Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tarikh pernikahan semula Raja Azmi, Eddie

Isnin, 15 Februari 2016

Raja Azmi, 57, berasa berdebar menantikan tarikh pernikahan semulanya dengan bekas suami, Mohd Eddie Ghazali yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Bagaimanapun kata Raja Azmi, majlis pernikahan tersebut akan berlangsung secara sederhana kerana hanya ingin menumpukan pada yang wajib sahaja iaitu akad nikah.
"Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan.

"Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

"Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula," tuturnya memetik mStar.

Inilah sebab mengapa Raja Azmi, Eddie bakal rujuk semula..

Rabu, 20 Januari 2016

Alhamdulillah, setelah bercerai setahun lebih (11 Nov 2014) akhirnya pasangan Raja Azmi dan Eddie bakal merujuk semula dengan dijadualkan pada 26 Februari bulan hadapan.

Punca dan sebab sebenar diakui sendiri oleh Raja Azmi yang banyak merenung kembali dan berdoa kepada Allah dalam mengerakkan hatinya semula.

Raja Azmi dedah siapa cinta baharunya....

Khamis, 4 Disember 2014

Selepas bercerai dengan Eddie beberapa minggu yang lalu, kini Raja Azmi (kak Mi) akui yang hidupnya sudah dapat penganti Eddie. Cinta baharunya ini mungkin ramai yang tidak menyangka namun pilihan kak Mi adalah tepat dan terbaik.

Cinta baharunya adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.

"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.

"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.

"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini," -Kak Mi petikan portal Murai

Raja Azmi, Eddie jadi kawan baik (8 gambar mesra)

Rabu, 12 November 2014

Semalam sah la jatuh talak satu ke atas pengarah Raja Azmi dan bekas suaminya, Eddie Ghazali yang berlangsung di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Punca sebenar perceraian mereka adalah kegagalana komunikasi rumahtangga. Tidak tahu pula secara terperinci, namun itulah tajuk utama perceraian mereka.

Namun walaupun disaat-saat perceraian mereka semalam, paling manis, mereka berdua masih lagi boleh bersenyum dan duduk bersembang seperti kawan biasa. -gambar Murai

Akhirnya Raja Azmi failkan perceraian sebab..

Selasa, 11 November 2014

Akhirnya setelah berteka teki Raja Azmi yang tidak bersebumbung dengan suami, Mohd Eddie, semalam Raja Azmi telah memfailkan permohonan cerai.

Menurut peguam Raja Azmi memetik portal mStar semalam, Raja Azmi membuat permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Dan hari ini (selasa) sebutan pertama kes perceraian ini. Belum diketahui lagi apa sebab mereka mahu bercerai.

Mereka bernikah pada 13 Oktober 2013 yang lalu.

Raja Azmi bakal bercerai? sudah tawar hati katanya..

Selasa, 14 Oktober 2014

Dengarnya rumahtangga pengarah, Raja Azmi (Kak Mi) dengan suaminya Mohd Eddie kini goyang. Walaupun nak sambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 14 Oktober ini, tapi sepertinya tidak akan berlaku.

Ini disebabkan akui Raja Azmi menerusi ruang Utusan semalam menyatakan yang dia sudah tawar hati untuk teruskan bahtera perkahwinannya ini.

Selain itu mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi sejak 16 September yang lalu.

Hati Raja Azmi sudah tawar dengan suaminya!

Rabu, 17 September 2014

Dengarnya rumahtangga Raja Azmi dan suaminya, Eddie dalam keadaan goyah. Mereka dikatakan berselisih faham antara satu sama lain. Namun biasalah, rumahtangga mana yang tidak dipukul ombak, pergaduhan kecil/besar tetap akan berlaku.

Sumber yang boleh dipercayai itu telah menyampaikan maklumat berkenaan namun tidak dipastikan di tahap mana kegoyahannya itu. Namun Raja Azmi yang ditemui menafikan hal itu, dan menegaskan yang dia dengan suami baik-baik sahaja.

