Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Elfira Loy enggan buka tudung lalu ini terjadi pada dirinya..

Ahad, 7 Ogos 2016

Elfira Loy bukan lah wanita Muslim yang senang untuk mengubah pendirian, lebih-lebih lagi dalam bab tudung. Walaupun kontrak kerjanya difahamkan ditamatkan serta merta selepas bertudung, Elfira tegas tidak mahu membuka tudungnya kerana kontrak duniawi itu.
“Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran. Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi”

“Ada pihak yang menerikma keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk. Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,” katanya kepada BH Plus.

Ini lah sebab mengapa Wan Nor Azlin kembali bertudung...

Ahad, 20 Mac 2016

Wan Nor Azlin pernah bertudung dahulu tetapi tampil dengan imej lebih seksi selepas episod perceraian beliau, malah ada yang terkejut dengan perubahan mendadak beliau dan mengkritik pelakon wanita tersebut.

Mengakui beliau jahil satu ketika dahulu, kini Wan Nor Azlin sudah kembali bertudung penuh dan menginsafi setiap perbuatan beliau.

Bila Fazura bertudung (8 gambar)

Selasa, 29 Disember 2015

Penampilan julung-julung kali pelakon Nur Fazura Sharifuddin bertudung mendapat reaksi positif peminatnya di media sosial.

Fazura, 32, memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram mengenakan jubah biru dan bertudung sewaktu mempromosikan produk butiknya di Brunei kelmarin lapor Malay Mail.
“Masya Allah cantik kalau Fazura pakai hijab,” kata Irfahanny,

“Bolehkah awak terus memakai hijab? Awak kelihatan comel dan berseri-seri memakai hijab.” kata Anwarri

“Masya Allah lawanya Fazura bertudung, sejuk mata memandang.” kata Ryko Deh mencoret
Pemilik butik House of Doll mempromosikan hijab di ekspo tiga hari fesyen muslimah Festival Barakah yang berakhir hujung minggu lalu di Bandar Sri Begawan.

Festival itu turut menampilkan produk artis Malaysia lain seperti Mermaid Luxe oleh pelakon Liyana Jasmay dan Sharabangsar oleh Puteri Sarah Liyana.

Jue Aziz kini bertudung penuh (3 gambar)

Selasa, 11 Ogos 2015

Alhamdulillah, dikhabarkan Jue Aziz telah mengenakan bertudung/hijab penuh. Jue Aziz telah mula mengambil keputusan untuk bertudung/hijab penuh pada Rabu minggu lalu dimana ada kaitan dengan pemergian ayahandanya pada 31 Julai lalu memetik sisipan Kosmo!.

Kita doakan agar Jue istiqamah dan bersemangat di dalam perubahan terbarunya ini.

Melly Goeslaw terkini.. berhijab.. (14 gambar)

Khamis, 6 Ogos 2015

Penampilan Abby Abadi terkini.. Mengejutkan.. (6 gambar)

Ahad, 28 Jun 2015


Subhanallah!!.. 6 Gambar Terkini Abby Abadi Yang Pasti Mengejutkan Ramai Orang...

Manis! Bila Adeline Tsen bertudung (18 gambar)

Khamis, 25 Jun 2015

Pelakon, Adeline Tsen buat kali pertama diberi watak perempuan Melayu Muslim buat pertama kalinya. Malah, menerusi watak Tuti bagi telefilem muzikal untuk siaran TV1 bersempena Aidilfitri nanti, berjudul 'Imam Kacak Pakwe Kami' terbitan KRU Production itu, Adeline perlu memakai tudung dan purdah.

Amy Mastura kini dah bertudung (2 gambar)

Jumaat, 5 Jun 2015

Selepas Erra Fazira, Amy Mastura turut terbuka hati untuk bertudung mulai semalam. Hal itu diketahui menerusi Instagram jurusoleknya, Alha Alfa.

Amber Chia bertudung.. manis.. (6 gambar)

Khamis, 4 Jun 2015


Amber Chia muncul di Festival Hijab Antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini. Penampilannya bertudung sehinggakan dia merasa teruja dengan hari berkenaan. Malah ramai yang memberikan reaksi dan komen positif mengenai itu.

