Pada:
Sabtu, 5 Oktober 2013
Semalam di sisipan Bharian, Kamal ada membuat pengakuan akan menikahi Intan pada tahun hadapan. Dan ini semua masih lagi dalam perancangan buatnya memandangkan tugas membeli rumah sendiri sudah selesai.
Intan pun merasa amat bersyukur dengan berita itu, dan berharap Kamal segera menjadi imam kepada dirinya. :)
“Insya-Allah, tahun depan. Sekarang baru beli rumah dua tingkat di kawasan Ampang (Kuala Lumpur) dan tengah kumpul duit lagi untuk kahwin. Sebelum kahwin, Kamal nak ada bisnes dulu. Sekarang tengah nak buat projek gelanggang futsal bersama dua lagi rakan bisnes lelaki di Serdang, Selangor.” -Kamal Adli
“Saya pun tak tahu nak cakap apa-apa. Saya betul-betul terkejut sebab dia tak pernah beritahu saya. Kalau begitu, baguslah. Bersyukur rasanya. Kami sudah bercinta hampir lima tahun dan kahwin itu matlamat orang bercinta. Saya serahkan jodoh kepada Allah dan mengharapkan pengakhiran jodoh yang terbaik.” -Intan Ladyana
Tag : Artis Bercinta , Berita Artis , Cinta , Intan Ladyana , Kamal Adli , Kekasih Artis , Pelakon , Perkahwinan Artis


