Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zaiton Sameon kini bertudung (2 gambar)

Isnin, 29 Jun 2015


Penyanyi vateran, Zaiton Sameon difahamkan mengambil bulan Ramadan ini sebagai keberkatannya untuk mula bertudung. Tambahan pula ianya adalah permintaan kawan karib beliun, Allayarham Sharifah Aini yang mendoakan agar Zaiton bertudung kelak.

Majalah 3 dikecam gara-gara gambar Allahyarhamah S. Aini

Jumaat, 29 Ogos 2014

Ada permintaan daripada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang meminta jangan mengeluarkan gambar tak berhijab jika dia sudah tiada.

Ianya ditujukan kepada semua media, blog, dan laman sosial untuk berbuat demikian sebagai menghormati permintaan Allahyarhamah
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”
Agak menyedihkan apabila siaran Majalah 3 telah menyiarkan laporan khas mengenai kisah hidup Allahyarhamah dan menyiarkan gambar-gambar lama Allahyarhamah (tidak bertudung).

Ianya mengundang kemarahan pelbagai pihak kerana menganggap TV3 tidak menghormati dan kurang peka permintaan Allahyarhamah.

Raja Azmi ingin meninggal dunia seperti Kak Pah (9 Gambar)

Khamis, 10 Julai 2014

Setiap orang Muslim pasti cita-citanya ingin mati dalam keadaan baik yang diterima oleh Allh. Banyak cara bagaimana mati dengan keadaan baik, terutamanya di bulan Ramadan iaitu yang telah ditakdirkan ke atas Allahyaharmah Datuk Sharifah Aini (Kak Pah) akhir minggu lalu.

Raja Azmi juga menginginkan kematian seperti arwah Kak Pah. Tindakan awal Raja Azmi adalah dengan membuang lebih daripada 300 gambar tidak bertudung yang ada di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Disangka Sharifah Amani yang meninggal dunia..

Selasa, 8 Julai 2014

Memang agak melucukan dan tak sangka sering kali ada ucapan yang tersilap untuk di 'tag' kepada orang yang ingin ditujukan.

Pelakon dan model, Carmen Soo telah mengucapkan takziah kepada pelakon, Sharifah Amani pada hari Ahad lepas. Walhal ucapan itu adalah untuk ditujukan kepada keluarga Allayaharma Datuk Sharifah Aini yang meninggal beberapa hari lalu.

Carmen sudah memohon maaf diatas ketelanjurannya di dalam laman sosial Twitter miliknya itu. -gambar mStar

"RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," Carmen So

“Weh! I’m still alive and Twitting lah.” -S. Amani

Fasha Sandha tak menjaga sensitiviti?

Isnin, 7 Julai 2014

Beberapa hari lalu kita kehilangan biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Ramai rakan selebriti yang hadir ketika hari terakhir pemakaman arwah.

Boleh dikatakan hampir 50% golongan selebriti yang hadir. Namun kemungkinan ada yang menjanggalkan apabila melihat gambar dibawah ini.

Sempat senyum-senyum apabila berada mengambil gambar bersama-sama di hari sedih, bab macam ini tidak menjaga sensitiviti ke?

Gambar yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha dengan rakan selebiritinya Emelda Rosmila dan Emylia.

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia di bulan Ramadan

Sabtu, 5 Julai 2014

Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi, Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan. -mStar

Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan mendapat keberkatan meninggal dunia pada bulan suci Ramadan yang mulia ini. Amin.

Shiha Mentor 5 Akui Album Tidak Laku

Khamis, 29 Ogos 2013

Biasalah kalau benda tak laku lebih-lebih lagi usaha kita untuk dijualkan, mana taknya mestilah sedih dan berkecil hati kan. Dan jika bersangkutan dengan selebriti yang baru lahir, phasa seperti ini perlu dijalani dan menerima hakikat yang ada.

Inilah yang terjadi kepada Nur Shiha naib juara Mentor 5 yang memetik portal GUA dimana dia mengalamai nasib tidak baik yakni hasil jualan album single pertamanya tidak mendapat sambutan mengalakkan.

Bahkan dirinya mengakui rasa kecewa dan menangis apabila mendapat tahu hal seperti ini terjadi pada dirinya.

