Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tauke Jambu buat pengumuman penting yang mengejutkan..

Khamis, 21 September 2017

Dua tahun melayari alam pertunangan, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya memilih untuk menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya Nadia Mohd Affendi pada Disember depan.

Bagaimanapun, Tauke memilih agar pernikahan dijalankan dalam keadaan tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya.

"Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Ini alasan Remy Ishak kenapa tunda perkahwinannya!

Ahad, 20 Ogos 2017

Walaupun sudah 4 bulan bertunang dengan tunangnya, Ezza Yusof, Remy Ishak mengakui belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk berkahwin.

Alasan Remy, dia belum sempurna untuk menjadi seorang suami. Namun mendoakan agar dia dan tunangnya segera menjadi suami isteri yang sah.

"Setakat ini saya belum mempunyai tarikh untuk mendirikan rumah tangga, tetapi jika ada rezeki, pastinya saya akan berkongsi kepada umum. Memang saya dan tunang ada merancang, namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dulu.

"Jika diikutkan, semestinya saya ingin berkahwin secepat mungkin, tetapi kita tidak boleh terburu-buru kerana rasanya, diri saya belum sempurna untuk bergelar suami. Selain aspek kewangan, pelbagai aspek perlu dikukuhkan sebagai persiapan diri.

"Apa yang pasti, saya meminta kepada semua pihak mendoakan yang baik-baik saja buat saya dan tunang. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, saya pasti membuat kenyataan mengenai perkara itu," katanya kepada BH Online.

Majlis pertunangan Remy dan Ezza berlangsung di kediaman bakal isterinya di Pahang, 30 April lalu.

Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang?

Rabu, 9 Ogos 2017

Tunang Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson mengakui telah membuang gambar tunangnya itu di dalam laman sosial Instagram miliknya, tapi bagi Hans, dia menegaskan yang mereka masih lagi bersama.

Hans memetik portal Bharian agak terkejut kerana disangka putus tunang ekoran tindakan wanita itu memadam gambar mereka bersama di Instagram.

"Saya terkejut apabila menerima banyak panggilan 'missed call' dan WhatsApp daripada media yang bertanyakan mengenai perkara ini. Kami masih lagi bersama," katanya kepada BH Online.

Perkara itu turut membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah pertunangan Hans dan Gabby sudah terlerai.

Pada 28 Februari lalu, Hans mengumumkan pertunangannya dengan Gabby dan mereka merancang untuk berkahwin pada 29 Julai tahun ini. Bagaimanapun, pasangan itu menunda tarikh perkahwinan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Nina AF umum tarikh berkahwin dengan arkitek

Jumaat, 2 Jun 2017

Finalist Akademi Fantasia 2014, Nina Nadira atau Nina AF dan tunangnya, Ahmad Farhan bakal menamatkan zaman tunang mereka dengan memilih tarikh 29 Julai sebagai suami isteri yang sah.

Memetik BharianOnline, 30 Julai pula mereka akan mengadakan majlis resepsi yang di adakan di hotel yang sama ketika bernikah di Shah Alam.
"Sehingga kini, persiapan yang dilakukan juga berjalan dengan baik. Untungnya, kami tidak perlu menguruskan segala-galanya kerana kebetulan majlis diadakan di hotel," katanya
Manakala majlis bertandang pula akan diadakan di Alor Setar, Kedah, pada penghujung tahun ini. Nina dan bakal suami, yang juga seorang arkitek, melangsungkan pertunangan pada 25 Mac lalu.

Siti Saleha umum tarikh perkahwinan

Isnin, 8 Mei 2017

Setelah mengikat tali pertunangan sejak bulan November tahun lalu, Siti Saleha kini mengumumkan yang dia bakal bernikah pada 29 Julai ini dengan tunangnya, Lutfi.

Namun begitu, Siti Saleha tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya mahukan satu majlis yang ekslusif dengan kehadiran kenalan rapat serta ahli keluarga sahaja. Kata Siti Saleha:-

Saya tidak mahu majlis yang terlalu gah seperti perkahwinan selebriti lain. Abang saya, Sam Bunkface mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Saya pula berpendapat sebaliknya. Saya mahu tetamu hadir duduk dan menikmati makanan, sambil mendoakan kebahagiaan kami.

Siti Saleha umum tarikh perkahwinannya pada....

