Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Elfira Loy bongkar rahsia kenapa dia tolak tawaran berlakon kini!

Isnin, 22 Mei 2017

Kebelakangan ini memang jarang kita melihat Elfira Loy berlakon di tv, bukan sibuk soal cintanya yang paling hot sebaliknya sering dilihat beliau terlibat dalam program keagamaan.

Menurut Elfira, sudah banyak tawaran berlakon ditolak kerana merasakan bidang pengacaraan lebih sesuai dengannya.

“Bukan tak nak berlakon atau sudah meninggalkan bidang lakonan, tapi banyak lagi kerja lain yang terpaksa saya buat kini. Saya pernah juga cuba berlakon, tapi saya rasa tak enjoy apabila berada di set penggambaran dan cepat penat. Jadi, saya ambil keputusan fokus pengacaraan buat masa ini”

“Bidang lakonan itu dibuat bila betul-betul ada masa bersesuaian. Biasanya saya beri talk dengan kementerian, badan kerajaan dan persendirian. Ia lebih terarah pada beri inspirasi kepada orang lain mengenai hala tuju perniagaan dan pengurusan masa,’ katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun tidak berlakon, namun Elfira memberitahu jadual hariannya sudah padat diisi dengan undangan ceramah mengenai peniagaan yang selalunya dibuat di luar Kuala Lumpur.

Comelnya telatah Lara Alana belajar solat

Jumaat, 7 April 2017

Kulit album Malique mata dajjal? ini jawapan Malique...

Selasa, 4 April 2017

Malique menjelaskan kulit album tiga mata album terbaharunya berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati.

Malique berkata, apa cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.
"Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

"Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

"Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya," ujarnya kepada mStar Online.

Lana Nordin umum kejutan buat anaknya

Sabtu, 11 Mac 2017

Dengar khabar yang Lana Nordin akan memastikan puteri sulungnya hasil perkahwinannya dengan David atau Mohd Daud McKienzie, Gia Quinn McKienzie, dihantar ke sekolah agama bagi mendapat didikan sewajarnya.

Lana mahu Gia, yang baru berusia setahun dua bulan, mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.

"Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama.

"Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam.

"Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa," katanya kepada BH Online.

Geng Masjid terjah rumah Saleem. Kenapa? Saksikan..

Isnin, 6 Mac 2017

Nak tahu kenapa? jom saksikan video berkenaan di bawah ini..

Video anak Ning Baizura yang mengemparkan!

Selasa, 17 Januari 2017

Ning Baizura menerima pelbagai pujian daripada pengikutnya kerana mendidik anaknya mendekati ilmu agama seawal usianya. Ning ada memuatnaik video anaknya, Ryan Sku Dalton yang lancar membaca surah al Fatihah diusia 3 tahun ketika solat.

Ning memberitahu Ryan sedang dalam proses pembelajaran dan mengakui mereka tidak sempurna tetapi sebagai ibu bapa mereka bangga dengan pencapaian anaknya itu.

Top 10 2016 selebriti berhijrah bertudung

Khamis, 22 Disember 2016


Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Memang cepat sangat masa berlalu.

Tahun demi tahun makin ramai selebriti wanita yang mula berhijab. Yang tak bestnya bila ada juga yang membuka tudung semula.

Jadi, kali ini ingin kongsikan senarai selebriti wanita Malaysia yang mula berhijab tahun 2016. Tahniah diucapkan!

1. Erin Malek

10 Selebriti Wanita Tampil Berhijab Tahun 2016

Imej terbaru Natasha Hudson berpurdah.. (6 gambar)

Selasa, 6 Disember 2016

Jawapan anak Zul Yahya kenapa Zul dah tak berlakon..

Ahad, 30 Oktober 2016

Kehidupan terkini Zul Yahaya yang mengejutkan.. (11 gambar)

Selasa, 25 Oktober 2016


gambar fadzphoto.com
"Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata Zul Yahaya "
Zul berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Fathia dedah sebab hubungan dengan Aiman Hakim kini pulih..

Isnin, 17 Oktober 2016

Selepas hampir setahun berpisah, Nur Fathia mengesahkan hubungannya dengan Aiman Hakim Ridza kembali pulih.

