Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lana Nordin, suami samseng jalan raya? (Gambar PANAS)

Jumaat, 17 Mac 2017

Lana Nordin umum kejutan buat anaknya

Sabtu, 11 Mac 2017

Dengar khabar yang Lana Nordin akan memastikan puteri sulungnya hasil perkahwinannya dengan David atau Mohd Daud McKienzie, Gia Quinn McKienzie, dihantar ke sekolah agama bagi mendapat didikan sewajarnya.

Lana mahu Gia, yang baru berusia setahun dua bulan, mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.

"Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama.

"Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam.

"Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa," katanya kepada BH Online.

Lana Nordin dikecam hina Lee Chong Wei (3 gambar)

Rabu, 24 Ogos 2016

Semenjak kekalahan atlet Malaysia dalam final Badminton di Sukan Olimpik minggu lepas, media tempatan seperti Berita Harian dan Kosmo mendapat kecaman netizen kerana tajuk akhbar mereka yang seakan-akan merendahkan pencapaian atlet Badminton negara.

Kali ini Lana Noordin pula menjadi bahan kecaman kerana mengubah nama Dato' Lee Chong Wei kepada Loser Chong Wei dalam satu tweetnya. Tetapi respon salah seorang netizen pada tweet Lana itu cukup menggelikan hati ramai pemerhati.

Lana Nordin akhirnya tayang wajah anak comelnya (5 gambar)

Isnin, 1 Ogos 2016

Selepas tujuh bulan 'menyembunyikan' wajah anak kesayangan, akhirnya aktres Lana Nodin berkongsi paras si comel, Gia Quinn Mckienzie secara rasmi menerusi laman Instagram.

Gia dilahirkan Januari lalu hasil perkongsian hidupnya dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie Mei tahun lalu.

Hari pertama Lana Nordin ikut suaminya.. (7 gambar)

Rabu, 20 April 2016


"Words cannot describe the connection you feel while feeding your child!!..alhamdulillah n tq Allah SWT,"

"First day in New Orleans and my hubby taking me to my new favourite mommy store," -luah Lana Nodin yang baru-baru ini mengikut suaminya ke New Orleans, Amerika Syarikat demi tugas.
Ikut info, Lana selamat melahirkan anak sulungnya, Gia Quinn Mckienzie pada bulan Januari tahun ini.

Dituduh hamil anak luar nikah, ini komen Lana Nordin..

Isnin, 14 Mac 2016


Berkongsi berita beliau sudah selamat bersalin puteri pertamanya bersama suami Daud McKienzie, Lana Nodin masih lagi menerima pelbagai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ada yang mempersoalkan status sebenar anak perempuannya itu, siapa kira bila tarikh nikah Lana sehinggalah tarikh bersalin. Pergh, sampai macam tu sekali mereka hendak siasat.

Nama anak Lana Nordin... WOW

Khamis, 10 Mac 2016

Akhirnya Lana Nordin mengakui selamat bersalin setelah dihubungi oleh stesen radio tempatan. Difahamkan Lana telah bersalin pada pertengahan bulan Januari yang lalu di Kuala Lumpur.

Suami Lana enggan Lana memberitahu hal ini atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

Dalam kenyataannya di dalam sebuah akhbar tempatan lain, Lana menyatakan bahawa dia sudah selamat bersalin bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie, dengan berat 4 kilogram.

Lana Nordin sudah bersalin?

Rabu, 9 Mac 2016

Dengar khabar tak rasmi yang Lana Nordin sudah melahirkan anak sulungnya baru-baru ini di Singapura. Memetik daripada screenshot sebuah blog, ada orang terserempak dengan Lana, suami dan anak mereka ketika berjalan-jalan.

Benar atau tidak, tunggu kenyataan rasmi Lana.

Lana Nordin kini berbadan dua.. Tahniah!

Ahad, 4 Oktober 2015

Tahniah kepada pelakon Lana Nodin yang kini disahkan hamil. Lana memberitahu yang dia kini sedang mengikuti suaminya, David di luar negara untuk bertugas namun ingin bersalin di Kuala Lumpur jika tiada halangan.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi”

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana memetik portal Harian Metro.

Pengalaman pertama berpuasa di Los Angeles sangatlah.... - Lana Nordin.(4 gambar)

Isnin, 29 Jun 2015

Buat pertama kalinya Lana Nording dan suaminya, Mohd Daud telah melakukan ibadah puasa di Los Angelas, Amerika Syarikat sekitar 20 Jun yang lalu. Berpuasa di sana memakan masa selama 15 jam sehari dengan keadaan cuaca yang agak panas/kering memetik portal Hmetro.

Syawal nanti kemungkinan juga Lana tidak pulang ke Malaysia.

Lagi sekitar perkahwinan Lana Nordin (31 gambar)

Sabtu, 16 Mei 2015

-instagram LanaNodin

Tahniah Lana Nordin sah sebagai isteri McKenzie (48 gambar)

Jumaat, 15 Mei 2015

Tahniah Lana Nordin yang selamat bergelar isteri kepada David McKenzie di Palace of the Golden Horses kira-kira jam 10 pagi tadi, 15 Mei berlangsung majlis akad nikah perkahwinan mereka.

Selebih gambar adalah malam berinai Lana Nordin yang berkonsepkan Puteri Gunung Ledang.

