Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Emma Maembong, Kamal Adli 'disatukan' bulan ini...

Ahad, 24 September 2017

Biarpun pasangan pelakon, Emma Maembong dan Kamal Adli, belum dapat mengesahkan bilakah masanya mereka akan menaiki pelamin di alam realiti, namun jodoh kedua-duanya semakin kuat di layar kecil.

Selepas bergandingan dalam drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu, kedua-duanya bakal disatukan sekali lagi dalam naskhah terbitan Suhan Movies & Trading berjudul Jangan Padam Rindu.

Drama 20 episod yang diangkat daripada sebuah novel itu akan memulakan penggambaran pada hujung bulan ini dan bakal disiarkan menerusi saluran TVi.

Soal kahwin pula, Emma juga mengakui sememangnya belum mempunyai apa-apa perancangan ke arah itu.

"Kalau saya berkahwin pun, rasanya tak perlu majlis pertunangan. Lebih baik terus bernikah dan mempercepatkan urusan yang wajib.

"Cuma, buat masa ini tiada apa yang nak dikongsi mengenai hubungan saya dengan Kamal. Apabila tiba waktunya, saya akan umumkan juga nanti.

"Ketika ini, saya dan Kamal mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya selain mencapai impian masa depan terlebih dulu. Saya juga ingin menumpukan perhatian pada bisnes. Apabila kehidupan sudah semakin stabil, bolehlah merancang ke arah itu," kata Emma memetik BharianOnline

Bagaimana hubungan Emma, Kamal buat masa ni?

Isnin, 24 Julai 2017

Senyap je kan cerita pasangan dua merpati ni, Emma Maembong dengan Kamal Adli. Ada yang mengatakan yang mereka sudah berpisah dan ada juga yang mengatakan yang mereka tidak mahu menonjolkan sangat mengenai hubungan.

Dan ini jawapan Emma terhadap persaoalan yang timbul.

“Tiada perkembangan baru nak dikongsi mengenai saya dan dia. Kami masih bersama. Cuma pada ketika ini, masing-masing ingin memberi tumpuan untuk masa depan. Saya tak fikir soal kahwin lagi buat masa ini. Saya hanya ikut rentak hidup dan tiada tekanan”

“Jika diikutkan, orang pun sudah tidak hiraukan kisah huungan kami. Saya pernah mengeluarkan kenyataan, selagi tiada kenyataan rasmi atau status dikongsi di laman sosial atau saya sendiri bercakap mengenai kahwin, memang tiadalah,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Emma Maembong, Kamal Adli sweet di atas katil pesakit.. (gambar)

Sabtu, 22 April 2017

Emma Maembong baru-baru ini ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya sedang bergambar dengan kekasihnya, Kamal Adli sambil memegang hadiah ulang tahun kelahiran pemberiannya ketika diri Emma di tahan disebabkan sakit.

Kamal Adli luah perasaan mengenai Emma Maembong...

Khamis, 16 Mac 2017

Kamal Adli meluahkan sejak akrab dengan Emma Maembong, pelakon wanita itu membuka matanya mengenai peri penting menghargai dan bersikap prihatin terhadap orang disayangi.

"Emma membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita.

"Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikan dirinya. Itulah diri saya sebelum ini,

"Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkan dirinya,

"Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya.

"Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti orang benci pula," katanya kepada BH Online.

Kamal Adli muatnaik video Emma-Aiman Hakim berpeluk... (Video)

Isnin, 13 Mac 2017

Emma Maembong bersedia andai lakonan babak romantik bersama aktor gandingannya Aiman Hakim Redza dalam filem Kimchi Untuk Awak menerima kritikan penonton.

Emma sedar perkara yang dilakukan itu adalah salah di sisi agama dan mengakui dalam proses untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
"Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab.

"Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Dan ini video Kamal Adli kekasih Emma yang memuat video berkenaan dengan aksi lucunya.

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Kamal Adli bakal merisik Emma Maembong?

Selasa, 25 Oktober 2016

Dengar cerita yang pasangan dua sejoli, Kamal Adli dan Emma Maembong, status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Miss J daripada Utusan Online melaporkan Emma bakal “diikat” dengan Kamal.

Difahamkan, satu majlis merisik bakal diadakan pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma milik Kamal seorang. Wah, nampaknya hubungan mereka sudah ke tahap yang lebih serius.

Malah, kedua-dua belah keluarga sudah mencapai persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan. Khabarnya, Emma sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.

