Tahniah! Erin Malek sudah bertunang (17 Gambar)

Pada: Isnin, 23 Jun 2014
Tahniah kepada pelakon, Erin Malek yang kini menjadi tunang orang, Farriz Fauzy yang diadakan pada hari Sabtu lalu, dekat Duta Suria Residency Ampang.

Usia Erin yang kini mencecah 20 tahun bertunang dengan Farriz berusia 30 tahun. Menurut portal mStar, pihak lelaki menyerahkan 5 dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Erin pula membalas dengan 7 dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah. Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Oktober depan. Gambar instagram.com/mazazitv
"Kami berkenalan pada Januari lalu dan baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang meyakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya.

"Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda," -Erin

Tag : , , , , , , ,