Perkahwinan Lana Nordin ditaja bernilai.. RM.. WOW!!

Jumaat, 8 Mei 2015

Dengar khabar yang majlis perkahwinan Lana Nordin dan bakal suaminya, David Mckienzie akan mendapat tajaan berjumlah RM2 juta!

Lana sendiri tidak menyangka akan mendapat tajaan sebanyak itu. Ini adalah diaantara panaja perkahwinannya itu, Charisma Jewellery, Palace of Golden Horses, Atelia Amani, Jakel Textile, KL Weddinh Ministry, Persada Embun Wedding, Muasmo Wedding Stylist, YSA Events dan banyak lagi.
"Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka dalam masa lebih sebulan sahaja saya telah mendapat tajaan RM2 Juta untuk perkahwinan saya.

"Sejak pengumuman perkahwinan saya itu dibuat, ramai yang menelefon untuk menaja sehingga saya perlu menolak beberapa tajaan kerana ada yang terma dan syaratnya tidak dapat dipenuhi.

"Namun saya bersyukur kerana hampir 90 peratus persiapan perkahwinan saya mendapat tajaan dan selebihnya saya uruskan sendiri seperti malam berinai dan makan malam," -Lana Nordin petikan portal Murai

Sesi photography pra-perkahwinan Lana Nordin (31 gambar)

Selasa, 5 Mei 2015

Hobi bakal suami Lana Nordin (10 gambar)

Isnin, 4 Mei 2015


Dengarnya bakal suami Lana Nordin, David Mckienzie atau nama Islamnya, Daud memiliki hobi yang selalu kita dengar dan tahu. David suka berselfie bila bersama Lana mahupun berseorangan.

Ini menunjukkan mereka sudah bersedia serasi untuk bergelar suami isteri yang bakal dijadualkan beberapa minggu sahaja lagi untuk diijab kabulkan.

Saat-saat indah selfie itu selalu dikemaskini di laman sosial milik mereka berdua.

Ini lah bakal suami Lana Nordin (2 gambar)

Khamis, 26 Mac 2015


Semalam Lana Nordin telah membuat sidang media untuk memperkenalkan suaminya dan tarikh perkahwinnya. Lana memeilih 15 Mei depan untuk bergelar isteri kepada pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie.

Lana memberitahu yang dia dengan David berkenalan pada bulan Oktober 2014 yang lalu.

"Biarpun perkenalan kami singkat tetapi itu bukan soal utama kerana paling penting kami serasi dan paling penting dia memahami tentang Islam.

"Saya dan David mahu mempercepatkan perkahwinan ini kerana tidak mahu menunggu lama dan kami masing-masing pun sudah bersedia,"
Dalam pada itu, Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu dan turut dibantu oleh rakan baiknya, pelakon Lisdawati. -petikan mStar

Bakal Suami Lana Nordin? (gambar)

Isnin, 23 Mac 2015

Betul ke ini kekasih Lana Nordin. Dengarnya ini cinta baharunya adalah bakal suaminya yang akan diumumkan pada 25 Mac ini untuk sidang perkahwinannya yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Dengarnya juga jejaka ini berasal daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat dan kini menetap di Singapura.

Berikut bukti gambar David McKienzie, atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012, mungkin bakal suami Lana Nordin. Adakah McKienzie? tunggu..~

Jejaka Bertatu sebelah Lana Nordin timbul kekecohan!

Selasa, 30 September 2014

Lana Nordin berang dengan sesetengah pihak telah mensensasikan gambar dia yang dimuatnaik didalam laman sosial, dimana didakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bertatu.

Jelas Lana, gambar berkenaan sengaja dikecohkan untuk berniat memburuk-burukkan Lana yang kini sudah berubah sedikit demi sedikit.

Menurut portal mStar, Lana menafikan ada hubungan dengan jejaka itu bahkan dia hanyalah jurulatih, dan Lana terpaksa memadam gambar berkenaan kerana malas mahu melayan karenah pihak yang hanya melemparkan tuduhan tidak berasas namun tidak menyalahkan pihak2 yang mendoakan kebahagiannya.

Gambar Lana Nordin bersosial setelah umrah?

Selasa, 2 September 2014

Menerusi ruangan Forum Cari, agak terkejut apabila satu pendedahan yang memperlihatkan Lana Nordin yang dikatakan telah menghadiri sebuah 'majlis' yang tidak diketahui lokasinya, dengan tajuk 'Lana Nordin Selepas Pulang Umrah'.

Gambar yang diambil adalah milik laman sosial Stephani Liah iaitu kawan baik Lana Nordin. Melihat gambar di Instagram milik lananordin, gambar ini tidak ada, dan kesemuanya gambar yang boleh dikatakan agak sopan.

Mungkin gambar ini gambar lama kot sebelum mengerjakan Umrah (bersangka positif)

Kekasih baharu Lana Nordin, Lebih matang dan muda~

Rabu, 25 Jun 2014

Setelah putus cinta dengan Johan Asaari dahulunya berlaku, Lana Nordin sudah mendapat penganti Johan. Dia adalah jejaka kacak bernama Mas Khan.

Usia Mas Khan dalam lingkungan 20-an mengikut sumber portal mStar. Dan Lana menjalinkan hubungan dengan Mas baru sahaja sebulan couple tetapi sudah lama berkenalan.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," -Lana Nordin