Pengakuannya itu bukan bererti mereka kembali sebagai pasangan kekasih sebaliknya memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang hubungan silaturahim sesama manusia itu diputuskan.
"Saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada kesudahanya kami saling bermasam muka sedang Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim dan bukan terus memanjangkan sengketa.

"Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa memulakan komunikasi rasanya tidak perlu saya kongsikan tetapi hubungan kami sekarang dalam keadaan baik," katanya kepada mStar Online.

Nadiya Nisaa dedah sebab dia bertudung..

Ahad, 9 Oktober 2016

Sekarang Nadiya Nisaa dah memakai tudung, namun ramai tidak mengetahui apa sebab dan bagaimana dia memulakan untuk bertudung.

Dan ini jalan cerita yang dikongsi Nadiya melalui sisipan portal MalaysiaKini.

Saiful Apek dekati dan mendalami ilmu agama

Khamis, 6 Oktober 2016

Dengar khabar yang pelawak terkenal, Saiful Apek kini sedang giat dalam usahanya mendalami ilmu agama. Aktiviti-aktiviti yang dilalkukan Saiful seperti banyak meluangkan masa di masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur.

Bahkan Saiful juga dijemput menjadi penceramah di masjid dan surau berkenaan.
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur.

“Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi. Alhamdulillah mungkin juga ada sebab mengapa saya dapat peluang tersebut”

“Sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama. Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.

“Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama,” katanya kepada mStar Online.

Kehidupan Johan As’ari terkini.. Alhamdulillah.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Tahun lalu, figura ini berkelana ke India demi mengikuti pengajian agama selama empat bulan.

Pemergian itu juga bagi memenuhi hasrat arwah ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang mahu dia terus mendalami ilmu agama.

Biarpun sudah lama pulang dari India, akui pemilik nama sebenar Johan Ariff As’ari, 29, dia masih lagi dalam proses mencari diri dan belajar apa itu erti kedewasaan.
“Saya sedar dahulu saya banyak kesilapan, saya tak matang, jadi selama saya mula memperlahankan karier dan menghilangkan diri, saya anggap ia sebagai proses kedewasaan.

“Kita kenal diri kita dan kita perlu perlu cari diri kita yang sebenar dan terus muhasabah diri untuk memperbaiki kekurangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Umum mengetahui sebelum berlakon, Johan pernah belajar di Pondok Pesantren As-Syuhada Kabupaten Muara Sebunga Kecamatan Tanah Sepenggal, Jambi selama setahun untuk mendalami al-Quran dan hadis.

Habis sahaja pengajian, dia mendapat tawaran belajar di Kolej Universiti Islam Melaka.

Johan berkata, biarpun dia merupakan bekas pelajar sekolah pondok dan pernah berkelana mencari ilmu agama, namun dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sarat dengan ilmu agama.

Tegas Johan, masih banyak perlu dipelajari, difahami dan apa yang penting, niat mencari ilmu itu tidak pernah padam.
“Sejujurnya, saya merasakan ilmu saya masih nipis, kefahaman saya masih kurang.

“Sebab itu saya masih mahu belajar. Mungkin kerana menjadi kebiasaan, jika saya kurang faham atau bermasalah, saya akan kembali kepada ALLAH SWT,” jelasnya.
Biarpun masih aktif di dalam dunia seni, Johan berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai hipokrit.
“Saya faham, ada orang yang sudah mendalami agama, mereka ada pegangan dan prinsip mereka yang tersendiri.

“Bagi saya hipokrit seseorang itu bila dia bawa watak baik di dalam skrip, tetapi di luar dia tidak sama dengan itu. Orang sebegini hipokrit dengan ALLAH SWT.

“Tapi untuk saya, saya mahu seimbangkan dunia dan akhirat. Saya tak sekat minda saya dan tidak mahu menerima ilmu yang lain.

“Bila di dunia, lakonan itu juga adalah ilmu. Sebab itulah saya terima watak antagonis kerana watak itu bukan fantasi dan sengaja diwujudkan.

