Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bila Zizan Razak terjumpa bekas kekasih lamanya... (video)

Isnin, 25 September 2017


Bekas suami Elly Mazlein minta 'diskaun' nafkah anak

Khamis, 13 Julai 2017

Elly Mazlein menganggap pengurangan nafkah anak yang diminta bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dari RM1,500 kepada RM500 sebulan sebagai tidak masuk akal.

Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.
"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.
Elly berkata, dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.
"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, semalam.

"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya kepad HarianMetro.

Adi Putra, bekas isteri menunaikan Umrah? (3 gambar)

Jumaat, 5 Mei 2017


Umum mengetahui yang Adi Putra sudah tidak mahu dikatikan dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida. Namun, melihat pada foto yang dimuat naik oleh Aida mengatakan beliau, Adi dan anak angkat mereka sedang berada di lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah bersama.

Adakah mereka kini sudah berbaik?

Neelofa komen bekas kekasih nak kahwin...

Khamis, 2 Mac 2017

Seperti sediamaklum, Hans Isaac yang dijadualkan akan berkahwin pada 29 Julai dengan tunanngnya, bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson.

Neelofa yang pernah dikaitkan dengan Hans sebelum ini dimana mereka pernah bercinta selama 2 tahun dari 2012 sehingga 2014, sudah mengetahui rancangan perkahwinan Hans lebih awal iaitu sejak November tahun lalu, hampir dua bulan lebih awal sebelum pelakon dan pengarah berkenaan bertunang.

"Sebagai kawan yang lebih daripada lima tahun, saya begitu gembira sebab dia layak untuk bahagia.

"Saya sangat gembira... sejujurnya saya sangat gembira. Dia maklumkan kepada saya November lepas,"

"Hubungan kami tak ada masalah, malah kami ada berhubung minggu lepas... dia ada beritahu pasal bertunang.

"Tiada isu negatif antara kami dan masing-masing boleh bawa haluan sendiri dan kami kekal sebagai kawan," katanya kepada mStar Online.

Sherry Ibrahim bergambar dengan ex, Ashraf Muslim

Isnin, 27 Februari 2017

Ada sekeping gambar yang dimuatnaik diantara pelakon Ashraf Muslim dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Sherry Ibrahim di satu majlis Malam Gala FIlem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, telah menjadi perhatian pemerhati media sosial.

Ramai yang tidak menyangka mereka berjumpa dan bergambar bersama, memandangkan isu mereka bergaduh dahulu seperti tiada kesudahan. Dan kini Sherry memberitahu yang mereka sudah berkawan baik dan saling bermaafan.

Sebab kenapa Mia Ahmad umum kahwinnya semalam...

Jumaat, 21 Oktober 2016

Semalam Mia Ahmad membuat pengakuan akan berkahwin dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan adalah untuk berharap tiada mana-mana pihak akan mengaitkannya dengan aktor Saharul Ridzwan .

Mia tidak mahu kisah lama yang mengaitkan dia dan Saharul akan terus menjadi bualan kerana aktor itu sudah pun berumah tangga.

Kenapa Izreen enggan doakan waktu Amar, Amyra kahwin?

Jumaat, 23 September 2016

Izreen Azminda yang pernah bercinta dengan pelakon Amar Baharin satu masa dahulu, kelihatannya agak sedih dan kecewa dimana Amar bakal menikahi Amyra Rosly pada bulan November depan.

Memetik portal Bharian, nada sedih itu jelas kelihatan apabila Izreen enggan memberikan doa dan ucapan untuk bekas kekasih dan bakal pengantin itu.
"Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia."
Izreen juga mahu mengelak untuk digandingkan dengan Amar sekiranya mereka diberikan peluang untuk berlakon dalam satu drama/filem.
"Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya.

"Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung," katanya

Emma dedah diantara sebab berpisah dengan Zizan

Jumaat, 9 September 2016

Sudah lama mereka berpisah kisah cinta diantara Zizan Razak dengan Emma Maembong. Namun baru-baru ini Emma tampil membuat kenyataan dimana perpisaha diantara mereka mungkin disebabkan hal ini..
“Secara jujur, memanglah tak selesa’kan? Benda saya dah move on, dia pun dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada, mesti nak kena bahan saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut tapi orang semua tahu benda khas tuju untuk saya”

“Saya pun dah tutup mulut, tak cakap apa-apa. Tapi bila dia nak buat lawak, tak taulah, dia macam takde modal lain. Saya tak tau sampai skearang ni masih nak bahan bahan saya lagi sedangkan saya tak bahan dia”

“Pergi event pun orang dah takkan tanya pasal dia. Saya rasa macam tak eloklah untuk nama saya, family saya bila dia nak buat lawak-lawak macam tu. Sebab saya pun ada perasaan juga,” jelas Emma kepada BH TV.

Ashraf Muslim hubungi bekas kekasih putus cinta?

Khamis, 25 Ogos 2016

Ashraf Muslim menafikan dakwaan dia kembali menghubungi bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashraf sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian,"

"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Sebab popular ke Fattah, Sherry berpisah?

Jumaat, 19 Ogos 2016

Dengar khabar punca perpisahan diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim adalah disebabkan nama Fattah kini semakin popular dan dia memutuskan hubungan cinta mereka disebabkan hal itu.

