Tahniah Amir Jahari, Kartini Selamat Diijab Kabul

Pada: Ahad, 6 Oktober 2013
Penyanyi Amir Jahari, 21 selamat menjadi suami kepada pasangannya Kartini Ismail, 27 yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada pagi Sabtu lalu pada pukul 9 pagi di Penview Hotel, Kuching.

Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10,000 sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan.
Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi pula telah diadakan ditempat sama selepas selesai majlis akad nikah untuk kedua-dua belah pihak dan antara tetamu yang hadir termasuklah Aizat dan Amar Andan.

Amir dan isterinya bercadanag akan berbulan madu di Kundasang, Sabah. -mStar

Tag : , , , , , , , ,