Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nora Danish disahkan hamil, ini usia kandungan sebenarnya..

Rabu, 20 September 2017

Akhirnya desas desus kehamilan Nora Danish terjawab. Rumahtangga yang dibina dengan Nedim sejak Mac 2017 yang lalu kini sudah membuahkan zuriat. Nora disahkan hamil tiga bulan.

Menurut Nora, memetik portal mStarOnline, berita kehamilan itu benar-benar memberi keterujaan kepada dirinya terutama sekali suami, Nedim Nazri.

“Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sbelum ini,” kata Nora.

Ujar pelakon ini lagi, atas nasihat doktor dia terpaksa memperlahan kerjaya seninya demi menjaga anak dalam kandungannya itu.

Jawapan Nedim soal Nora Danish mengandung...

Khamis, 14 September 2017

Heboh gambar kelihatan hamil Nora Danish, Nedim yang berkahwin dengan Nora Danish setelah 6 bulan memberikan reaksinya terhadap gambar berkenaan.

Nedim dengan bersahaja menjawab desas desus berkenaan.

"InsyaAllah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu," ujarnya kepada mStar Online

Baby Bump Nora Danish kelihatan?

Rabu, 13 September 2017

Ada sekeping gambar Nora Danish ketika dia menghadiri majlis pernikahan Engku Emran dan juga Laudya Cynthia Bella baru-baru ini dimana kelihatan perut Nora membesar.

Tidak dipastikan samaada dia mengandung atau berat badannya naik. Buat masa ini belum ada pengakuan atau komen Nora mengenai hal ini, namun jika benar, tahniah diucapkan.

Nedim dilarang jumpa anak kandungnya, ini luahannya..

Selasa, 12 September 2017

Suami Nora Danish, Nedim Nazri Aziz kecewa apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre. Nedim menerusi laman sosial Instagramnya menulis yang dia meluahkan perasaannya terhadap anaknya itu dan sudah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa.
"Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk menghubungi dan bercakap dengan kamu.

"Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa

"Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu You Are My Sunshine bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuatkan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu,

"Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji," tulisnya.
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nedrin berusia lima tahun. -mStarOnline

Nora Danish kena kecam lagi, baca kecaman pengikutnya...

Selasa, 25 Julai 2017

Baru-baru ini, Nora Danish telah memuat naik beberapa gambar dengan mengenakan seluar jeans koyak.

Trend ripped jeans ni sebenarnya dah lama namun netizen seolah-olah menganggap jeans yang dipakai Nora itu sebagai pelik dan keterlaluan. Seluar jeans tersebut ‘koyak’ di lutut dan di bahagian peha.

Berikut antara komen-komen kecaman dan terakhir sekali tu komen positif.

Nedim jadi bengang bila isterinya dikatakan....

Sabtu, 15 Julai 2017


Suami Nora Danish, Nedim (@boss_ned) memuat naik foto berserta kapsyen mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dan menghargai kehadiran Nora dalam hidupnya.

Ruang komen tersebut dipenuhi dengan pujian daripada pengikutnya. Namun, ada terselit komen seorang netizen yang membuatkan Nedim bengang.

Neelofa ambil alih kedudukan, Nora Danish tewas!

Jumaat, 14 Julai 2017

Wah dengarnya Neelofa kini memintas pelakon Nora Danish dari segi pengikut Instagram. Neelofa kini telah memiliki pengikut mencecah 4.9 juta mengalahkan Nora dengan 4.8 juta.

Neelofa juga membuat pengumuman di Twitter miliknya mengenai berita berkenaan.

Sekitar Suasana Hari Raya Nora Danish (45 Gambar)

Rabu, 28 Jun 2017

Nora Danish buat kejutan Hari Raya ini

Jumaat, 23 Jun 2017

Dengar khabar Nora Danish buat kejutan Raya tahun ni, bukan bab dia mengandung lagi ke ape, cuma dia bakal menyambut Hari Raya nanti dengan bekas mertuanya Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dengan menganggap mereka sebagai ibu-bapanya.

Malah kata Nora, anaknya Putra Rayqal Ramli sangat rapat dengan datuk dan neneknya itu.

"Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

"Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka," katanya.

PANAS! Fasha Sandha hentam Nedim pulak..

