Pada:
Selasa, 22 Oktober 2013

Walaupun bagi Nora dia tidak suka istilah bercinta hanya mahu anda tahu yang mereka berkawan rapat sahaja.
Yang terbaru mereka dikatakan melancong ke salah satu negara di Eropah baru-baru ini, tidak dipastikan untuk tujuan apa dan dengan siapa.
“Sebelum ini, Nora sering menjadi mangsa gosip dengan ramai lelaki. Setiap kali Nora berlakon dengan artis lelaki, pasti akan timbul gosip kami bercinta. Dengan Adi Putra, Shaheizy Samlah... Tapi semuanya itu tidak benar.
“Jadi apabila Nora letak gambar bersama Nedim, Nora harap semua orang faham dan tak kaitkan Nora dengan mana-mana lelaki lagi.
“Bagaimanapun, Nora tak suka guna istilah bercinta tetapi lebih selesa mengatakan Nedim adalah teman rapat Nora,” -Nora. Bharian
Tag : Anak Menteri , Gambar Artis , Gossip Artis , Instagram , Janda , Kekasih Artis , Nora Danish , Pelakon , Pelancongan