Sabtu, 1 April 2017

Berstatus tunangan orang sejak November 2016 yang lalu, semalam, Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan. Majlis tersebut akan diadakan selepas solat Asar di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan.
"Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh iaitu pda 28 Julai ini. Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya.

"Majlis pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis pada tarikh yang dekat supaya mudah saudara mara yang jauh untuk datang," ujarnya kepada mStar Online.

Ummi Nazeera gaduh manja dengan tunangnya, si Doktor..

Khamis, 30 Mac 2017

Lucu juga apabila pelakon Ummi Nazeera, 26, mendedahkan berlaku pertengkaran kecil dengan tunangnya, Dr. Izzar atau lebih dikenali dengan nama Mr. I gara-gara berselisih faham ketika memilih destinasi bulan madu mereka.

"Sejak akhir-akhir ini, kami sering pula bergaduh salah satunya berkenaan destinasi bulan madu. Tapi kami gaduh-gaduh manja saja dan tidak berpanjangan pun.

"Sebenarnya saya teringin mahu ke Istanbul, Turki. Dia pula mahu ke Switzerland.

"Saya tak mahu ke Switzerland kerana saya sudah ke sana dulu. Namun dia beri alasan mahu tunjukkan saya tempat yang sangat cantik dan menarik di sana nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Sekitar pertunangan Nina Nadira AF (12 gambar HD)

Isnin, 27 Mac 2017


Pertemuan ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu, akhirnya memutikkan cinta dan jodoh antara bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira dan Ahmad Farhan Rusman.

Nina dan Ahmad Farhan, seorang arkitek, bertunang di kediaman keluarga Nina, di Kuala Lumpur, semalam. Pasangan masing-masing berusia 25 tahun itu dijangka bernikah, akhir Julai depan.

Berita pertunangan itu turut dikongsi Nina di laman Instagram miliknya. Majlis itu dihadiri kira-kira 120 tetamu. -BharianOnline

Kad Kahwin Sharnaaz Ahmad cukup cantik dan mewah.. (gambar)

Khamis, 16 Mac 2017


Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang bakal berkahwin pada 31 Mac ini sudah pun mengagihkan kad undangan perkahwinan mereka. n

Menerusi akaun Instagram Nabila, dia telah memuat naik kad jemputan perkahwinannya yang tampak eksklusif serta mewah dengan bertatahkan batu Swarovski.

Siapa bakal isteri Hans Isaac ni? rupa-rupanya...

Rabu, 1 Mac 2017

Datuk Hans Isaac akhirnya mengumumkan akan berkahwin dengan Aileen Gabriella Robinson yang juga seorang bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 dan pernah berlakon untuk Oh My English.

Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan. Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,

"Masa itu saya kenal dia hanya sebagai peserta dan saya pernah buat dia menangis kerana memberikan komen-komen 'pedas'.

"Berdasarkan gambar yang dia ambil bersama seekor burung kakak tua, saya beritahu bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya," katanya kepada mStar Online.

Siti Saleha dan tunang akan berkahwin pada...

Jumaat, 13 Januari 2017


Pelakon Siti Saleha bakal menamat zaman bujang tidak lama lagi. Dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar, 31, selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, buat masa ini dia dan Lutfi masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

"Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini.

"Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan," ujarnya kepada mStar Online.

Sheila Abdull umum tarikh pernikahan selepas setahun bertunang...

Khamis, 8 Disember 2016

Selepas setahun bertunang, penyanyi, Sheila Abdull bakal menamatkan zaman bujang dengan anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir pada 18 Disember ini.

Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi di rumah keluarga Sheila di Taman Ihsan Jaya, Johor Bahru. Memetik BH Online, Sheila berkata, majlis resepsi diadakan pada tengah hari di sebuah dewan dengan dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu.

Mohd Ammar Mohd Habir berkata, mereka sudah mengedarkan kira-kira 700 kad undangan.

Siti Salehah selamat bertunang dengan Lutfi Azhar (7 gambar)

Ahad, 27 November 2016


Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, Siti Saleha selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri pada jam 11 pagi semalam. Lutfi, seorang pegawai kerajaan, hadir bersama rombongan keluarganya. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang yang dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.

Tunang Lufya, Dr Hafiz buat ini di hospital sebelum nak kahwin...

Isnin, 14 November 2016

Bakal suami Lufya, Muhammad Hafiz yang kini bertugas sebagai seorang doktor nampaknya telah mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi.