Raja Azmi ingin meninggal dunia seperti Kak Pah (9 Gambar)

Khamis, 10 Julai 2014

Setiap orang Muslim pasti cita-citanya ingin mati dalam keadaan baik yang diterima oleh Allh. Banyak cara bagaimana mati dengan keadaan baik, terutamanya di bulan Ramadan iaitu yang telah ditakdirkan ke atas Allahyaharmah Datuk Sharifah Aini (Kak Pah) akhir minggu lalu.

Raja Azmi juga menginginkan kematian seperti arwah Kak Pah. Tindakan awal Raja Azmi adalah dengan membuang lebih daripada 300 gambar tidak bertudung yang ada di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Raja Azmi akui niat betudung kerana perniagaan tudung!

Khamis, 19 Jun 2014

Agak terkejut mendengar kenyataan Raja Azmi baru-baru ini yang memetik laporan mStar dimana dia mengakui sebab lain dia bertudung adalah kerana mengembangkan lagi cabang perniagaan tudung yang diterokainya sekarang, tudung Raja Azmi For Variente Hijab.

"Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu.

"Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring,"
Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.

8 gambar Raja Azmi bertudung - buka butik

Khamis, 5 Jun 2014

Beberapa hari lalu, Raja Azmi telah mengisthiarkan yang dirinya kini bertudung, dan dengan itu sekaligus muncul dengan koleksi hijabnya iaitu Fil Hijab - Raja Azmi For Variante.

Variante merupakan sebuah butik terkenal dimana pernah menaja baju pengantin Raja Azmi.

Kenyataan makan diri, Raja Azmi kini bertudung

Isnin, 2 Jun 2014

Dulu, Raja Azmi ada membuat membuat kenyataan yang bertudung tu tak wajib sangat, bila ada majlis-majlisa agama je. Sekarang, Alhamdulillah, dia sudah memakai tudung sepenuhnya.

Selain itu, ada juga dia berkata di rancangan TV9 dengan mengatakan wanita tidak bertudung akan masuk Neraka. Tetapi kenyataan dia sendiri itu akhirnya memakan diri, dia pula yang insaf.
“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,”

“Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan,”

“Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala,” kata Raja Azmi yang ditemui ketika temubual di h live! saluran Astro Awani. -petikan mStar

Bila Raja Azmi berkomen mengenai tudung

Selasa, 15 April 2014

Siapa ada tengok rancangan Galaksi pada hari Jumaat yang lalu, pastinya ada melihat ucapan Raja Azmi apabila seorang wartawan menanyakan tentang pemakaian tudung setelah dia balik dari umrah.

Kenyataan Raja Azmi ni agak pelik sedikit, katanya dia pakai tudung untuk majlis-majlis tertentu, kalau hari-hari biasa itu tidak penting.

Nak tahu lagi? nah lihat kat video bawah ni.. -Video Forum Cari


Raja Azmi Pernah Mencuri barang kemas nenek!

Sabtu, 1 Mac 2014

Mememtik portal mStar, Raja Azmi dikatakan pernah bersikap nakal pada usia 19 tahunnya. Dia dikatakan mencuri dan menjual barang kemas kepunyaan neneknya.

Ini adalah salah satu kisah buruk yang terlintas di fikiran Raja Azmi ketika memijakkan kaki ke Makkah untuk menunaikan umrah sejak 11 Februari yang lalu sehingga 23 Februari ditemani oleh rakan-rakanya.

Raja Azmi Akui Tanggung Pembelanjaan Rumahtangga!

Khamis, 30 Januari 2014

Pengarah tersohor, Raja Azmi mempertahankan tolkhaman yang dilempar oleh sesetengah pihak dimana dia menanggung pembelajaan rumahtangganya yang dibina sejak Oktober 2013 lalu dengan suaminya Mohd Eddie melalui laman portal mStar semalam.

