Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nora Ariffin menangis selama 5 bulan!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Jangan disangka Nora Ariffin tidak mempunyai perasaan, 5 bulan dia menangis diatas kepemergian Arwah suaminya, Johan Nawawi. Kini Nora mengakui sudah boleh menerima takdir berkenaan.

Nora juga sudah mula sedar bahawa kehidupan perlu diteruskan seperti biasa demi keluarga dan anak-anaknya.
"Lima bulan yang saya lalui memang satu tempoh masa yang sangat sukar kerana setiap hari teringatkan dia (Johan) sehingga ada rakan-rakan yang menegur mata saya sering bengkak kerana menangis.

"Sehingga ada satu masa saya kumpul semua baju-baju persembahan saya untuk diberikan pada orang kerana ia mengingatkan saya kepada arwah.

"Tapi sekarang saya mula sedar dan berfikir jika terus menangis ia tidak akan boleh mengembalikan orang yang sudah meninggal dunia," ujarnya kepada mStar Online.

Osman Zailani meninggal dunia..

Rabu, 5 Julai 2017

Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun di Hospital Khoo Teck Puat (KPTH), Singapura, 9.30 malam semalam.

Osman atau nama sebenarnya Mohammad Kechut dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum Aidilfitri.

Berita pemergian Allahyarham disampaikan cucunya yang juga penyanyi, Hady Mirza menerusi Facebook kira-kira 11 malam semalam.

"Salam semua. My atok sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 pm tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani)," tulisnya di Facebook.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang dari KTPH ke rumahnya di Yishun, Singapura dan akan kebumikan hari ini. -HarianMetro

Pesanan terakhir Jupe kepada kaum wanita...

Ahad, 11 Jun 2017

Semalam Julia Perez atau Jupe telah kembali ke Rahmatuallah. Sebelum ini Allayarhamah menghidap penyakit kanser serviks tahap empat ada membuat satu pesanan kepada kaum wanita mengenai bahayanya kanser ini ini, dia berpesan agar selalu menjaga kebersihan bagian peribadi masing masing.

“Penularan juga bisa dari cara buang air kecil yang sembarangan”kata jupe yang kini dalam keadaan membimbangkan.

Selain menyerankan agar wanita menjaga kebersihan bagian peribadi, jupe juga mengecam tindakan lelaki atau pun suami yang kerap melakukan hubungan dengan wanita lain sebelum balik kerumah.
“Itulah sebenarnya yang membawa penyakit itu datang menghancurkan hidup saya”,

“Virus ini berasal dari suami,jadi saya sarankan kepada suami jangan jajan di luar,kasihan kami para isteri”

“Banyak paktor yang menyebabkan penyakit ini menular,mulai dari bercium,berpeluk atau pun bertukar pakaian dalaman juga memiliki peranan penting,tolong jauhi hal hal semacam ini" kata jupe.

Punca meninggal dunia anak angkat ke-2 Azharina (video)

Rabu, 29 Mac 2017


Anak angkat kedua penyanyi Azharina Azhar iaitu Rizqie Azharin Azhar yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada Selasa.

Adik Rizqie Azharin yang berusia hampir sebulan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.



Kanak-kanak itu dimasukkan di hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong dekat sini selepas solat Asar pada Selasa.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

Dato Seri Vida meratap hiba pemergian suami Nora?

Ahad, 26 Mac 2017


Dato Seri Vida semalam muatnaik video dimana dia telah komen mengenai kematian komposer hebat Johan Nawawi. Persoalannya perlu ke muat naik video seperti ini? Meratap hiba, tapi tak pergi ziarah Nora depan-depan ke?

Anak dedah sebab perginya Jins Shamsuddin

Khamis, 2 Mac 2017

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Seniman Negara iaitu Tan Sri Dr Jins Shamsuddin. Mengikut portal mStarOnline. anak Allahyarham Putera Hang Jebat berkata, pada mulanya Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang.

Katanya, ayahnya itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan iaitu Klinik Idzham di Taman Melawati oleh ibunya iaitu Puan Sri Halijah Abdullah dengan bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, apabila tiba di klinik berkenaan, keadaan Allahyarham menjadi lemah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terkahir.

Ujar Jebat lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka malam ini (Rabu) untuk urusan seterusnya. Jenazah dijadual akan dikebumikan di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

PANAS! Lan Pet Pet 'meninggal dunia'

Jumaat, 20 Januari 2017



Kasihan Lan Pet Pet, apabila dikhabarkan oleh sebuah laman sosial media yang memberitahu dia sudah meninggal dunia. Berita yang tersebar luas itu menjadi viral di Whatsapp mahupun Facebook. Lan bagaimanapun agak tenang tetapi meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu berhenti menyebarkan berita palsu kerana ia membuatkan ibunya risau.

Pelakon vateran, Zakaria Yusof meninggal dunia

Isnin, 12 Disember 2016

Zakaria Yusof meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool ketika dihubungi berkata, Allahyarham Zakaria, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.

Kata Zack, anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan Zakaria mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.

Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak. -mStarOnline

Johan, Ozlyn dikecam hadiri pengebumian nenek

Selasa, 29 November 2016

Johan dan isterinya, Ozlyn telah pergi ke acara pengebumian nenek Johan yang telah meninggal dunia. Nenek Johan yang masih berbangsa Cina telah meninggal lusa lalu.

Pun begitu, Johan dan Ozlyn menerima kecaman daripada pengikutnya, dimana mereka tidak sewajarnya menghadiri acara itu kerana menyimpang jauh dari ajaran Islam.