Khamis, 22 Jun 2017

Nampaknya kisah 'pergaduhan' diantara pihak Nora Danish dengan Fasha Sandha masih terus belum ada titik noktah. Terbaru isteri Nora Danish, Nedim ada memuatnaik gambar atau status yang menyatakan seseorang dengan anaknya, namun Nedim tidak menyatakan secara terang-terangan siapa orang berkenaan.

Hal ini membuatkan Fasha yang sebelum ini ada memberikan pengakuan anaknya terkena luka dibahagian kepala, telah membidas kenyataan Nedim itu seperti menyindirnya.

Nora Danish dedah 'kesan' sweet suami terhadapnya...

Selasa, 6 Jun 2017

Nora Danish yang baharu sahaja berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu mengakui yang berat badannya bertambah hampir tiga kilo sejak berkahwin kerana suaminya itu sering memasak sehingga membuatkan dia tidak mampu untuk menolak setiap hidangan disediakan.

"Dia adalah chef terbaik! Nedim memang gemar memasak dan sejak kami kahwin dia nampaknya lebih selesa berada di dapur.

"Pelbagai masakan dimasaknya sehingga berat badan saya naik hampir tiga kilogram dan ada ingat saya sedang hamil kerana wajah nampak tembam!

"Tetapi saya tidak merungut kerana ia rezeki tetapi saya sendiri kadang-kadang malas hendak bersenam dan selepas ini memang kena kerap ke gim," katanya memetik mStarOnline.

Nora Danish dedah punca sebenar dia saman Fasha Sandha

Selasa, 23 Mei 2017

Baru-baru ini Nora Danish ada mengambil tindakan untuk menyaman Fasha gara-gara statusnya di media sosial yang didakwa mencetuskan salah faham. Menurut Nora, apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya ingin menamatkan setiap perselisihan faham mereka berdua yang tidak berkesudahan selama beberapa tahun.

Perjuangan mencari kebenaran ini bukan untuk pertahankan diri Nora sendiri. Kali ini untuk suami dan keluarga tercinta serta perniagaan yang diusahakan. Nora sekarang dah tak macam dulu lagi. Kini dah bergelar isteri.

Sudah tentulah impak kenyataan palsu yang dibuat itu telah mengguris banyak hati. Bukan saya seorang. Sebab itu Nora mengambil keputusan untuk menoktahkan segala-galanya secepat mungkin biar masalah selesai ikut saluran yang betul.

Benda ini bukan benda baru pun, selama ini banyak fitnah yang bertebaran, Nora tak layan. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila Nora nak bagi orang lain pijak kepala? Itu yang Nora, buat bertindak. " kata Nora memetik Utusan

Suami minta Nora Danish berhenti berlakon, ini jawapan Nora..

Isnin, 15 Mei 2017

Nora Danish akur dengan kehendak suaminya, Nedim dimana, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun, tindakan untuk tidak berlakon itu bukanlah secara terburu-buru atau secepat mungkin namun sebaliknya, secara perlahan-lahan.

"Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.

"Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang," ujarnya memetik mStarOnline.

Komen berani Fasha Sandha kes saman Nora Danish!

Ahad, 14 Mei 2017

Fasha Sandha tampil memberi respon berkenaan isu tindakan saman yang dikemukakan oleh Nora Danish. Fasha meluahkan perasaannya itu dilaman sosial Instagram miliknya, dimana dia tidak gentar dengan tindakan saman yang bakal diambil oleh Nora Danish.

"Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir.

“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini,” jelas Fasha menerusi IGnya.

Malah Fasha turut menulis hashtag #taktakutpun #tungguangahbalikbercuti
#burungpsycho #jomkitatengokkangaroo.

Nora Danish sahkan Saman Fasha Sandha, Blogger!

Sabtu, 13 Mei 2017

Nora Danish memberitahu, dia akan memfailkan saman fitnah terhadap aktres Fasha Sandha kerana telah memfitnahnya.

Menurut Nora, tindakan demikian diambilng selepas merasakan tuduhan yang dibuat Fasha ke atas dirinya tidak berasas.

