. Ini adalah usaha Jaafar untuk mencari calon isteri di usia emasnya.

Menurut akhabar Utusan semalam, dia menyatakan yang semua orang memerlukan pasangan untuk hidup bersama, dan dirinya tidak terkecuali.

Dan difahamkan banyak maklum balas daripada usahanya itu. Hampir 1000 wanita telah menyatakan impian untuk berkenalan yang kebanyakkannya terdiri daripada ibu tunggal.