Hafiz dimaklumkan telah membuat latihan skrip ijab dan kabul untuk mengelakkan dirinya daripada gemuruh dan gementar ketika melafazkannya nanti.
"Sejujurnya saya rasa tak sabar untuk menjalani hidup sebagai seorang suami kepada wanita yang memang saya cintai. Tak dinafikan sedikit perasaan gementar menjelang hari pernikahan dan perkahwinan kami.

"Tapi saya yakin insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar tambah berkat doa ibu dan bapa kami. Setiap waktu solat saya akan cuba menghafal lafaz ijab kabul dan doa untuk isteri selepas di ijab kabulkan.

"Malah praktis di hospital tu ada juga. Kadang-kadang kena tegur dengan rakan sekerja yang lain," ujarnya sambil ketawa.
Tambah doktor yang bertugas di salah sebuah hospital itu lagi, dia turut bersyukur kerana bakal isteri dan kedua ibu bapanya banyak membantu segala proses persiapan majlis mereka.
"Walaupun jadual pekerjaan saya ketat namun saya tetap mencari masa yang sesuai untuk menemani bakal isteri saya dan memberikan sokongan padu tanpa henti kepadanya," ujarnya memetik MediaHiburan.

Perkahwinan semakin hampir, Amyra Rosli ini yang dilakukannya..

Rabu, 26 Oktober 2016

Amyra Rosli tidak mempunyai masa untuk urusan perkahwinannnya dengan aktor Amar Baharin pada 11 November depan kerana jadual penggambaran yang padat.

Amyra berkata, dia beruntung kerana ibunya Noor Zaridah Ahmad yang juga pengurus dia bersama perunding perkahwinan banyak membantu bagi melancarkan majlis itu nanti.
"Saya tidak tahu apa akan jadi jika ibu dan pihak perunding perkahwinan tiada kerana sekarang ini saya sibuk untuk menyiapkan kerja sebelum berkahwin.

"Alhamdulillah setakat ini semua persiapan berjalan lancar cuma tinggal beberapa perkara kecil sahaja lagi," katanya kepada mStar Online.

Indah Ruhaila rapat dengan Hael Azhael walaupun sudah bertunang...

Isnin, 24 Oktober 2016

Indah Ruhaila menepis gosip dia mempunyai hubungan istimewa dengan anggota kumpulan Azheal iaitu Heal selepas tersebar cerita keakraban mereka.

"Tunang saya pun tahu saya dan Heal kawan rapat," kata Indah. -mStar Online

Kad kahwin Amar Baharin, Amyra Rosli

Khamis, 20 Oktober 2016

Bakal bernikah pada 11 November ini, nampaknya kad jemputan perkahwinan Amar dan Amyra sudah mula diedarkan.

Difahamkah majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 12 November depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan tema Black Glam.

Pra-perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli (6 gambar)

Rabu, 12 Oktober 2016

Sekitar & ucapan istimewa Amar sempena harijadi Amyra (4 gambar)

Ahad, 28 Ogos 2016

Amar Baharin telah menyambut hari jadi tunangnya Amyra Rosli yang ke 25. Amar juga telah memuat naik ucapan yang cukup romantik buat Amyra.

Amar juga menghadiahkan Amyra sejambak bunga ros merah simbolik dengan cintanya kepada pelakon wanita tersebut.

Amyra Rosli pulangkan cincin tunang?

Isnin, 1 Ogos 2016

Menerusi sebuah program hiburan hujung minggu lalu, bekas tunang aktres Amyra Rosli, Dazrin Kamarudin menyatakan hubungannya dengan Amyra masih lagi baik. Seolah-olah mereka tidak putus tunang seperti yang didakwa Amyra sebelum ini.

Amyra seboleh-bolehnya enggan mengulas lanjut apa yang diperkatakan Dazrin di dalam program tersebut.

Amyra juga ditanya tentang isu dia memulangkan cincin pertunangan tanda berakhirnya ikatan yang terbina, juga enggan mengulas lanjut hal berkenaan.
"Biarlah apa yang berlaku semua ini terjawab dengan sendirinya. Saya tidak mahu timbul isu lain pula.

Dia kata lain, saya pula jawab lain. Lambat atau cepat, tunggu sahaja." -Amyra memetik portal MediaHiburan
Amyra Rosli pada 22 Julai lalu mengikat tali pertunangan dengan Amar Baharin.