Kehidupan sedih selebriti sebelum berjaya

Isnin, 17 Oktober 2016

Jep: Kerja terakhir saya adalah bersama Air Asia selama tiga tahun. Kalau saya jadi steward (pramugara) nanti orang tanya “ni naik kapal ke feri” sebab tu saya tak jadi steward, saya jadi pengangkat beg. Sebelum tu saya bekerja di New Straits Times sebagai machine cleaner dan sebelum tu lagi saya pernah menjual kasut. Tapi, antara benda paling susah yang saya pernah lalui adalah apabila saya sampai ke satu tahap di mana saya mengumpul tin dan kemudian menjualnya. Selain itu, saya pernah juga memasukkan pamphlet ke dalam sampul surat dengan bayaran hanya RM0.01 sehelai.

Jika saya tidak menjadi seorang pelawak, sudah tentunya cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional sepenuh masa. Saya menyimpan hasrat untuk bermain dengan kelab negeri kelahiran saya iaitu JDT. Kalau pada level international pula, saya nak bermain dengan Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo!

Emma Maembong akui rapat dengan adik Fazley Yaakob TAPI..

Selasa, 4 Oktober 2016

Emma Maembong mengakui dirinya rapat dengan dengan adik Datuk Fazley Yaakob, iaitu Raden Ahmad Faizal (seorang ahli perniagaan dan Presiden bagi My Man United Official Fan Club.) tapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa, seperti yang didakwa baru-baru ini.

Emma berkata khabar angin itu dianggap mengarut kerana hubungannya dengan Faizal atau dikenali sebagai Raf sekadar rakan baik dan beliau mengenali pemuda itu sejak berusia 14 tahun lagi.

"Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya ialah pelukis di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) manakala arwah ayah Raf adalah pengurus di situ.

"Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik lain kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC.

"Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga. Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan? Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal," katanya yang dihubungi BH Online

PANAS! Emma tidak mengaku Kamal 'boyfriendnya' (video)

Ahad, 11 September 2016


Emma, Kamal dah berbaik? jalan sedondon..

Isnin, 5 September 2016

Gosip ketegangan hubungan cinta Emma Maembong dengan Kamal Adli rasanya tidak begitu indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya memang cukup akrab, dan kemungkinan sudah berbaik semula.

Ini dapat dilihat apabila mereka bersama-sama ketika hadir untuk Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 hujung minggu lalu.
"Kami berjalan berdua di FFM28 selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami.

"Apa yang saya boleh katakan, saya dan Emma masih berbaik dan doakan yang terbaik buat kami,"

"Apa yang terjadi sebelum ini salah saya juga. Beri kami ruang dan masa. Apa yang penting, sekarang saya belajar jadi lebih 'sweet'. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali," ujar Kamal.
Dan ini pula komen Emma
"Saya dan Kamal tidak pernah bergaduh. Apa yang berlaku tidaklah terlalu serius dan saya juga enggan bercerita lebih-lebih.

"Kami berjalan bersama (di FFM28) pun kerana dia (Kamal) bertanya pada saya mengenai perkara itu, dan saya OK saja," kata Emma memetik BH Online

Komen terkini Emma Maembong hubungan Kamal Adli

Selasa, 23 Ogos 2016

Inilah kali pertama Emma Maembong tampil memberikan komen untuk hubungannya dengan Kamal Adli yang dikatakan tidak lagi rapat seperti dahulu.

Ada juga desas desus mereka sudah berpisah. Namun ikut kenyataan Emma ini, mereka masih lagi sepertinya bertahan dengan hubungan sekarang ini.
“Tidak manis rasanya saya sebagai perempuan memberi komen berlebihan. Cuma bagi pihak saya, kalau betul jodoh saya bersama dia, dengan izin Tuhan kami akan bersatu. Jadi sekiranya hubungan kami tidak jadi, tidak timbulnya isu. Tapi kalau sampai ke jinjang pelamin, saya bersyukur. Kalau jodoh tidak kesampaian, saya akur dia bukan jodoh saya”

“Kalau imbas balik kenyataan yang pernah saya berikan sebelum ini, saya tidak pernah mengatakan kami sedang bercinta. Cuma saya nyatakan bahawa saya mengenali Kamal dan sampai sekarang saya masih sedang mengenali dia,” katanya kepada Projek MMO

Ini ke kekasih baru Emma Maembong? pakai baju sedondon gituu..

Selasa, 16 Ogos 2016


Nazrief Nazri menegaskan dia tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap aktres Emma Maembong ataupun berhasrat menganggu hubungan wanita itu dengan aktor Kamal Adli.

Komen pasrah Zizan Razak mengenai hubungan Emma, Kamal

Jumaat, 12 Ogos 2016

Zizan Razak mendoakan yang terbaik mengenai hubungan bekas kekasihnya aktres Emma Maembong dengan aktor Kamal Adli yang dilaporkan sedang dilanda badai.

Zizan terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian.

"Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan dan kami hanya terserempak jika menghadiri majlis hiburan sahaja.

