Pada: 
                          Khamis, 10 Julai 2014
Raja Azmi juga menginginkan kematian seperti arwah Kak Pah. Tindakan awal Raja Azmi adalah dengan membuang lebih daripada 300 gambar tidak bertudung yang ada di dalam laman sosial Instagram miliknya.
"Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.
"Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh,"
"Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya.
"Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik," -Raja Azmi, petikan portal mStar
Tag : Artis Meninggal , Berita Artis , Hijab , Instagram , Kedai Butik , Pengarah Filem , Raja Azmi , Sharifah Aini , Tudung