Kak Pah Daftar Pemilih, Mengundi Pertama Kali

Khamis, 28 Jun 2012

Terkejut juga mendapat tahu yang penyanyi Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah semalam dikhabarkan melalui TV3 dan juga Utusan dengan pertama kali telah pergi mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya yang dijadualkan pada tahun ini. Kak Pah tidak keseorangan, dia ditemani oleh 50 orang peminat yang sama-sama mengikut jejak langkahnya.

Bukan ini menjadi isu hangat disini tapi Kak Pah sudah menjangkau usia 60 tahun tidak pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Mungkin ramai yang merasakan tindakan Kak Pah sudah terlewat, namun ianya adalah kesedaran yang patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. Tanggungjawab yang dipikul dengan hanya satu undi, bakal menentukan hala tuju nasib negara. Syabas Kak Pah!

sisipan Utusan Online

Sharifah Aini dijangkiti kuman pada paru-paru

Rabu, 23 Mei 2012

Ini berita begitu duka sekali, dikhabarkan Datuk Sharifah Aini kini sedang ditahan di hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya. Ini disahkan sendiri melalui laman fan page Facebook Sharifah Aini menerusi kawan karib beliau yang dibenarkan untuk mengakses laman berkenaan. Punca penyakit itu datang tidak dipastikan lagi, kita doakan agar Kak Pah selamat dan sembuh seperti sedia kala. Amin.

ehsan forblogger.net

hanya 50 orang yang hadir ujibakat Kak Pah!

Selasa, 1 Februari 2011

Sesi uji bakat terakhir program realiti Mentor bersama Datuk Sharifah Aini baru-baru ini, agak lengang apabila hanya kira-kira 50 peserta sahaja yang datang mencuba nasib bersama kak Pah memandangan hampir 300-900 orang yang hadir untuk artis-artis yang lain. Diantara faktor dalam penganalisisan faktor-faktor yang terlibat adalah faktor populariti, risau berdepan dengannya, cuaca kurang baik dengan hujan sejak pagi adalah faktor utama kenapa orang tidak datang.

"Bagi saya bilangan peserta hadir tidak penting kerana saya lebih mementingkan kualiti vokal mereka. Saya tidak kisah walaupun tidak sampai 100 orang mencuba nasib, tetapi mereka benar-benar boleh menyanyi. Lebih baik begitu berbanding ramai yang datang namun tidak mempunyai kualiti yang saya cari," katanya. -Bharian

Kak Pah bertudung sebab sakit gigi

Khamis, 14 Oktober 2010

Datuk Sharifah Aini sudah bertudung? Barangkali, itulah sangkaan ramai setelah melihat kehadirannya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sempena majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang baru-baru ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji di hotel tersebut. Bila soalan ini diajukan kepada biduanita negara kesayangan ramai ini, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa sebagai Kak Pah hanya tersenyum.




"Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebabtak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailahtudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung,Kak Pah tak boleh nak jawab. Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab keranaterpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahujadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang.Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).
"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dahbetul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan keranasesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit," katanya. -Murai

Sesi bergambar bersama, Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini

Khamis, 19 Ogos 2010

Setelah enam tahun melalui konfrantasi, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza akhirnya dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas bersempena Aidilfitri. Sebenarnya usaha mengadakan sesi fotografi ini dimulakan oleh Editor majalah URTV, Huzz. Pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian juga turut mengusahakan sesi pertemuan kedua-dua bintang bersuara merdu itu.

"Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru," kata Siti.
"Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat. Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini. Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa. Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku," kata Sharifah Aini. -ManggaOnline

Doa Kak Pah untuk Siti Nurhaliza

Khamis, 10 Jun 2010

Luahan Peminat: Tadi pagi book store belek2 magazine, then terbelek URTV latest issue cover rossa.. then belek2 kt dalam tu, ada satu page artikel menarik pasal sharifah aini yang membuatkan aku terus nak beli dan tak sabar nk blk umah semata2 nak bukak thread nie.. Tajuk yg ekslusif tuh berbunyi: DOA SHARIFAH AINI UNTUK SITI NURHALIZA.. artikel dia lebih kurang macamnie, Sharifah Aini kagum dengan kejayaan artis-artis muda seperti Datuk Siti Nurhaliza yang sudah masuk 15 tahun dalam dunia hiburan..