"Saya juga terkejut dan baru tahu tentang berita ini setelah ramai yang bertanya, saya sendiri tidak tahu.

"Sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Nasib malang timpa Kamal Adli ketika berada di Barcelona..

Kasihan pelakon Kamal Adli terpaksa menerima hakikat yang dia diragut ketika berada di Barcelona, Sepanyol. Keberadaan dia disana adalah atas urusan pengambaran program dan drama.

Pun begitu kisah sedih itu terjadi ketika beliau mengambil gambar persekitaran. Adli memberitahu dia kehilangan, duit tunai RM10,000, dan dokumen penting yang lainnya.

“Kesilapan sendiri juga memandangkan ketika kejadian itu saya leka mengambil gambar pemandangan sekeliling. Beg sandang berkenaan saya letakkan di atas bagasi pakaian. Kejadian berlaku dengan pantas, sekelip mata ia hilang. Memang peluh sejuk mengenangkan pasport juga disimpan dalam beg itu selain duit belanja sepanjang perjalanan di negara orang”

“Cuma proses penggantian pasport dan visa agak renyah, saya buat pasport baharu di London. Soal ini memang rumit kerana pasport dan visa bukan boleh dapat serta merta, dalam tempoh seminggu baru saya dapat. Pengalaman itu memang sedih untuk dikenang. Dalam kita berjaga-jaga pun, barang berharga lesap begitu saja,” katanya kepada Berita Harian Online.

Emma Maembong beri komen hubungannya dengan Kamal Adli..

Ahad, 7 Ogos 2016

Sebelum ini Kamal Adli ada menyatakan kenyataan yang dia akan mempertahankan hubungannya dengan Emma Maembong. Hubungan mereka difahamkan rengang kerana hal yang masih belum dijelaskan.

Ada juga gosip yang mengaitkan Fathia Latif dalam situasi hubungan mereka ini, namun Emma sendiri tampil menegaskan yang kerengangan dia dengan Kamal bukanlah dari pihak ke-3.


“Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini”

“Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal,” katanya kepada BH Online.

Fathia punca Emma-Kamal rengang? ini jawapan Fathia..

Jumaat, 5 Ogos 2016

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menolak dakwaan mengatakan hubungan cintanya bersama Emma Maembong berantakan kerana orang ketiga, kini timbul pula nama Fathia Latiff yang dikaitkan sebagai orang ketiga itu. Bagaimanapun, Fathia menafikan sekerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional.
“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanyalah khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kenalah profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional.

Dulu pun dia ada pernah berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.

Kamal Adli akui hubungan dengan Emma rengang TAPI

Selasa, 2 Ogos 2016

Memang benar gosip yang mengatakan hubungan Emma Maembong dengan Kamal Adli tegang. Ini dijelaskan lagi oleh Kamal yang mengakui terlepas pandang mengenai sesuatu hal sehingga membuatkan Emma terasa hati.

Adli juga memohon agar nitizen tidak menghakimi secara cepat mengenai hubungan mereka, namun cukup meminta doa agar mereka segera menjadi pasangan suami isteri yang sah kelak.

"Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik.

"Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya bukan main-main malah serius dalam perhubungan ini selain ingin memperisterikannya. Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong.

"Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya,

"Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini. Beri masa kepada kami. Saya minta peluang dan doakan yang baik untuk kami berdua," kata Adli kepada Bharian

Emma Maembong, Kamal Adli putus cinta?

Jumaat, 29 Julai 2016

Pelakon Emma Maembong, 24, tak mahu terus meletakkan titik noktah pada hubungan cintanya bersama Kamal Adli, sebaliknya memilih untuk duduk bersemuka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Emma berkata dia banyak belajar daripada kegagalan kisah percintaan lalu, membuatkan dirinya tidak lagi terlalu menghebahkan cerita peribadi.

"Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami.

"Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini.

"Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata," katanya kepada BH Online.

Rakan artis SOKONG perkahwinan Hafidz Roshdi? PANAS!

Rabu, 4 Mei 2016

Baru-baru ini kecoh dimana Michael Ang dan rakan-rakannya mengenai pelakon lelaki yang baru berkahwin, Hafidz Roshdi dimana mereka sedang membalas komen-komen yang mengutuk rupa isteri pelakon tersebut seperti katak dan mengatakan mereka akan bercerai.

Selain Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Syarul Ridzwan juga membalas komen-komen berbaur puaka sehinggakan Michael Ang bertindak memuatnaik gambar lelaki persis gayah tu.

Ish ish ish.. -Forum Cari

Sambutan harijadi Kamal Adli di gelanggang futsal (9 gambar)

Selasa, 19 April 2016

Kamal Adli baru-baru ini menerima kejutan ulang tahun hari kelahirannya yang ke-30 daripada peminat di sebuah gelanggang futsal pada Sabtu lalu.