Pada:
Isnin, 14 Oktober 2013
Memetik portal Utusan semalam, Fida didakwa sengaja mencari publisiti murahan dengan bercinta dengan mereka berdua bagi menaikkan populariti dirinya.
Saya tidak pernah menumpang mereka. Sebelum ini drama-drama lakonan saya seperti Kasih Alia sememangnya sudah ada peminat serta pengikutnya sendiri.
Tidak perlu ada Mamat atau Zalif, saya boleh bawa haluan saya sendiri. Kualiti setiap drama yang saya lakonkan sebenarnya sudah menaikkan nama saya. Tidak perlu untuk saya menumpang populariti orang lain.
Seperti juga lagu Apo Kono Eh Jang yang menaikkan nama saya. Ada juga yang kata saya gila glamor dengan memuat turun gambar-gambar yang tidak sepatutnya sedangkan bukan saya yang melakukan perkara tersebut.
Ada orang yang tidak bertanggungjawab ambil gambar saya di laman sosial milik saya kemudian memuat turun gambar-gambar tersebut dan mereka cerita kononnya saya ini mencari publisiti murahan. Saya tidak faham kenapa perkara ini berlaku kepada saya.
Ada juga orang yang mempertikaikan penyertaan saya dalam Akademi Fantasia (AF2013). Saya bukan kejar glamor tetapi saya mahu mencari ilmu yang baru.
Memang jawapan mencari ilmu seperti klise tapi saya percaya saya dapat belajar perkara baru dalam AF2013 terutama vokal, tarian dan kawalan pentas. Sememangnya saya perlukan itu,
Populariti sememangnya sudah ada dalam dunia glamor ini cuma artis perlu pandai mencarinya tanpa mencipta isu-isu yang tidak sepatutnya.
Tidak perlu untuk saya mengejar populariti sebab sememangnya populariti berada di sekeliling saya. Ada juga artis yang cuba buat publisiti tetapi cuba fikir sekiranya publisiti itu tidak menjadi, siapa yang akan rugi?" -Fida
Tag : Akademi Fantasia , Fida , Gossip Artis , Mamat Sepah , Pelakon , Pelawak , Tudung , Zalif Sidek