Ini komen Fattah terhadap dakwaan itu..

Komen pasrah Adam AF kepada Fiza Elite..

Selasa, 17 Mei 2016

Bekas suami Fiza Elite, Adam AF terkejut mendapat berita yang bekas isterinya itu akan berkahwin tidak lama lagi seperti yang khabar angin kini kencang kedengaran.
“Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, Alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan”

“Dia juga sudah berusaha ke arah itu,” ujar Adam kepada Kosmo!

Luahan Fazura, bila Shaheizy Sam bakal berkahwin dengan Syatilla

Selasa, 19 Januari 2016


Luahan Fazura Selepas Mendapat Berita Shaheizy Sam Bakal Berkahwin

Sebelum ini, satu Malaysia dah tahu yang Fazura pernah mengakui bahawa dia bercinta dengan Shaheizy Sam tapi perkara itu dinafi oleh Sam sendiri.

Sentiasa positif, Fazura menjelaskan dia berkongsi kegembiraan apabila Sam mengumumkan akan berkahwin dengen Syatilla Melvin Februari nant.

Punca putus cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim..

Selasa, 22 Disember 2015


Status Hubungan Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza Akhirnya Terjawab
Fathia Latiff, 28, mengesahkan hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Ridza, 26, sudah berakhir dua minggu lalu. Biarpun mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, aktres itu menjelaskan dia reda dengan ketentuan Tuhan.

Bekas kekasih sambut harijadi dengan ibu Zul Ariffin

Khamis, 3 Disember 2015

Baru-baru ini bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai telah memuatnaik gambar sambutan hari lahir di Instagram bukan saja bersama Zul, malah ibu Zul sekali.

Walaupun sudah putus tapi dengan cara ini hubunga mereka nampak rapat sebagai kawan. Mungkin inilah cara terbaik buat mereka, bukan putus cinta tak mahu menegur lagi, namun menjadi kawan baik yang tidak disangka-sangka.

Zul Ariffin padam gambar Ayda Jebat, ini komen Ayda..

Khamis, 19 November 2015

Dengarnya Zul Ariffin telah memadam gambar dia dengan Ayda Jebat yang pernah digosipkan satu masa dahulu.

Dan ini komen Ayda mengenai hal itu.
“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” -Ayda
Selain itu, Ayda menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding bersama Zul dalam mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka masing-masing padat

Kereta mewah hadiah Gayatri dipulangkan semula Zul?

Isnin, 16 November 2015

Episod putus cinta diantara orang kuat Astro, Gayatri Sue Lin dengan pelakon kacak, Zul Ariffin sudah diketahui minggu lalu.

Namun ada sumber yang memetik laporan Metro Ahad memberitahu, hadiah yang pernah diberikan oleh Gayatri satu masa dahulu sekitar Oktober 2014 iaitu kereta Maserati berharga RM200,000 lebih itu dipulangkan semula oleh Zul baru-baru ini.

Komen Ayda Jebat mengenai hubungan Zul-Zahirah

Ahad, 15 November 2015

Nama Ayda Jebat pernah kedengaran mesra bersama Zul Ariffin satu masa dahulu melalui lakonan bersama dalam drama Rindu Awak 200% terdahulu, namuun bagi Ayda, dia tidak mempunyai masalah jika Zul dan Zahirah Macwilson kini menjalin hubungan dan menyifatkan ia adalah hak peribadi pelakon lelaki tersebut.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu kerana ia tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku dan kau’”

“Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya kepada Kosmo! Online.
Selain itu, Ayda Jebat mendoakan agar Zul dan juga pasangannya baik-baik belaka dan tidak mahu campur tangan di dalam urusan perhubungan mereka berdua.

Sudah putus dengan Zul Ariffin.. Ini komen Gayatri..

Rabu, 11 November 2015

Zul Ariffin memang ada buat gempak baru-baru ini berkait rapat dengan pelakon, Zahirah MacWilson. Dan ramai yang tak tahu kesudahan cinta diantara Zul dengan Gayatri Su-Lin Pillai.

Dan akhirnya cinta mereka sudah putus, namun bagi Gayatri, dia enggan mengulas apakah sebab dan punca mereka putus. sebab agama? sebab wanita? masih dalam tanda tanya..

Komen bekas tunang Adira AF yang buat sentap.. (video)

Ahad, 25 Oktober 2015

Bekas tunang kepada penyanyi Adira AF iaitu Shahrul Nasrun tampil untuk memberikan kenyataan dimana dia menganggap Aidra kini seperti seorang sahabat walaupun mereka tidak bersama lagi sejak putus tunang bulan Jun lalu.

Tambah Shahrul lagi, dia enggan bergaduh-gaduh dan bermusuhan kerana masing-masing sudah dewasa. Hanya mengingatkan "Yang lepas tu... lepaslah," kata memetik video dibawah. -video mStar


Luahan sedih bekas suami Raja Farah, Megat Bashirun..

Selasa, 8 September 2015

Bekas suami Raja Farah, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria menyatakan bahawa bekas isterinya itu layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya selain mendoakan kebahagiaannya..

“Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa. Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri,” -Megat petikan portal mStar