Dari segi pakaian juga mereka turut dikecam. Namun Johan membalas tohmahan pengikutnya itu dengan komen yang cukup pedas.

Punca isteri Datuk Jalaluddin Hassan meninggal dunia

Ahad, 6 November 2016

Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu, samalam.

Jalaluddinberkata, Hashimah, 64, menghembuskan nafas terakhirnya selepas berlaku komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.

"Pembedahan itu dilakukan bagi membuka saluran jantung tersumbat dan Alhamdulillah ia berjalan lancar sebelum berlaku komplikasi.

"Isteri juga menghidapi penyakit kencing manis selain masalah paru-paru dan doktor mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi," katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.

Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.

Anak meninggal dalam kandungan, ini komen Nadiya Nisaa

Isnin, 17 Oktober 2016

Nadiya Nisaa akui beliau sehingga kini masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan dan agak sukar bagi beliau untuk menceritakan lebih lanjut musibah anaknya yang meninggal dalam kandungan.
Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.

Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar. Mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak. Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang.
Walaubagaimanapun, Nadiya memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir . Buat Nadiya, apa yang berlaku mengajar beliau untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat.
Tidak ada apa yang perlu saya ratapi kerana semuanya sudah suratan. Saya terima ujian ini dengan tabah dan perlu menjalani kehidupan seperti biasa.

Saya tahu kes begini pernah berlaku dan sokongan orang-orang di sekeliling terutama keluarga menguatkan lagi semangat saya."katanya memetik Bharian

Anak dikandung Nadiya Nisaa meninggal dunia..

Selasa, 2 Ogos 2016

Dapat berita duka dimana kandungan pelakon Nadiya Nisaa yang juga anak ke-2 nya menimpa musibah. Anak yang dikandungnya itu meninggal dunia ketika membuat pemeriksaan di hospital Putra Medical Centre.

Aziz Singah meninggal dunia.. -al Fatihah

Sabtu, 2 Julai 2016

Jalaluddin Hassan meninggal dunia?

Khamis, 30 Jun 2016

Jalaluddin Hassan yang pernah dikhabar-anginkan meninggal dunia pada bulan Oktober tahun lalu kini mendapat perkhabaran berita yang sama buat kali ke-2 oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat. Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini.

Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya,” katanya kepada portal Astro Awani berhubung perkara yang berlaku itu.

Prof Izzi Haji Ali telah meninggal dunia..

Jumaat, 24 Jun 2016

Linda Helmi meninggal dunia - al Fatihah

Rabu, 22 Jun 2016

Pelakon drama era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.

Allahyarham atau nama sebenarnya Norlida Ahmad, dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi.

Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM. Melengkapkan lagi portfolio, anak kelahiran Kuala Kangsar itu juga pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan hari ini. -BharianOnline

Tiara Jacquelina memperingati ulang tahun Arwah Hani Mohsin (4 gambar)

Selasa, 21 Jun 2016


Allahyarham Hani Mohsin, yang sudah 10 tahun beliau meninggal dunia dimana telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Julai 2006 yang lalu akibat serangan sakit jantung.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran arwah Hani Mohsin, bekas isterinya Puan Sri Tiara Jacquelina telah menulis sebuah ucapan yang cukup menyentuh hati ramai di akaun Instagramnya.

Meninggal dunia ketika mengiringi Awie menyanyi.

Selasa, 7 Jun 2016

Pemain gitar kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff, 55, meninggal dunia sebaik sahaja kumpulan itu selesai mengiringi persembahan Awie pada malam majlis penutup Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016 di Dataran Transformasi Usahawan di Kubang Menerong di sini malam tadi (4 Jun).

BH Online melaporkan, Izharuddin atau Ajal meninggal akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

Allahyarham dilaporkan tiba-tiba rebah diatas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama Awie.

Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin, 57, berkata beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.
"Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya.

"Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB)," katanya.
Kumpulan itu ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang dan terkenal dengan lagu "Pulau Pinang Kita" pda sekitar thaun 90-an.

Kawan rapat dedah kebaikan arwah Mr. Os

Rabu, 13 April 2016

“Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.

“Dia beritahu kalau kalau 20 orang naik teksinya dalam sehari, seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah.

“Jadi dalam sehari dia sedekah RM100,” kata penceramah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek menceritakan mengenai pelawak Allahyarham Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 55.
Mr Os kembali ke rahmatullah pada jam 2.45 petang Jumaat lalu di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru lapor Harian Metro.

Menurut Hafiah, dua minggu lalu, Mr Os pernah berbisik kepadanya menyatakan mahu mati syahid pada satu forum dakwah di Gerik, Perak.
“Ustaz, saya nak mati syahid, saya nak mati ketika berdakwah. Saya mahu bantu Zakat Perak sedaya upaya supaya lebih ramai bayar zakat," bisik pelawak itu kepada Hanafiah pada Jumaat, 25 Mac lalu.
Genap dua minggu selepas menyatakan hasratnya itu, Mr Os meninggal dunia dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata Taman Seri Gombak .

Berita palsu Awie meninggal dunia.. ini komen Awie.. (Video)

Isnin, 11 April 2016

Sekali lagi netizen kecoh gara-gara tersebarnya khabar angin kononnya penyanyi Awie terbabit dalam kemalangan. Vokalis kumpulan rock otai, Wings itu menyifatkan berita palsu itu sebagai fitnah yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Awie berkata, dia tidak terbabit dalam kemalangan dan berada dalam keadaan sihat.