Bagi Raja Azmi, tidak ada salahnya untuk berbuat demikian,
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

"Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi,"

"Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami.

"Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia," katanya.

Gambar Pernikahan Raja Azmi, Eddie

Isnin, 14 Oktober 2013

Tahniah kepada Raja Azmi Raja Sulaiman sebab sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali iaitu gitaris kumpulan CRK dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di pada malam Ahad, jam 9.30 malam.

Gaun Pengantin Raja Azmi RM30,000!

Rabu, 25 September 2013

Menurut portal Murai, pengarah filem, Raja Azmi sudah membuat persiapan perkahwinannya ke-2 dengan tunangnya, Eddie Ghazali tidak lama lagi yakni pada 13 Okotber di Istana Budaya. Persiapan itu merangkumi pelbagai aspek daripada hataran sehinggalah kepada pelamin.

Menurut sumber yang dipercayai, gaun baju pengantin Raja Azmi adalah gaun yang cukup istimewa sehingga memukau mata memandang. Walaupun tidak diketahui secara terperinci, namun dapat dibongkarkan sedikit yang gaun berkenaan ada ciri-ciri kesukaan Raja Azmi sendiri, iaitu Rose Gold dan bakal dipenuhi labuci, manik-manik serta batu swarovski.

Gaun itu direka khas oleh Leslie Varayan dengan nilai lingkungan RM30,000.!

Kanak-kanak Hisap Rokok?

Khamis, 12 September 2013

Wah apa Raja Azmi buat dengan cucu dia tu. Lawak juga jadinya budak tu kan. Tak tahu la batang rokok ker atau manisan.

Kalau lihat memang seperti batang rokok betul.
 

Gambar Sekitar Pertunangan Raja Azmi, Eddie

Selasa, 16 Julai 2013

Tahniah kepada pengarah Raja Azmi, 54 yang selamat menjadi tunangan orang yang menjadi pilihannya sendiri, Mohd Eddie Ghazali, 45 yang juga seorang pemain gitar.

Mereka melakukan majlis sederhana itu di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang semalam. Dimana Raja Azmi diwakili anak sulungnya, Puteri Suraya dan Eddie oleh anak sulungnya juga, Daniel.

Pihak lelaki menyerahkan 3 dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung, pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut. -mStar | gambar GUA

Raja Azmi, Eddie: Tunang Julai, Kahwin September

Isnin, 24 Jun 2013

Pengarah filem, Raja Azmi dan kekasih hatinya, Eddie yang beberapa bulan lalu tengah hangat bercinta kini dalam proses untuk bertunang sekaligus untuk berkahwin. Berita ini dikongsikan bersama oleh Raja Azmi memandangkan mereka berdua mempunyai keserasian yang begitu cocok di usia-usia mereka.

Majlis pertunangan akan berlangsung pada bulan Ramadan yakni pada 15 Julai 2013 dan manakala tarikh perkahwinan belum ditentukan kemungkinan pada bulan September 2013.
"Walaupun sudah tua, kami tetap nak buat majlis pertunangan. Apa-apa pun kena ikut adat, adat juga tak mengenal usia. Lagipun saya masih mempunyai ibu dan wali.

"Majlis pada 15 Julai nanti akan berlangsung secara sederhana selepas kedua-dua buah keluarga bertemu dan berbuka puasa bersama-sama di rumah saya." -Raja Azmi. Kosmo!

Gambar Kekasih Baru Raja Azmi

Khamis, 20 Jun 2013

Ha ni lagi satu kisah kekasih baru, dimana pengarah Raja Azmi, 54 tahun yang juga janda 3 anak dan 2 cucu kini bercinta dengan pemuzik merangkap pemain bass kumpulan CRK, Hafiz @Eddie yang berumur 45 tahun yang juga duda anak 2.

Dengan beza 9 tahun, bagi mereka ianya bukan halangan malah dikatakan kalau sudah cinta, maka tak pandang apa-apa. -gambar Murai