Fesyen hijab pelik Melly Goeslaw (2 gambar)

Selasa, 19 Mei 2015

Hanez Suraya tunai ibadah Umrah (32 gambar)

Isnin, 27 April 2015

Alhamdulillah, Hanez Suraya telah mengerjakan ibadah Umrah dua minggu lalu sehingga semalam (26/4). Namun kepermergiannya tidak ditemani oleh suaminya, Romie dan juga anak tirinya kemungkinan Hanez pergi dengan ahli keluarganya. Cantikkan bila Hanez Suraya bertudung.. -Instagram HanezSuraya

Farawahida kini bertudung (9 gambar)

Jumaat, 10 April 2015


Alhamdulillah penampilan terkini Farawahida dah berubah, dia kini dah bertudung dan bertambah manis lagi apabila enggan mendedahkan kenapa dia berbuat demikian, cukuplah sekadar dia dan Allah sahaja yang mengetahui.

Alhamdulillah, Elfira Loy kini bertudung sebab.. (6 gambar)

Isnin, 9 Mac 2015

Dengar khabar yang pelakon, Elfira Loy kini telah tampil berhijab. Ini adalah atas niatnya bersempena dengan ulang tahunnya ke-21 semalam, 8 Mac.

Hanis Zalikha kini bertudung? (3 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015

Dengar cerita yang pelakon Hanis Zalikha yang juga kekasih kepada Hairul Azreen kini sudah bertudung. Beberapa keping gambar dia bertudung kini tersebar di laman sosial Instagram milik kekasihnya itu baru-baru ini. Kalau benar, Alhamdulillah. Mungkin ini nasihat Hairul yang terbaik untuk bakal isterinya itu.

Imej terbaharu Lufya terkini (gambar dan video)

Khamis, 26 Februari 2015

Imej Terbaru Lufya Bertudung
Dengarnya Lufya Omar kini sudah bertampil tudung/hijab dan ianya menjadi niat buat Lufya yang mahu berhijab sejak dahulu lagi dan bukannya gosip yang kononnya dia mempunyai hubungan dengan seorang kerabat diraja.

Bahkan Lufya juga bimbang jika periuk nasinya sebagai anak seni akan menyusut namun dia bakal hadapinya ini dengan kesabaran kerana kebenaran.

Gambar siapa ni? isteri dia cantik sangat (20 gambar)

Isnin, 16 Februari 2015

Gambar Adiela Safiyanni, Isteri Pemandu Lori
Kisah seorang wanita cantik bersama seorang lelaki biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu lori telah tersebar luas dan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Wanita ini merupakan seorang model beberapa jenis tudung. Apa pun, mari kita saksikan beberapa gambar isteri pemandu lori, Adiela Syafiyanni yang dipaparkan di bawah ini buat tatapan anda.

Apa yang tak kena dengan gambar Hisyam Hamid, isteri ni?

Jumaat, 13 Februari 2015

Jika selalu kita melihat ramai selebriti di kalangan golongan wanita bertudung, namun kali ini isteri kepada pelakon Hisyam Hamid yang juga pelakon drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah dikhabarkan telah berhijab.

Isteri beliau, Mel mengakui yang dia mengenakan hijab baru-baru ini dimana terjadi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

“Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah”

“Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya,” Mel petikan MediaHiburan

Maria Farida bertudung, sangat cantik! (5 gambar)

Jumaat, 30 Januari 2015


Alhamdulillah dengar khabar, pelakon seksi, Maria Farida kini dah bertudung. Namun tidak dipastikan ianya kekal atau sebaliknya iaitu lebih kepada kerjaya. Kita harapkan yang terbaik buat pelakon cantik ini untuk terus menjadi cantik bila bertudung. :)

Shera Aiyob bertudung/berhijab (6 gambar)

Isnin, 8 Disember 2014

Shera Aiyob dikatakan kini sudah berhijab aka bertudung. Ini dibuat oleh Shera untuk sebuah drama bersiri Dalam IradatMu di TV AlHijrah. Tidak dipastikan ianya kekal atau sementara.

Isteri kepada Zahiril ini telah membuat satu tindakan tepat dimana foto-foto lamanya yang tidak menutupi aurat kini telah dibuang di dalam laman sosial miliknya.

Semoga kita doakan yang ianya menjadi satu kekal buat diri Shera.

Rosma isteri Khai kini bertudung (15 gambar)

Isnin, 1 Disember 2014

Awal bulan lalu, isteri Khai AF, Rosma telah memakai tudung, dan kelihatan ianya bukanlah untuk sebarang model atau mempragakan barangan tudung, namun sepertinya kekal.

Bahkan pemakaiannya ini juga mungkin satu penghijrahan yang baik yang harus ditiru oleh mana-mana pihak.

Mereka berdua kini sibuk dengan perniagaan pelangsingan badan yang boleh ditempah melalui laman sosial Instagram milik mereka, @khai_rosma.