Selain Fasha, Nora juga akan mengambil tindakan yang sama ke atas seorang penulis blog hiburan terkenal kerana menuduhnya menghalau pelakon tersebut daripada acara tersebut.
"Walaupun penganjur mengaku bertanggungjawab terhadap masalah ini, namun tindakan terburu-buru Fasha memuat naik gambar berserta kapsyen di laman Instagramnya termasuk mengaitkan jenama pakaiannya telah meninggalkan impak negatif terhadap perniagaannya.

"Jadi, saya failkan saman terhadapnya kerana sikap melulunya membuat tuduhan," jelas Nora
Sementara itu, Pengarah Glass Go, Amiruddin Rizuan Ali mengaku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang membabitkan Fasha dan Nora ketika berlangsungnya acara Fenomena Aidilfitri 2017 kelmarin.

Bertindak selaku penganjur utama acara berkenaan, Amiruddin mengakui kesilapan dan kekeliruan berpunca daripadanya.

Bahkan, beliau berjanji akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian.
"Insiden Fasha dikatakan telah dihalau daripada berada di pertunjukkan fesyen tersebut adalah tidak benar. Begitu juga dengan dakwaan mengatakan Nora akan menarik diri turut tidak benar.

"Sebenarnya, wujud salah faham di situ dan saya akan selesaikan kekeruhan yang telah berlaku ini dengan kadar segera.

"Saya akan adakan pertemuan dengan Fasha dalam masa terdekat. Saya minta maaf atas hal yang berlaku," katanya yang turut serta dalam sidang akhbar itu. - UTUSAN ONLINE

Majlis doa selamat Nora Danish, Nedim (15 gambar)

Isnin, 10 April 2017

Sekitar pernikahan Nora Danish-Nedim (16 gambar)

Jumaat, 31 Mac 2017



Selepas tiga tahun menyulam cinta pasangan sensasi Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz pada malam Khamis.

Pasangan itu disatukan pada sebuah majlis tertutup kira-kira pukul 8.37 malam di Glasshouse at Seputeh.

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, dan Nedim dinikahkan oleh jurunikah Khairul Asyraf Ahmad dan pengantin perempuan turut menerima mas kahwin berjumlah RM300 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Nora kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih daripada koleksinya sendiri iaitu Owl By ND.

Pernikahan mereka turut disaksikan oleh kaum keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Nora berkata, majlisnya itu diadakan secara sederhana selain bersifat peribadi buat dirinya dan suami. -mStarOnline

Nora, Nedim sah nikah 30 Mac ini?

Selasa, 28 Mac 2017

Dengar khabar yang pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri bakal bernikah pada 30 Mac ini. Majlis pernikahan yang bertemakan tradisional itu akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Nora yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal, dilaporkan akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut diadakan. -gambar portal Utusan

Jawapan Nora Danish tarikh perkahwinnya..

Isnin, 6 Mac 2017

Memetik portal BharianOnline semalam, Nora Danish dihubungi melalui aplikasi WhatsApp untuk menanyakan bila tarikh perkahwinannya dengan Nedim. Namun jawapan Nora cukup ringkas kemungkinan atas faktor kesibukan kerja untuk membalas Whatsapp berkenaan.

"Insya-Allah, itu saja," demikian jawapan ringkas Nora, seakan-akan tidak menafikan berita disiarkan dalam ruangan pojok sebuah akhbar, hari ini, yang mengatakan mereka dijangka berkahwin sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Komen Nora Danish sebelum ini..
"Memang belum ada sebarang kepastian mengenai soal perkahwinan ketika ini. Namun, saya berharap ia akan tetap dapat dilangsungkan pada tahun ini.

"Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang ia tidak menjadi kenyataan," kata Nora.

Pengakuan mengejutkan Nora Danish..

Isnin, 6 Februari 2017

Nora Danish yang sedang giat dalam akitivi berniaga tudung sering kali tidak diajukan soalan oleh pelbagai pihak bila agaknya beliau pula akan mengenakan hijab.

Nora akui beliau sudah ada niat untuk berhijab tetapi ingin berubah secara perlahan-lahan dan enggan terlalu membicarakan perkara itu yang belum lagi pasti.

Buat Nora, biarlah beliau melakukan perkara itu dengan ikhlas dan kekal sehingga akhir hayatnya.

"Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik. Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik.

Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala. " -katanya kepada BharianOnline