Lana Nordin, Johan Putus Cinta, Nekad Berubah!

Pada: Khamis, 26 Disember 2013
Dikhabarkan yang hubungan cinta selama sebulan diantara Lana Nordin dengan Johan Asari telah putus ditengah jalan. Ini adalah akibat daripada tiada restu daripada keluarga Johan Asari memetik sumber pada hari Rabu.

Namun Lana nekad mahu mendalami agama walaupun putus dengan Johan, dan niatnya ini sebelum mengenali Johan lagi.
"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon).

"Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," -Lana Nordin. mStar

Tag : , , , , , ,