“Secara realiti dalam kehidupan kita, memang ada orang baik dan tidak. Tapi bukan semua orang kurang baik, akan jadi tidak baik sepanjang hidupnya,” jelasnya kepada indahnyaislam.my.

Hans Isaac peluk Islam? ini jawapan Hans..

Khamis, 22 September 2016

Memetik portal AstroGempak, gosip mengatakan Datuk Hans Isaac telah masuk/memeluk agama Islam. Tambah sumber gosip berkenaa, Hans berbuat demikian di salah sebuah negeri dekat Pantai Timur pada awal tahun ini.

Namun menurut Hans, dia menafikan dakwaan portal ini dimana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

'selepas bekahwin, saya akan menutup aurat ' - Uqasha Senrose

Khamis, 1 September 2016

Setelah diasak pelbagai kritikan, kecaman dan komen negatif dari banyak pihak akibat tindakannya membuka tudung, Uqasha Senrose akhirnya tampil membuat kenyataan kepada media mengenai keputusannya membuka tudung.

Dan pastinya ini komen dia yang mengejutkan yang korang bakal baca. Tapi soal bertudung ni sepatutnya, Uqasha boleh rujuk dengan Ustazah atau pakar motivasi untuk membuat keputusan yang lebih baik, tak gitu?

Hairi Othman kini jadi tabligh.. Alhamdulillah

Rabu, 24 Ogos 2016

Bayan subuh hari ni disampaikan oleh Hairi Othman@ Leftenan Adnan.. Alhamdulillah beliau baru balik Dr 4bulan IPB (India,Pakistan,Bangladesh) bersama 3rakan Artis beliau,Tai Apa Celop,Hantu boceng.

Banyak Perubahan apabila dia blk Dr sna dan menceritakan pengalaman beliau Jd artis kmdn terlibat dgn Usha dakwah..

Sangat Ajib usaha dakwah,Siapa saja Allah boleh ubah walaupun pandangan zahir kita nampak seseorang itu mustahil boleh berubah tp dengan Dakwah xde yg mustahil sprti mna dzmn nabi Saw para shbt yg aslnya sgt jahiliah boleh Jd Sbaik2 umat dgn perantaraan dakwah.

Semoga Allah pilih kt semua jadi tentera2 pembantu agama Allah, Amin.

sumber: Facebook Hafiz Abdulwalid

Hidayah Awi Rafael dekati agama didedahkan..

Jumaat, 5 Ogos 2016

Awi Rafael pernah terlibat dengan kemalangan ngeri satu masa dulu yang hampir nak membunuh dirinya. Namun Allah telah memberikan umur panjang buat beliau untuk terus hidup.

Namun kini, Awi telah berubah, dan perubahan itu jelas kelihatan apabila dia kini dekat dengan agamaNya
“Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi.

“Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti. Jadi, Euphoria adalah medium terbaik untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Apabila pulih sepenuhnya, tiada yang lain mampu difikirkan selain mencurah ilham yang hadir ketika itu, semuanya bersifat kerohanian,” katanya kepada Utusan Online

Acapan nafi peluk Islam, cuma...

Selasa, 14 Jun 2016

Mengakui beliau sedang mendalami ilmu agama Islam, pelawak Acappan walaubagaimanapun menafikan khabar angin telah memeluk Islam.

Khabar angin tersebut mula bertiup kencang apabila tersebarnya gambar Acappan bersama rakan-rakan di sebuah surau.

Bercakap kepada mStar Online, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan menjelaskan gambar tersebut adalah semasa beliau memenuhi jemputan berbuka puasa semalam di sebuah surau di Salak Tinggi.
“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama,” katanya dipetik laporan mStar.
Acappan berkata beliau menyukai agama Islam namun meminta diberi masa dalam hal memeluk agama Islam.

Beliau juga meminta supaya jangan menyebarkan berita yang tidak betul dan meminta masyarakat supaya tidak mempercayai berita tanpa pengesahan.
“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu,” katanya lagi.

Alhamdulillah, Pelawak Acapan kini mualaf (4 gambar)

Isnin, 13 Jun 2016