Pastu ada jugak statement sharifah aini bila URTV suruh komen pasal siti nie, dia mendoakan agar Siti terus cemerlang and paling best ada gak quote nie..
"Kak Aini mendoakan Siti sentiasa dalam kesihatan yang baik dan akan mendapat anak dalam masa yang terdekat, insya ALLAH" ujarnya..
Kalau betul dorang dah berbaik2 memang syukur sangat. Dua diva dari dua generasi seharusnya saling sokong menyokong satu sama lain.. Tak nak berburuk sangka and harap ini semua bukan statement PROPAH...

Orang gaji Sharifah Aini paling bertuah?

Rabu, 26 Mei 2010

Memang tak disangka, prihatin sungguh Kak Pah kita ni, sampai orang gaji dalam rumahnya disponsor menunaikan umrah sebanyak 11 kali dan bercuti ke luar negara!!. Kak Pah dah anggap orang gaji berkenaan macam keluarganya sendiri. Jadi memang orang gaji berkenaan bertuah dan sungguh bahagia menjadi orang gaji Kak Pah. Kak Pah ni mungkin super kaya juga kot, tapi merahsiahkan kekayaannya daripada pihak umum. Kalau ada jawatan kosong orang gaji Kak Pah pas ni, jangan lepaskan peluang ya. Hang kebun pun Hang kebun lah.. :P

Sharifah Aini derma RM25,000!

Ahad, 9 Mei 2010

Pada Rabu yang lalu (5/5), Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini (Kak Pah), 56, mengotakan janjinya apabila menyerahkan sumbangan wang RM25,000 kepada Yayasan Al-Ijabah yang menguruskan Rumah Ijabah Anak Yatim dan Al-Hafiz, Subang Jaya, Selangor. Wang sumbangan itu hasil daripada jualan mejanya pada persembahan Up, Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, April lalu.

Majlis yang ringkas tetapi amat bermakna itu diadakan di Kompleks 3C, Subang Jaya yang menempatkan sekolah yayasan itu, Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin dan Maahad Sains Al-Quran Al Amin. Sumbangan itu diserahkan terus kepada pengasas dan pemegang amanah yayasan itu, Ustaz Mohamad Abdullah Al-Amin.
"Biarlah penyerahan sumbangan itu diuruskan secepat yang boleh agar tidak timbul sebarang spekulasi. Saya mesti tunaikan janji saya yang dibuat sebelum mengadakan persembahan dan semuanya demi membantu golongan anak yatim dan pihak yang sangat memerlukan termasuk mereka yang belajar tahfiz secara persendirian di sini." kata Sharifah Aini. -hMetro

Kak Pah di Banned Majalah Hai?

Selasa, 7 Julai 2009

Mungkin dari sudut pandang kasar, memang orang tak kan menyangka apa yang berlaku di Majalah Hai. Ya lah, orang baca Majalah ni, sekali imbas jerk tengok gambar(bagi penulis lah). Tapi dalam banyak-banyak gambar di Majalah berkenaan, ada seseorang yang mirip tubuh badannya macam Kak Pah di kaburkan dari pandangan sebenar. Motif sebenar tidak dapat diungkap dan atas sebab apa juga gambar seseorang ini dikaburkan. Kalau benar Kak Pah, memang ada lah orang yang mendengki dengan dia sebab tak mahu dia famous dan lain-lain. Hai artis2. Ngeh3.

Gambar Kak Pah ke nie?

Isnin, 22 Jun 2009

Kenal Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau nama glamorr nya Kak Pah yang menjangkau usia 50-an. Mesti kenal punya lah. Penulis ada belek2 dalam Bharian kalau tidak silap sisipan kelmarin, tak sangka melihat bentuk badan Kak Pah yang ntah susah mahu digambarkan oleh penulis macam very scary oO. Nak kata patung tak juga, nak kata Kak Pah memang itu dia, manakan tidak, sisipan itu menceritakkan mengenai kediaman rasminya. Korang tengoklah gambar ni dulu.